- Berdasarkan data saringan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing sepanjang 2013, Turbecolosis (TB) atau batuk kering merupakan kadar penyakit tertinggi dalam kalangan warga asing yang datang bekerja di Malaysia kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata berdasarkan data Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan
Kesihatan (Fomema), TB mencatatkan jumlah kes sebanyak 16,751 atau 45
peratus daripada jumlah kes keseluruhan, manakala Hepatitis B sebanyak
5,348 kes (14 peratus) dan penyakit kelamin berjangkit (STD) ketiga
tertinggi dengan 1,839 kes (1.4 peratus).
Dr Hilmi berkata, sebaik sahaja mereka dikesan mempunyai penyakit itu, majikan mereka diarahkan untuk menguruskan penghantaran pulang dengan segera kerana dikhuatiri akan berjangkit.
"(Mengikut prosedur), kita perlu memastikan mereka yang masuk kerja secara sah, diperiksa (tahap kesihatan) terlebih dahulu...kemudian kalau tak ada penyakit, baru dibenarkan berdaftar dan bekerja di Malaysia," katanya lagi.
Sementara itu, Dr Hilmi menggesa para majikan untuk lebih proaktif serta telus dalam memastikan pekerja mereka dapat menjalani pemeriksaan kesihatan melalui Fomema.
Selain tanggungjawab untuk memastikan pekerja mereka melepasi pemeriksaan itu sebelum mendapatkan permit pekerjaan, majikan perlu memastikan pekerja mereka mempunyai Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA).
Beliau berkata langkah ini penting bagi memastikan pekerja asing di Malaysia dilindungi insurans selain memastikan kadar rawatan mereka tidak ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai.

No comments:
Post a Comment