Sebenarnya ramai yg bertanya kepada teman
mengenai GST.
" Bro Jebat, bila nak
menulis mengenai GST … betul ke GST ini membebankan rakyat … siapa yg untung dengan perlaksanaan GST ini … betul ke GST
ini hanya nak menguntungkan kerajaan " … dan banyak soalan2 lagi ... yg menjadikan teman pening
lalat nak menjawabnya.
Benar, masih ramai
masyarakat kita di luar sana yg kurang faham tentang cukai GST kerana
sesetengah pihak yg berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada
aspek pengiraan teknikal, yg terkadang sukar difahami.
Puak2 yg tidak bertanggungjawab
pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman masyarakat berkaitan GST ini
untuk memburuk2kan sistem percukaian moden tersebut. Walhal mereka sendiri pun
tak faham dan buat2 tak faham kerana takut kehilangan pengaruh. Al maklumlah
tanpa fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.
Apabila tak faham,
termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah masyarakat
yg keliru dan haru biru. Inilah yg disukai oleh puak2 pembangkang. Maka pihak2
berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut.
Tak apalah perbuatan baik
selalu mendapat ujian dan cabaran. Untuk memahami persoalan GST
ini juga memerlukan kefahaman tentang kaedah2
percukaian. Justeru teman ambil masa,
dengan berhati2 untuk menghuraikannya dalam bahasa
dan kaedah yg paling mudah untuk difahami olih orang awam.
Antara salah faham ialah
GST adalah satu cukai baru yg akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan
perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup
rakyat.
Ada juga yg beranggapan
GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut cukai baru bagi
menggantikan kehilangan pendapatan negara akibat cadangan pengurangan cukai
syarikat pada masa akan datang.
Pengenalan GST juga dianggap sebagai satu langkah untuk mengikut trend semasa memandangkan sudah lebih 160 negara mengguna-pakai GST dan ini dilaksanakan tanpa kajian mendalam tentang beban yg ditanggung oleh rakyat.
Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali
sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan
telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.
Rang Undang2 Cukai Barang
dan Perkhidmatan atau GST (Good and Service Tax) ini diluluskan di Dewan Rakyat
pada 7 April 2014 dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015 akan datang.
Kenapa kerajaan
melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?
Pada masakini dan selama
ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan
(Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yg kita beli
iaitu;
Cukai Jualan - 10% dan
Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan
cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada
dalam bil atau resit pembelian kita.
Kedua2 cukai ini akan
dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST … selepas tarikh itu kita
hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.
BENARKAH GST CUKAI BARU?
GST sememangnya adalah cukai yg baru diperkenalkan di Malaysia. Namun begitu pelaksanaannya menyebabkan dua jenis cukai lain dimansuhkan. Pada masa ini, cukai dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan melalui dua akta iaitu Cukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151), yg mana kedua2nya dipungut oleh Kastam.
Rata2 masyarakat tidak membincangkan tentang implikasi apabila kedua2 cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini dimansuhkan, tetapi lebih fokus kepada melihat kesan satu hala GST terhadap kos barangan dan perkhidmatan.
Cukai jualan (10%) umumnya dikenakan ke atas barangan yg dikilangkan di Malaysia atau diimport, dan dibayar oleh pengeluar atau pengimport yg mempunyai hasil tahunan RM100,000 ke atas. Cukai ini diserap ke dalam harga barangan yg dijual kepada pengguna. Manakala cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas perkhidmatan khas seperti perkhidmatan hotel (lebih dari 25 bilik), insurans, telekomunikasi, khidmat profesional akauntan, peguam, jurutera dan arkitek, outlet makanan dan minuman dan lain2 lagi.
Cukai perkhidmatan yg dikenakan kepada pengguna jelas dinyatakan di dalam bil atau resit bayaran, berbeza dengan cukai jualan yg tersembunyi dan tidak disedari oleh pengguna.
Secara tepatnya, rakyat Malaysia membayar cukai yg lebih tinggi di dalam sistem sedia ada. Pertukaran kepada model GST Malaysia, bukan sahaja perlu untuk mentransformasi sistem cukai negara ke arah yg lebih adil, malah ia perlu kerana sistem sedia ada yg bersifat 'single-tier' sangat terdedah kepada risiko pelarian cukai yg merugikan negara.
No comments:
Post a Comment