Friday, 13 March 2015

POTA Tepat Pada Masanya

Dengan ketiadaan ISA, dengan keadaan yang tidak menentu pada ketika ini ... initiatif POTA adalah tepat pada masanya. Satu akta yang sesuai dengan tuntutan semasa, apatah lagi pembangkang sendiri menimbulkan kerisauan mengenai apa yang berlaku pada ketika ini seperti isu kumpulan militan IS.
Initiatif POTA ini menunjukkan Kerajaan tidak hanya omong kosong, tetapi, kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan rakyat Malaysia tidak terjebak dengan perkara-perkara yang boleh menggugat keselamatan enagra dan rakyat yang lain...
Jaminannya, kebebasan rakyat untuk bersuara juga tidak akan disekat kerana ini hanyalah akta pencegahan kepada perkara-perkara yang melibatkan keganasa... Akta yang berunsurkan anti keganasan ini langsung tidak sama sekali boleh dikaitkan dengan politik kerana orang politik terutamanya pembangkang sendiri yang mahukan kerajaan lakukan sesuatu bagi menyelesaikan isu keganasan ini.
Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) hanya akan digunakan ke atas tindakan keganasan sahaja dan bukan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 


Beliau berkata semua pihak terutama pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang untuk hak asasi manusia tidak perlu khuatir kerana kerajaan tidak akan menyalahgunakan akta itu. 


"Hanya tindakan keganasan tertakluk di bawah akta berkenaan dan jika ada sebarang perbezaan pendapat politik, ia tidak terangkum dalam undang-undang itu. 


"Tidak perlu khuatir kerana ia seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 di mana kuasa eksekutif Menteri Dalam Negeri tidak akan diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Brunei di Malaysia Datuk Paduka Alaihuddin Mohd Taha di pejabatnya di sini, hari ini. 


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan sesetengah pihak bahawa POTA akan disalah guna untuk kepentingan pihak tertentu. 


POTA digubal khusus untuk menangani ancaman keganasan seperti kumpulan militan IS.
Justeru semua orang perlu menyokong Akta ini sebagai benteng dan jaminan bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat sentiasa terjaga... Tahniah kerajaan di atas inisiatif ini !

No comments:

Post a Comment