Sunday, 5 July 2015

1.5 Juta Bangla - Antara Durian Musang King Dan Durian Runtuh

Syarikat Bestinet Sdn Bhd dijangka menikmati durian runtuh dengan meraih keuntungan RM150 juta selepas Putrajaya mengumumkan pengambilan masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat bagi memenuhi permintaan pelbagai sektor.

Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FMCMS) yang mewajibkan setiap pekerja asing membayar RM100 kepada kontraktor untuk saringan kesihatan bio perubatan di negara asal pekerja asing mampu membawa keuntungan besar jika dikendalikan syarikat dikuasai Umno itu.

Ini tidak termasuk keuntungan yang diraih melalui pengambilan pekerja asing sedia ada seperti warga Indonesia, Filipina, Myanmar dan Nepal.

Pengumuman itu menjawab persoalan punca FMCMS dikuatkuasakan secara tergesa-gesa, malah semua kaunter imigresen ditutup sepenuhnya untuk urusan visa dan Rujukan (VDR) mulai semalam.

Pelaksanaan sistem itu bakal mencetuskan ketegangan dengan agensi tenaga kerja serta kementerian di Nepal apabila mereka diwajibkan untuk menggunakan sistem bio perubatan.

Contoh dasar kerajaan Filipina yang mensyaratkan pekerja atau ejen pengambilan pekerja perlu membayar AS$15 (RM54) bagi tujuan memuat naik maklumat kesihatan pekerja asing.

Apakah jaminan ruang pekerjaan untuk orang tempatan selepas 1.5 juta pekerjaan diambil alih pekerja Bangladesh?

Bagaimana untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan ekonomi negara sekiranya tenaga kerja murah asing diimport dan digunakan untuk memenuhi kekosongan kerja tempatan.

Lebih dipersoalkan apabila kontrak FWCMS boleh dianugerahkan tanpa tender terbuka kepada Bestinet sebagai syarikat bernilai RM2 sehingga 2013.

Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga menunjukkan Bestinet tidak menghantar Laporan Akaun sejak 2010 selama 4 tahun, yang pastinya melanggar Akta Syarikat 1965, dan diklasifikasikan sebagai syarikat ‘Dormant’.

Semua kelakuan berleluasa ini menimbulkan keraguan wujudnya percanggahan kepentingan, berpakat sulit serta salah guna kuasa antara pihak kelulusan dan pihak yang mendapat manfaat.

No comments:

Post a Comment