Friday, 13 March 2015

ADAKAH GST LANGKAH TERGESA-GESA?



Anggapan bahawa langkah memperkenalkan GST oleh kerajaan adalah tergesa2 adalah salah sama sekali.

Menyedari akan kepentingan dan manfaat GST, kerajaan telah mengumumkan cadangannya semasa belanjawan 2005, namun pelaksanaannya telah ditangguhkan. Dalam melaksanakan GST, kerajaan menubuhkan Panel Penilai Cukai (Tax Review Panel) yg dianggotai oleh pakar2 percukaian dari sektor awam dan swasta.

Panel ini menjalankan kajian meliputi pelbagai aspek GST dan undang2 antaranya ialah Goods and Services Tax 1985 (New Zealand), Value Added Tax Act 1994, (United Kingdom), Goods and Services Tax 1991 (Kanada), dan Value Added Tax Act 1992 (Thailand).

Hasil kajian mendapati bahawa GST akan menjana ekonomi negara yg lebih mapan dengan peningkatan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi lebih kompetitif dan murah. Kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka naik sekitar 0.3%.
ADAKAH GST ABAIKAN RAKYAT?

Peningkatan defisit dalam belanjawan negara setiap tahun adalah perkara yg membimbangkan. Sekiranya ia tidak dikawal, ekonomi negara akan merudum dan kehidupan selesa yg dinikmati oleh rakyat pada masa ini akan terjejas. Justeru itu, GST yg bersifat multi-tier dan dengan skop cukai yg luas akan menjadi sumber baru pendapatan negara.

Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat terutamanya yg berpendapatan rendah akan terbeban dengan cukai ini. Bagi menjaga kebajikan rakyat, seiring dengan pengenalan GST, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah utama. Antaranya bantuan RM300 akan diberikan secara one-off kepada pene­rima isi rumah BR1M.

Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Hakikatnya, pendapatan dari GST ini jugalah yg akan dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan sosial seperti BR1M. Dengan faedah2 yg diperolehi ini, adilkah jika kita simpulkan bahawa GST akan membebankan golongan berpendapatan rendah?

GOLONGAN PERTENGAHAN DAN IKS DIPINGGIRKAN?

Golongan kelas pertengahan yg bijak akan dapat memperolehi manfaat daripada pengenalan GST dengan mengambil inisiatif merancang dan mengawal perbelanjaan. Beban mereka juga akan diringankan dengan pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan boleh guna oleh kerajaan.

Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yg memperolehi hasil jualan kurang dari RM500,000 setahun pula dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST serta tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini akan memastikan perniagaan mereka berdaya saing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.

No comments:

Post a Comment