Saturday, 7 March 2015

POTA BERBEZA DENGAN ISA



Persidangan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang bermula Isnin ini akan menjadi tumpuan ramai, bukan sahaja mengenai kedudukan Ketua Pembangkang, tetapi juga pembentangan beberapa rang undang-undang yang menarik perhatian.

Antara rang undang-undang yang menarik perhatian umum adalah pembentangan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) yang akan memperkasakan lagi undang-undang keselamatan negara sedia ada, serta mempertingkatkan usaha menangani ancaman kumpulan militant IS. 

Minggu lalu kabinet telah mendengar pembentangan draf rang undang-undang ini daripada Peguam Negara dan minggu depan ia akan dimuktamadkan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat pembentangan di Dewan Rakyat.

POTA akan memperkasakan lagi undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah  Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, walaupun SOSMA dan POCA bukan undang-undang khas untuk pencegahan keganasan.

Di bawah POTA, sebagai langkah pencegahan dan pemulihan, mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan boleh ditahan selama dua tahun dan tempoh penahanan itu boleh dilanjutkan dan tiada had ditetapkan.

Undang-undang bagi menangani ancaman keganasan ini perlu disokong oleh semua pihak termasuk semua anggota Parlimen apabila ia dibentang di Parlimen nanti kerana ia bukan mengantikan mana-mana undang-undang sedia ada.

Berbeza dengan ISA, Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) dirangka khusus untuk menangani ancaman keganasan seperti kumpulan militan Negara Islam (IS), yang sedang mengila sekarang ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, akta baharu itu nanti merupakan undang-undang pencegahan daripada berlakunya sesuatu keganasan dan anggota IS rakyat Malaysia atau negara lain yang datang ke negara ini, akan diambil tindakan melalui POTA.

Orang ramai akan memahami hasrat kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang bagi membendung keganasan jika mereka sedar tahap ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan militan IS atau sekutu mereka.
Ancaman IS bukan direka dan pengaruhnya tidak tertumpu kepada kepada negara-negara Timur Tengah sahaja, kerana bukti kewujudannya telahpun muncul di Asia Tenggara.

Sebagai contoh, pejuang pembebasan Moro Nur Misuari dan Abu Sayyaf telah mengisytiharkan kesetiaan mereka kepadap IS dan pembentukan IS di Laut Sulu.


Ancaman yang dicetuskan oleh IS adalah tanda jelas bagi orang awam untuk tidak mengaitkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dengan politik atau mengaitkannya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan itu.

Keganasan adalah fenomena global dan semua orang perlu menanganinya. Keganasan perlu dibendung melalui undang-undang yang sewajarnya, agar ia tidak menular dan menjadi ancaman kepada rakyat dan Negara.

Pada 26 November 2014 lalu, Parlimen telah meluluskan Kertas Putih untuk memerangi ancaman IS di Syria dan Iraq, dengan jaminan bahawa undang-undang baharu akan digubal yang akan memberi penekanan kepada pencegahan selain mengekang ancaman itu.

Ketika membentangkan usul bagi kertas putih itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang baharu, bagi membendung ancaman militan dan keganasan di Malaysia.

Undang-undang di bawah Preventif Crime Act (POTA) atau Akta Pencegahan Keganasan ini diharap dapat menangani kes melibatkan jenayah militan IS yang kian menular di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perlembagaan undang-undang itu merupakan satu perkara baharu dan tidak memansuhkan mana-mana akta sedia ada.

Dengan adanya akta ini dapat menangani kes melibatkan keganasan dan mereka perlu dikenakan tindakan serta hukuman setimpal.

Dalam undang-undang ini pelaku boleh dikenakan tindakan dua tahun penjara dan hukuman akan ditambah mengikut keadaan semasa.
Sebenarnya, u
ndang-undang yang menjadikan usaha pencegahan sebagai unsur utama itu, digubal bagi memperkukuhkan usaha mencegah jenayah daripada awal, berbanding undang-undang sedia ada, di mana tindakan hanya diambil selepas sesuatu peristiwa berlaku.

Undang-undang yang akan diperkenalkan ini, dirangka untuk melihat bagaimana pemantauan serta memperoleh maklumat bagi pencegahan kepada sebarang unsur, sama ada dari Malaysia atau dari luar, serta mencegah sebarang kegiatan keganasan di dalam atau luar negara yang datangnya dari Malaysia.

Selepas diluluskan Parlimen kelak, Undang-undang Anti Keganasan itu tidak akan digunakan untuk lain-lain tujuan penahanan. Untuk itu, Pota juga seharusnya digunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan ianya disalahgunakan.

Melalui Undang-undang Anti Keganasan atau Prevention of Terrorism Act (POTA) itu, kuasa penahanan diberikan kepada Lembaga Pencegahan Terrorism, sama seperti yang dilaksanakan dalam Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

No comments:

Post a Comment