Friday, 13 March 2015

ADAKAH GST MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA?



Penggunaan sistem cukai GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan berupaya menangani masalah cukai bertindan yg mana akan mengurangkan beban cukai pengguna. Contoh jelas di­terangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di mana jika pengguna membeli minuman berkarbonat di restoran, mereka akan dikenakan cukai bertindan iaitu, cukai jualan yg diserap ke dalam harga minuman serta cukai perkhidmatan yg tertera di atas resit jualan.

Dengan GST, masalah seperti ini tidak berlaku kerana pengguna akan hanya dikenakan satu jenis cukai sahaja. Harga barangan akan menjadi lebih murah akibat pemansuhan cukai bertindan ini.
Bagi barangan dan perkhidmatan yg tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini, kenaikan harga barangan akan berlaku. Namun begitu, kerajaan mewartakan sejumlah barang dan per­khidmatan yg dikecualikan GST. Ia termasuk makanan barangan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan lain2 lagi.
Justeru, boleh disimpulkan akan ada barangan dan perkhidmatan yg naik, turun dan tidak berubah. Secara amnya, kesan berikut boleh dirumuskan. Oleh itu tidak adil untuk kita merumuskan GST akan ­me­ngakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment