Saturday, 7 March 2015

Membendung Aktiviti Keganasan Dalam Talian.



Baru-baru ini akhbar melaporkan terdapat video berdurasi 30 saat, yang dipercayai dirakam oleh rakyat negara ini yang dikenal pasti oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Mohd Faris Anuar, 20, berasal dari Gurun, Kedah. Turut berada dalam rakaman tersebut ialah rakannya, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi, 25, dari  Durian Tunggal, Melaka.
Justeru usaha bersepadu perlu digerakkan di negara ini untuk membanteras propaganda militan secara dalam talian yang menjadikan golongan muda Melayu sebagai sasaran.
Pihak pembuat video dan dokumentari tempatan serta blogger perlu memainkan peranan membantu kerajaan dengan memenuhi ruangan sosial media dengan gambar dan cerita yang boleh membendung aktiviti keganasan.

Beberapa organisasi di Eropah juga didapati telah mula menghasilkan video pendek (tindak balas naratif) dengan baik tetapi kurang dilakukan di negara ini terutamanya golongan Melayu.

Sebagai contoh kempen #NotInMyName terhadap IS oleh golongan muda Islam di Britain menerusi kumpulan Active Change Foundation (ACF) yang berpangkalan di Timur London, memberikan reaksi mereka terhadap insiden penculikan dan pembunuhan pekerja bantuan warga British, David Haines dan Alan Henning pada tahun lalu.

Kempen ACF secara dalam talian bertujuan untuk memberitahu dunia bahawa IS tidak mewakili Islam atau komuniti Islam.

Ia serupa dengan kempen MyJihad di Chicago yang bermula pada 2012 untuk menjelaskan pemahaman yang benar tentang jihad.

Di Malaysia juga, kempen-kempen perlu diadakan olih badan-badan sukarela dan juga NGO-NGO bertujuan untuk menjelaskan bahawa jihad bukan bermaksud melakukan keganasan dan pembunuhan.

Adalah tidak cukup sekiranya membiarkan usaha memerangi ancaman keganasan sebagai tanggungjawab pihak berkuasa kerana anti-keganasan melibatkan kerjasama pelbagai pihak.

Orang awam, universiti dan jabatan agama juga perlu bekerjasama dalam melaksanakan kempen-kempen ini. Apa yang diperlukan adalah sesuatu seperti arahan pusat untuk menyelaraskan usaha tersebut.



No comments:

Post a Comment