Monday, 10 August 2015

ADAKAH ZAHID SUPERMAN YANG DITUNGGU2 OLIH UMNO?

Selain keluarga dan rakan-handai, orang Perak mungkin yg paling gembira dengan perlantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan PM yg baru menggantikan Muhyiddin Yassin yg dipecat baru2 ini.

Sejak Merdeka, inilah kali pertama pemimpin dari Perak dianugerahkan jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan itu. Tentunya juga ramai yg mengharapkan beliau tidak kecundang di tengah pendakian sebagaimana beberapa Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dan seterusnya dapat menjadi orang Perak pertama berjaya menjadi PM Malaysia. 

Walaupun menyatakan jawatan itu lebih berupa amanah berbanding hadiah, Zahid sendiri barangkali kembang mekar hatinya ketika menerima perlantikan tersebut, dan ucapan seperti itu adalah normal kepada sesiapa saja yg baru dinaikkan pangkat.

Namun hakikatnya, Zahid sedang berdepan tugas paling sukar dan mencabar berbanding mana2 TPM sebelum ini. Jika selama ini ramai yg melihat beliau sebagai pemimpin yg suka senyum dan ketawa, bebanan tugas berat yg menantinya tidak mustahil membuatkannya tidak sempat langsung mempamerkan wajah manisnya lagi.

Bebanan tugas yg menantinya bukan saja berkaitan parti dan kerajaan yg sedang berhadapan dengan pelbagai isu seperti sekarang ini, malah yg paling sukar bagi Zahid ialah mengembalikan semula kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap kepimpinan PM, Najib Razak dan juga UMNO.

Beban ini akan berterusan sehingga PRU-14 yg bakal menentukan sama ada UMNO mampu kekal berkuasa atau hilang segala2nya.

Isu 1MDB dan wang RM2.6 bilion adalah isu yg paling menghenyak Najib dan meskipun sandaran boleh diletakkan kepada pasukan petugas khas menanganinya, mengubah persepsi rakyat yg tidak memihak kepada UMNO dan kerajaan adalah tugas paling utama bagi Zahid.

Lebih memburuk keadaan, serentak dengan pemecatan Muhyiddin, Najib juga menyingkirkan Peguam Negara daripada jawatannya disamping menggula2kan empat ahli Jawatankuasa Kira2 Wang Negara atau PAC dengan jawatan menteri dan timbalan menteri.

Sesiapa saja, termasuk makcik2 Felda dan pakcik2 kampung yg melepak mengatur buah dam dikedai kopi pun tentunya tidak sukar memahami bahawa tindakan Najib itu adalah semata2 untuk menyelamatkan dirinya dan menjadikan siasatan terhadapnya tergendala serta tertangguh jadinya.

Bagi mereka, Muhyiddin dipecat kerana kerap menegur 1MDB dan mahukan penjelasan mengenai wang RM2.6 bilion itu, Peguam Negara disingkir dan digantikan dengan orang lain kerana sedang mengetuai pasukan petugas khas, manakala PAC pula dipecahkan berikutan sedang dalam proses memanggil beberapa individu penting bagi mendapatkan keterangan seperti Arul Kanda Kandasamy, Jho Low dan lain2nya.

Semua perlakuan ini menjadikan Najib sebagai watak yg begitu "hitam" dan kotor di mata rakyat. Di tambah dengan pelbagai isu lain seperti GST, kos sara hidup, hutang negara, urus tadbir kerajaan, Rosmah dan sebagainya, harus diakui kedudukan Najib di mata rakyat sedang terperosok ke sudut paling rendah sekarang ini.

Ucapan dan segala kata2 Najib bukan saja tidak diyakini lagi, bahkan rakyat secara perlahan2 sedang menjauhinya. Najib dilihat dapat bertahan semata2 kerana kuasa masih ditangannya, tetapi bukan lagi sebagai kepimpinan yg melekat di hati rakyat.

Legasinya sebagai anak Tun Razak pula mula dijadikan perbandingan. Sebab itu, meskipun selepas memecat Muhyiddin dan menyusun kabinet ampunya itu, kedudukan Najib langsung tidak menjadi lebih baik atau meningkat.

Najib masih kecundang dalam persepi rakyat yg semakin menolaknya. Ini menjadikan Zahid yg boleh dianggap berwatak "putih" kerana latar belakang pendidikan agama dan sokongan kuat dalam UMNO yg dimilikinya, mempunyai tugas yg jauh lebih berat dan sukar dari tugas Superman.

Ia bukan saja tentang bagaimana cara dan keupayaan "putih" untuk "memutihkan" watak "hitam" itu di mata rakyat, tetapi yg turut dibimbangi ialah kalau2 "putih" pun turut tenggelam dengan "hitam" yg kekal dengan onarnya yg tidak sebulu dengan kehendak rakyat.

Apa lebih ditakuti juga kalau2 "putih" pula akhirnya akan bertukar menjadi "kelabu" atau beralih kepada "putih kehitam2an" dek kerana ketidakupayaan "memutihkan" warna "hitam" itu.

Berbeza dengan beberapa TPM era Tun Mahathir, meskipun ketika itu pergolakan turut juga berlaku dan jawatan nombor dua yg silih berganti, kelebihannya ialah watak bekas PM selama 22 tahun itu begitu kukuh dan mantap untuk terus berhadapan dengan rakyat.

Tun Mahathir tetap agresif memainkan peranan utama, manakala orang nombor duanya pula sekadar pembantu dan pelengkap saja. Kekuatannya ialah beliau tidak dihadapkan dengan skandal wang yg bersifat peribadi.

Berbeza sekarang ini, Najib dengan dakwaan berkaitan 1MDB, wang RM2.6 bilion dalam akaunnya dan RM2 juta yg didepositkan ke akaun isterinya, tidak saja meletakkan dakwaan itu bersifat peribadi, malah menjerutnya menjadi pasif serta seakan hilang kekuatan moral untuk menjawab dan berhadapan dengan rakyat.

Sepertinya sekarang ini tugas itu terletak sepenuhnya di pundak Zahid sebagai timbalannya yg baru. Berjaya atau gagalnya Zahid melakukan tugas ini banyak terletak kepada kekuatan jati dirinya berpegang kepada kebenaran, meski bagaimana pahit sekalipun perkara itu kepada Najib.

Zahid, di mata rakyat tidak boleh terlalu membela, mempertahan atau memuji Najib sepertimana perlakuan Abdul Rahman Dahlan, Azalina Othman Said, Ahmad Maslan atau pengampu2 lainnya kerana perlakuan itu seperti menggali lubang kuburnya sendiri.

Namun beliau juga tidak boleh terlalu lantang dan terbuka sebagaimana Muhyiddin, meskipun dalam acara tertutup atau di depan ahli parti. Rakaman video curi pastinya akan tersebar nanti. Sekaligus, pemecatan juga bakal menunggunya kerana Najib dilihat sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasanya.

Dalam masa yg sama, memenangi hati rakyat demi masa depan UMNO juga menjadi tanggungjawabnya. Itulah sukarnya bila "putih" bertembung dengan "hitam", kecuali jika "hitam" dapat ditolak ke tepi atau ditiadakan sama sekali sebelum PRU yg tidak sampai tiga tahun lagi tempohnya itu.

No comments:

Post a Comment