Undang2 Malaysia dalam banyak perkara diakui antara terbaik dan
menyeluruh. Ini termasuk dalam hal berkaitan perlindungan kepada mahkamah
daripada ditohmah secara sewenang2nya. Malah, perihal hakim juga dilarang
daripada disentuh secara terbuka pada persidangan Dewan Rakyat. Imuniti Ahli
Parlimen untuk bercakap apa sahaja dikecualikan daripada perkara ini melainkan
terdapat usul khas.
Sesi perbahasan Sidang Dewan Rakyat yang bermula Selasa lalu menyaksikan institusi kehakiman dilemparkan pelbagai tuduhan terutama yg paling berat oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).
Nurul Izzah yang berpeluang berucap, menuduh hakim Mahkamah Persekutuan yg mengendalikan kes rayuan liwat Anwar Ibrahim sebagai dibeli oleh syaitan hanya kerana mendapati bapanya bersalah.
“Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan2 politik, hakim2 menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman.
“Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan,” kata Nurul Izzah yg menjelaskan ucapannya itu seperti apa dinyatakan Anwar.
Tuduhan sama ada oleh Nurul Izzah atau Anwar, sememangnya amat serius. Undang2 jelas melarang tapi mereka tidak mempedulikannya. Biarpun bagi mempertahankan bapa sendiri, namun siapa yg boleh mengatasi undang2.
Hakikatnya, apa yg dilakukan pembangkang mempertikaikan keputusan hakim sesedap rasa politik bukan sahaja mengelirukan rakyat bahkan menjejaskan kewibawaan institusi kehakiman.
Sedangkan segala undang2 dibuat melarang daripada membicarakan secara terbuka kelakuan hakim adalah bagi melindungi badan kehakiman yang menjadi satu daripada teras pemerintahan negara menerusi doktrin pengasingan kuasa.
Namun di mana tindakannya. Baik Anwar, Nurul Izzah atau wakil pembangkang lain menggunakan peluang perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi mencerca lima hakim terlibat demi menegakkan benang yang basah.
Kenapa penjenayah lain perlu menurut perkara ini tetapi tidak Anwar dan pembangkang? Hakim dicerca dengan pelbagai tohmahan. Apa istimewanya Anwar, anaknya dan sekutu mereka? Sedangkan semua sepatutnya tertakluk kepada prinsip tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang2.
Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 ini akan berlangsung banyak minggu lagi, apakah akan terus dibiarkan wakil2 pembangkang terus ‘membelasah’ hakim2 terlibat.
Walaupun ada juga wakil pembangkang seperti seorang dua daripada Pas yg tidak pun menyentuh mengenai kes Anwar, namun yg lain tetap mengatakan mahkamah terlibat dalam konspirasi ke atas Ketua Pembangkang itu.
Dalam perkara ini, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang turut berbahas nampaknya lebih cermat dan cerdik. Beliau mengelak daripada beremosi sebaliknya menyentuh badan kehakiman secara umum iaitu soal meningkatkan imej.
Seperti kata Gobind, beliau menyedari Peraturan 36 (8) yg melarang hakim disentuh dalam ucapan pada Sidang Dewan Rakyat kecuali terdapat satu usul mengenainya.
Kepada wakil pembangkang yg lain, contohilah Gobind setidak2nya. Matlamat semua melihat Parlimen Malaysia berada dalam kelas pertama, tetapi jika peraturan dewan tidak dihormati mereka sendiri, apa akan jadi dengan `dewan yg mulia'?
Selain itu, tinggalkanlah isu Anwar, hormatilah institusi kehakiman seperti mana menerima keputusan mahkamah yg memihak kepada mereka. Berlaku adillah kepada semua termasuk mangsa.
Lagipun, serangan bertubi2 kepada hakim tanpa melalui satu usul khas yg ditetapkan peraturan dewan akhirnya membuang masa mereka yg sepatutnya menyuarakan lebih banyak isu rakyat dan masalah di kawasan.
Bukannya selepas Anwar, Anwar dan Anwar. Memang sampai kiamat pun tak akan habis sedangkan amanah pengundi lagi penting.
No comments:
Post a Comment