Saturday, 7 March 2015

Azmin Bakal Ketua Pembangkang

Bekas penasihat undang-undang kerajaan Tan Sri Abu Talib Othman baru-baru ini dipetik akhbar tempatan sebagai berkata tiada siapa mempunyai kuasa untuk mengizinkan Anwar menghadirkan diri ke Parlimen memandangkan beliau dijatuhi hukuman oleh mahkamah selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.

Pandangan Abu Talib turut dikongsi pakar undang-undang Tan Sri Dr Rais Yatim, yang berkata proses undang-undang telahpun selesai dan Anwar harus menjalani hukuman penjara dan menghormati undang-undang. 

Isu kini, siapa selepas Anwar yang akan dilantik oleh parti-parti pembankang sebagai ketua baharu mereka.
Persidangan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang bermula Isnin ini akan menjadi tumpuan ramai, bukan sahaja kerana pembentangan beberapa rang undang-undang baru yang menarik perhatian, namun juga disebabkan dewan akan menentukan kedudukan Ketua Pembangkang.

Pemimpin PKR menjadi ketua pembangkang sejak Mac 2008 apabila Dr Wan Azizah dipilih memegang jawatan itu selama lima bulan sehingga meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding pada pilihan raya kecil kerusi tersebut.
Pada Oktober tahun sama, Anwar, yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil itu, mengambil alih jawatan tersebut sehinggalah kehari ini.

Yang paling lama pernah memegang jawatan Ketua Pembangkang ialah Lim Kit Siang yang memegang jawatan itu sebanyak tujuh kali dengan kali pertama dipilih pada 31 Jan 1973 untuk tempoh setahun; kemudian dari 4 Nov 1975 hingga 3 Nov 1976; 31 Julai 1978 hingga 28 Mac 1982; 10 Julai 1982 hingga 18 Julai 1986; 19 Sept 1986 hingga 4 Okt 1990; 10 Dis 1990 hingga 5 April 1995; dan kali terakhir dari 15 Jun 1995 hingga 11 Nov 1999.

Terkini khabar-khabar angin sudah bertiup kencang mengatakan bahawa Dato Menteri Besar Selangor YB Azmin Ali bakal dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru, yang menjadikan Wan Azizah akan berputih mata melihat musuh ketatnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru.

Juga menjadi teka-teki, adakah jawatan itu akan kembali kepada DAP yang memiliki 37 kerusi Parlimen, atau terus dipertahankan PKR yang mempunyai 30 kerusi atau PAS yang memiliki 21 kerusi?

Apa yang hampir pasti, Anwar akan direhatkan selama 5 tahun bagi memberi peluang kepadanya bermuhasabah diri serta bertaubat diatas dosa-dosa yang telah dilakukannya meliwat Saiful Bukhari hampir 7 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment