Wednesday, 23 September 2015

Tanah Rizab Melayu - Melayu Dah TinggaI BuIu.

Bangsa MeIayu memang patut merasa bimbang mengenai tanah rizab Melayu yang saban tahun makin mengecil, dek kerana kelalian pemerintah dalam menjaga hal ini.

Pada tahun 1931, tanah rizab Melayu berjumlah 3,149,225 hektar di seluruh negara namun kini ia semakin mengecil. Manakala pada tahun 2009, tanah rizab Melayu berkurangan menjadi 1,578,263.91 hektar sahaja. Kajian terkini menyatakan tanah rizab Melayu hanya tinggal 11.9 peratus sahaja.

Persoalannya, mengapa tanah rizab Melayu semakin berkurangan sedangkan Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama sifat dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.

Mengapa, setelah tanah rizab Melayu diambil, kerajaan negeri tidak bertindak menggantikan tanah rizab Melayu yang diambil tersebut? Bukankah kerajaan negeri yang memerintah tersebut ialah kerajaan yang diperintah oleh orang Melayu? Jika selalu bercakap tentang mempertahankan kepentingan Melayu, mengapa tanah rizab ini tidak segera diganti setelah diambil?

Pertanyaan yang sering 'menghantui' fikirannya kita iaIah, apakah kerajaan Melayu hari ini betul-betul mempertahankan kepentingan Melayu?

Tanah rizab Melayu ialah tanah yang telah diwartakan menerusi Enakmen Rizab Melayu 1913 yang dikuatkuasakan di negeri-negeri bagi menjamin pemilikan tanah untuk kaum Melayu di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 1957, ketika raja-raja Melayu menandatangani perlembagaan persekutuan Tanah Melayu, pengisytiharan telah dibuat bahawa tanah simpanan orang Melayu perlu dikekalkan dengan nisbah 50 peratus, manakala selebihnya boleh diagihkan bersama kaum lain.

MasaIahnya, Kerajaan sendiri telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 Perlembagaan. Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.

Dua perkara besar menyebabkan menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin.Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.

Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Kedah di bawah BN pernah merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.

Di Johor pula, Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.
    yang paling teruk ialah tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek WPI juga telah dijual kepada Cina Singapore

Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.

Di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.

    Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, arwah Ustaz Azizan Abdul Razak di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.

Di Langkawi puIa pada tahun 1990, 80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk dirikan Pelangi Beach Resort. Di Selanggor seluas 8,299.9 hektar telah hilang statusnya.

Di Negeri Sembilan, seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan.

    Pendek kata selama 3 Dekad UMNO Memerintah, Tanah Rezab Melayu Berkurang dari 3 Juta Hektar kpd 1.7 juta hektar. Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun.

Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan tinggal 14% sahaja pada tahun 2020.

Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1.067.5 hektar keluasanan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar.Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985.

Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dashat, hartanah hak milik Melayu di KL sekarang hanya tinggaI 5.1 % sahaja, sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah. Pemimpin-pemimpin Umno ini khianat terhadap bangsanya sendiri. Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian belum lagi ditukar status. Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status kormesial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan Melayu dengan nilai berjuta ringgit.Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin. Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin Umno.

WPI akan melibatkan 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) yang mana sebahagiannya adalah tanah Felda. Apakah nasib TRM ini? Pada masa sekarang banyak TRM yang diambil balik oleh kerajaan tidak digantikan semula. Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI tidak dinyatakan bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan TRM.

WPI juga akan melibatkan tanah-tanah milik orang Bumiputera/Melayu yang bukan berstatus TRM. Bagaimanakah nasib tanah-tanah ini? Setelah isu ini diketengahkan, Menteri Besar Johor pada 14 April, 2007 menyatakan kerajaan bercadang untuk menubuhan Amanah Hartanah (Property Trust) bagi membolehkan masyarakat bumiputera bersama-sama menyertai pemilikan harta di WPI walaupun pada nilai yang rendah.

Modul operandi Amanah Harta ini sehingga sekarang tidak dijelaskan secara terperinci. Kita tidak mahu melihat nasib orang Melayu/Bumiputera di WPI akan menerima nasib seperti orang Melayu/Bumiputera di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi yang terpinggir dan terkorban atas nama pembangunan. Kita mahu melihat pegangan pemilikan hartanah oleh Melayu/bumiputera akan terus kekal walaupun tanah-tanah mereka dibangunkan.

Pemilikan tanah oleh pelabut-pelabur dan syarikat-syarikat dari Singapura akhirnya akan menjadikan Singapura memiliki kuasa perundingan yang significant (significant bargaining power) ke atas Malaysia. Dengan kata lain dalam perundingan selepas dari ini khususnya berkaitan dengan WPI, suara, pandangan serta persetujuan daripada Singapura hendaklah diperolehi. Secara tidak langsung Singapura boleh “memandrumkan” Malaysia supaya tunduk kepada pelbagai tuntutan daripada Singapura di masa hadapan.

 Ini adalah antara risiko yang perlu ditanggung apabila kerajaan mengambil tindakan “menjual” negara kepada warga asing. Singapura selepas dari ini tidak berlu lagi menggunakan pendekatan berkonfrantasi dengan Malaysia tetapi memadai dengan ugutan untuk menarik balik pelaburan daripada WPI sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh Malaysia. Akhirnya Malaysia akan menjadi barua kepada Singapura.

No comments:

Post a Comment