Riwayat kerajaan Najib sudah sampai kepenghujung. Mungkin inilah
gambaran betapa meriahnya dan betapa ramainya orang akan turun di dalam
perhimpunan yang akan diadakan di Ibu Kota esok. Lebih mengemparkan, ceramah malam ini
sahaja di Taman Dato Senu mengundang ribuan orang.
Pas awal-awal lagi sudah menafikan yang Presiden parti Hj Hadi Awang ada mengeluarkan surat menyeru ahli-ahli Pas supaya turun membantu demo Kita Lawan esok kerana jelas-jelas surat yang diwar-warkan olih pecacai-pecacai terdesak PKR itu adaah palsu. Iniah tektik jahat PKR yang
membuat pekeliling palsu dari Presiden PAS.
Setiausaha Agong DAP,
Lim Guan Eng pula sudah cuci tangan. Guan Eng berkata
perhimpunan itu dianjurkan oleh NGO dan sayap pemuda parti-parti PR,
manakala beliau dan beberapa ADUN lain, berada di dalam kerajaan
negeri.
Guan Eng berkata pada hujung minggu ini juga mereka akan sibuk dengan program
penyerahan sumbangan RM100 kepada setiap warga emas, di mana semua ADUN akan
hadir untuk mengagihkan wang tersebut. Katanya, ia adalah satu program
rakyat, jadi ia perlu diberi keutamaan berbanding demo Anwar itu. DAP dalam erti
kata lain menarik diri.
Paling teman tak boleh tahan adalah kenyataan mintak nyawa daripada Wan Azizah kipas lipas, isteri Ketum sendiri
mengenai perhimpunan # KitaLawan esok. Baru teman tahu yang ramai-ramai nak
berguling esok semuanya anak-anak Anwar Ibrahim. Cuma yang peliknya,
tidak dapat dipastikan anak sah taraf ke tak sah taraf ?
No comments:
Post a Comment