Saturday, 7 March 2015

POCA Khusus Untuk Menangani Jenayah Berat



Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 adalah makenisme untuk menjaga kepentingan rakyat dan tiada siapa akan teraniaya. Akta itu khusus untuk membanteras jenayah terancang dan jenayah berat dan seseorang itu tidak akan ditangkap hanya kerana mempunyai pendirian dan ideologi politik yang berbeza daripada kerajaan.

Akta ini tidak bertujuan sama ada secara tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik, sebaliknya khusus untuk menahan penjenayah jenayah berat seperti bunuh, samun, dadah, pemerdagangan manusia, gangsterisme dan lain-lain jenayah yang berbahaya kepada rakyat.

Kerajaan amat mengambil berat kepentingan rakyat dan tujuan mana-mana undang-undang itu diwujudkan adalah untuk memelihara kesejahteraan rakyat dan juga keselamatan Negara, samada melalui  pencegahan atau pembanterasan jenayah.

Jenayah telah menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat dan jika kerajaan tidak bertindak, lebih ramai akan menjadi mangsa dan tahap ketakutan akan lebih tinggi.

Kerajaan mahu mewujudkan satu keadaan di mana rakyat Malaysia berasa lebih selamat di negara sendiri menerusi penguatkuasaan akta-akta ini.

Akta itu diwarta dan dikuatkuasakan selepas pelantikan anggota Lembaga Pencegahan Jenayah oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

Dalam perlaksanaanya, lima anggota lembaga yang bebas dilantik, terdiri daripada pengamal undang-undang dan tempoh perkhidmatan mereka adalah dua penggal (empat tahun).

Akta itu telah turut diperluaskan ke Sarawak dan Sabah bagi membenarkan penahanan tanpa perbicaraan atas kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam atau pencegahan jenayah khususnya ketika jenayah berat semakin berleluasa selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.

Akta itu antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun.

Berhubung dakwaan pesalah tidak akan diadili di mahkamah, beliau berkata POCA hanya akan digunakan sekiranya saksi enggan tampil di mahkamah untuk memberi keterangan dalam perbicaraan sesuatu kes.

Di bawah POCA, keputusan penahanan akan dibuat oleh pihak hakim, jadi kalau polis menahan sesiapa, ia perlu meyakinkan pihak hakim bahawa individu tertentu ini perlu ditahan.

No comments:

Post a Comment