Thursday, 16 April 2015

'Jambatan Bengkok' - Apa Kecoh-Kecoh ?

Isu jambatan bengkok kini hangat semula diperkatakan.

Ia lantas mengingatkan masyarakat negara ini, terutamanya warga negeri Johor, tentang kemelut yang melanda isu tersebut.

Semuanya bercetus daripada perbezaan pendapat dan kritikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jambatan bengkok atau dalam perancangan mahu dinamakan sebagai Jambatan Indah merupakan struktur jambatan sepanjang 1.4 kilometer yang diimpikan bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.

Idea pembinaan jambatan lurus telah dicetuskan dan kemudian diubah menjadi 'bengkok' kerana Singapura tidak mahu mengubah struktur penghubung di sempadan negaranya.

Persetujuan Singapura pada awalnya tentang projek tersebut dikatakan diberikan secara ‘tidak rela hati sepenuhnya’ dan dilakukan hanya sekadar berdasarkan pendekatan berpakej.





 MANFAAT DARIPADA PEMBINAAN

1)  Melancarkan aliran lalu lintas ke Singapura dan sebaliknya.

2) Kapal dagang atau pasukan keselamatan boleh belayar melalui Selat Tebrau (Selat Melaka ke Laut China Selatan dan ini akan merancakkan industri perkapalan dan pelabuhan negara iaitu Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

3) Kelancaran aliran air di Selat Tebrau mampu meningkatkan kualiti air dan juga alam sekitar.

4) Pembukaan laluan air itu boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan Iskandar Malaysia dan negeri Johor secara keseluruhan.

No comments:

Post a Comment