Wednesday, 18 March 2015

Hina mahkamah: Anwar patut didakwa, bukan diampunkan !!!



Khabarnya tempuhari peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah menghantar surat kepada Peguam Negara mengenai tindakan sewajarnya patut dikenakan terhadap Anwar Ibrahim kerana menghina mahkamah semasa sessi rayuan dihari dia dijatuhkan hukuman baru2 ini.

Menurut beliau, jelas sekali Anwar telah menghina mahkamah dalam prosiding rayuan kes liwat­nya pada 10 Februari itu. Anwar telah menyelar institusi kehakiman yg didakwanya sebagai ‘rakan subahat’ yg membunuh kebebasan kehakiman dan integriti.

Anwar mendakwa panel lima hakim Mahkamah Persekutuan telah ‘menjual’ jiwa mereka kepada syaitan sebagai tukaran dalam mendapatkan pulangan dan kedudukan.

Menurut Shafee, Mahkamah Persekutuan tidak mengenakan hukuman terhadap penghinaan mahkamah yg dilakukan Anwar pada ketika itu kerana tidak mahu mengalihkan perhatian umum mengenai keputusan kes liwat tersebut.

Tindakan Anwar itu memang keterlaluan dan dia patut dihukum kerana menghina mahkamah. Namun malangnya sehingga kini, Anwar belum lagi didakwa, malah heboh pulak mengenai isu pengampunan nya.

Satu persoalan timul terhadap badan kehakiman yg nampaknya hanya berani melakukan tindakan keatas blogger marhaen dan juga rakyat biasa, tapi takut untuk melakukannya terhadap pemimpin pembangkang yg terang2an telah melakukan penghinaan terhadap hakim2. Apakah undang2 negara tidak berlaku terhadap orang yg bernama Anwar Ibrahim?

Anwar Ibrahim menggelarkan hakim2 yg menjatuhkan hukuman penjara lima tahun keatasnya adalah sebagai pencacai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan mendakwa institusi itu sebagai 'rakan subahat' bagi menamatkan karier politik beliau. Kejadian ini berlaku terang-terangan didepan khalayak yg hadir dimahkamah itu, didepan peguam2 dan dihadapan hakim2 itu sendiri.

Dan perlu diketahui … dengan modal inilah yg dibawa olih pecacai2 pembangkang untuk berdemo setiap hari Sabtu depan Sogo itu, dengan moda ini jugalah mereka membakar lilin setiap malam didepan penjara Sungai Buluh itu dan juga dengan modal inilah juga Nurul Ezzah ditahan kerana berucap di Parlimen tempuhari.

Justeru apakah sebenarnya yg menghalang pengamal Undang2 negara dari mendakwa Anwar Ibrahim? Bukankah dengan tidak mendakwa Anwar itu akan membawa satu isyarat yg salah terhadap kebenaran. Atau sebenarnya mereka2 ini memang penakut, lembik macam lengkong dan hanya menjalankan pendakwaan berpilih2 … ? Jadi janganlah disalahkan rakyat, jika rakyat membuat persepsi begitu … !!!

No comments:

Post a Comment