Saturday, 13 June 2015

ANALISIS AWAL PRU 14 - UMNO SAKIT TENAT DAN SEDANG KRITIKAL !!!

BN sebenarnya dalam keadaan terancam. Undi blok Cina yg dimonopoli oleh DAP/PR mustahil kembali kepada MCA atau Gerakan.

UMNO memerlukan rawatan antipenuaan yg radikal. Pengukuhan Barisan Nasional (BN) harus bermula dengan UMNO dengan melakukan transformasikan untuk menjadikannya lebih kontemporari.

Tanpa rawatan, UMNO akan mati sakit tua. Tetapi kalau menjalani rawatan ‘stem cell’ yg radikal, proses penuaan boleh disekat dan sel2 baru akan tumbuh bagi memudakannya semula.

Ini amat perlu bagi menarik sokongan generasi muda dan membebaskan diri daripada kongkongan hierarki, feudalisme dan dinasti yg menjadi imej buruk kepada UMNO selama ini.

UMNO perlu melakukan pembedahan besar bagi memotong dan mengubati anggotanya yg lumpuh, kelemayuh (gangrenous) dan berkanser.

Atau UMNO boleh terus percaya kepada jampi mantera para bomoh, tukang tilik, ahli sihir dan tukang karut politik yg akan menceritakan apa yg para pembesar UMNO mahu dengar dan bukan apa yg mereka perlu tahu.

Ramai ahli dan penyokong UMNO sekadar mengagak dan mengandai ketika memperkatakan parti itu dalam keadaan yg membimbangkan. Namun di kalangan kepemimpinan tertinggi dan ibu pejabat UMNO, mereka tahu keadaan sebenar cuma mereka tidak tahu atau tidak berani memilih rawatan yang diperlukan.

UMNO berdepan masalah besar untuk menghadapi PRU-14 kerana ada kajian menunjukkan ia berkemungkinan gagal mempertahankan 88 kerusi yg dimenangi pada pilihan raya 2013 lalu.

Wujud kebimbangan yg bilangan kerusi Umno akan jatuh kepada 70 malah 60 sahaja kalau keadaan sekarang berterusan.

BN pada masa ini menghadapi sindrom Mendukung Biawak Hidup yg teruk kerana di sebalik disertai 13 komponen, sebahagiannya tidak lansung mampu menyumbang kepada kekuatannya.

Selain PPP, kewujudan MCA, Gerakan dan SUPP dalam BN tidak memberi sebarang kekuatan atau kebelihan memandangkan pengundi Cina lebih selesa dengan DAP dan PR. Parti PPP semamangnya sejak dulu, seperti tidak wujud dalam BN, MIC pula sepertinya masih lagi raya hindu dan santai enak menikmati Deepavali Vartekel yg berpanjangan.

Gerakan pula masih lagi mabuk dialam fana cintaku, lena dibayangi kemenangan tipis di Teluk Intan tempuhari. Sementara MCA pula masih lagi belum puas duduk bermalas2 dikerusi empuk yg mereka dapati percuma, hasil dari kemurahan hati Najib yg di iming2kan sokongan palsu melalui misi Ah-Jib Gor yg tanpa segan-silu memalu gendang Cina tempuhari.

Jadi, selain UMNO dan beberapa buah parti etnik Sarawak, BN sebenarnya dalam keadaan terancam. Semua tahu, dalam keadaan sekarang, undi blok Cina yg dimonopoli oleh DAP/PR mustahil kembali kepada MCA atau Gerakan.

Malah orang Cina makin selesa dengan situasi sekarang di mana mereka terus menguasai ekonomi dan mendapat manfaat daripada sesetengah dasar serta transformasi ekonomi yg dipelopori olih Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Manakala dalam arena politik pula mereka boleh bergantung kepada DAP/PR untuk mempertahankan hak mereka.

Kini keadaan tambah parah dengan pertelingkahan sesama kulit Umno disebabkan perbalahan Najib dan Tun Dr Mahathir atas kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti2 yg jelas. Tuduhan ini tidak dijawab Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selain dari menepis dan berkata ia adalah pembohongan.

Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

Kononnya wang yg disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yg hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yg dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yg juga Menteri Kewangan. Ujung2 dah pecah lobang yg wang itu tidak ada, yg ada dalam bentuk A4 paper pulak dah.

Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yg dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yg murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yg tidak mencermin harga pasaran.

US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yg begitu banyak.

Belum habis kemelut itu, kemudian masuk pulak campur-tangan sebuah syarikat Arab onta dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), International Petroleum Investment Company (IPIC) yg dikhabarkan akan membayar AS$975 juta (RM3.57 bilion) daripada hutang yg ditanggung 1MDB.

    Menurut Ahmad Husni, bayaran itu dibuat kepada sebuah konsortium bank antarabangsa yg membuat tuntutan empat bulan lebih awal daripada 1MDB.

Lalu Ahmad Husni kemudiannya menyerahkan satu kertas cadangan mengenai pelan penstrukturan semula 1MDB kepada kabinet. Katanya, 1MDB kini memasuki fasa menyempurnakan perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investments. Dan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, IPIC kabarnya telah membuat bayaran AS$1 bilion (RM3.66 bilion) awal Jun lalu. Wang ini akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta sebelum tarikh sepatutnya kepada bank peminjam katanya lagi.

Itu belum masuk cerita Jho Low lagi, yg dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yg begitu dipercayai oleh Najib. Pegawai Malaysia yg dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yg mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Najib.

Lagi la gormal .... bukankah perkara2 sebegini menambahkan lagi keraguan2 rakyat termasuk penyokong2 Umno sendiri terhadap Najib dan kerajaan. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yg ditubuh oleh Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yg tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan2 dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

Selain daripada ini dasar2 pemerintahan Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan terhadap BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

Justeru disebabkan kemelut yg berlanjutan ini, semakin ramai rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak termasuk ahli2 Umno sendiri yg sudah semakin hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Najib. Justeru tidak mustahil lah seperti telahan Tun, bahawa Umno dan BN akan kalah dalam PRU 14 nanti.

Anehnya ramai juga ahli dan pemimpin Umno yg setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yg diwakili olehnya. Ini kerana saya percaya, Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment