Thursday, 12 March 2015

Pota digubal khusus untuk menangani ancaman keganasan seperti kumpulan militan Isis.



Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) hanya akan digunakan ke atas tindakan keganasan sahaja dan bukan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Semua pihak terutama pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang untuk hak asasi manusia tidak perlu khuatir kerana kerajaan tidak akan menyalahgunakan akta itu.

"Hanya tindakan keganasan tertakluk di bawah akta berkenaan dan jika ada sebarang perbezaan pendapat politik, ia tidak terangkum dalam undang-undang itu.

"Tidak perlu khuatir kerana ia seperti Akta Pencegahan Jenayah (Poca) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 di mana kuasa eksekutif Menteri Dalam Negeri tidak akan diguna pakai," katanya.


No comments:

Post a Comment