Saturday, 4 April 2015

Hidup Kena Berakal, Mati Biar Berhantu !!

Bagi mereka yg marah sebab Tun tegur DS Najib; kenapa korang nak marah? Najib sendiri dah anggap Tun macam bapa. Takkan bapa tak boleh tegur anak?

Atau ... korang saja nak tunjuk kesetiaan yg tak kena pada tempatnya, nak mengampu kulum teloq pasal ada masyuk, atau nak buktikan DS Najib tidak boleh ditegur oleh sesiapa pun?

Tun tegur sebelum terlambat. Nak tunggu BN kalah dlm PRU 14 baru nak sedar ke ... inilah pemimpin Umno yg masih tak sedar diri, masih tidur.

Sememangnya elok Tun tegur dia dan sejarah dah buktikan, Tun yg terbaik dan belum ada gantinya.
Bukan saja di Malaysia, tapi di dunia juga ... satu dunia kagum dgn Tun. Jadi apa salahnya kita Tun menegur … lagipun hanya Tun yg berani bersuara, yg lain semua teloq termasuk, pasal takut kena tendang dari kabinet, miss lak sooru nanti … jadi biarlah suara Tun mewakili kita.

Tun tegur mana yg patut & Tun dah cuba nasihat dgn berbagai cara dah sebelum ini ...cuba baca dan semak balik blog Tun ...

Kalau dunia lain boleh terima pandangan Tun tentang perkara sejagat, kita patut bersyukur bila Tun mahu tegur perkara yg membawa kebaikan utk rakyat & Negara ... he has successfully achieved many accomplishments for this country, afterall ...

DS Najib pulak janganlah ketegaq … beliau wajar memberikan perhatian secara serius terhadap apa yg diperkatan Tun itu. Dalam masa sama fikir dan fikir2 … jangan terus menerima apa saja yg di katakan pihak sekeliling yg memang kaki bodek tu. Kaji dan kaji setiap yg dilaporkan tu betul ke atau sebaliknya boleh mendatangkan kemudaratan.

Kepada kaki2 bodek dalam Umno … janganlah membiarkan DS Najib masuk longkang. Tak tumbuh, tak melata … Seharusnya kita berperanan untuk meneuteralkan keadaan dan cuba sedaya upaya kita untuk mengelakan kedua2 pemimpin dari terus bertelagah, kerana itulah sebenarnya yg dimahukan pihak pembangkang.

Jangan sesama kita kokok berderai2, tapi bila dengan pembangkang kecut teloq, lansung tak ada idea nak menyerang dan menangkis fitnah2 pihak pakaton itu. Itu sebenarnya tugas kita, sekiranya kita benar2 cintakan agama bangsa dan sayangkan negara.

Orang tua2 pernah berpesan … untuk menangani konflik secara kekeluargaan, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung jangan berselerak … jangan main redah aja ….!!!

No comments:

Post a Comment