Pertelingkahan antara Najib dan Tun Dr Mahathir sudah hampir
sampai kekemuncak. Namun sebenarnya pergaduhan antara mereka tidak penting. Apa
yang penting adalah masa depan negara. Apa akan jadi sekiranya Umno/BN BN
gagal memenangi pilihanraya umum, PRU-14 akan datang. Cakap-cakap mengenai
perkara itu sudah pun mula kedengaran di ruang atmosfera politik Negara sejak
ia dibangkitkan olih Tun.
Kalau dulu, target kita adalah bagi mendapatkan semula majoriti dua pertiga. Namun dalam perkembangan terkini, kita perlu lebih praktikal … survival kita sekarang ialah untuk memenangi PRU-14. Jika Najib sudah tidak bolih lagi kita harapkan untuk memenangi PRU itu, UMNO sendiri patut menggulingkannya. Dan itulah realiti politik hari ini, di mana menyingkirkan pemimpin yang gagal mencapai keputusan yang cemerlang kini sudah menjadi trend global di mana-mana.
Sebelum PRU-13 lalu pun, pelbagai peringkat kepimpinan UMNO sudah memberikan garis panduan, seakan satu KPI, bahawa Najib hanya mampu menyelamatkan kedudukan dan masa depan politiknya andainya berjaya melepasi garisan dua pertiga majoriti kerusi di Parlimen. Andainya gagal mencapai tahap itu, dikhabarkan ada pihak yang mahu bangun bersuara agar Najib mengundurkan diri dan memberi laluan kepada pemimpin lain pula. Pihak yang dicadangkan untuk menggantikan beliau ialah timbalannya sekarang, Muhyiddin Yassin.
Namun sudah kedengaran juga desas-desus bahawa Ku Li yang pernah tewas 43 undi kepada Tun Mahathir pada pemilihan 1987 lalu, akan turut masuk gelanggang kali ini. Ku Li dikatakan akan bergandingan bahu dengan Muhyiddin, kiranya Najib berkeras mahu mempertahankan jawatannya.
Ku Li yang tewas pada pemilihan 1987 di mana antara puncanya ialah tindakan Najib belot di saat2 akhir dengan pengumuman menyokong Mahathir, kini dilihat berpeluang melunaskan dendam terhadap perbuatan Najib yang dianggap mengkhianatinya itu. Jika tidak kerana pembelotan Najib itu, Ku Li memang dilihat berpeluang cerah untuk menang ketika itu.
Kedudukan Najib yang kini dibelit dengan pelbagai isu dan masalah memang dilihat berada dalam keadaan cukup genting. Beliau bukan sahaja dikatakan akan gagal memperbaiki kedudukan UMNO dan BN berbanding pilihanraya 2013, bahkan ramai yang meramalkan UMNO dan BN akan tumbang kepada Pakatan Rakyat pada PRU-14 ini.
Selain kedudukan Najib yang terlalu banyak masalah dan isu serta kedudukan UMNO yang masih tidak berubah, fenomena kebangkitan rakyat terhadap tuntutan perubahan kini bagaikan sesuatu yang sudah tidak boleh ditolak lagi. Fenomena itu sudah berlaku di banyak negara di dunia dan pemimpin yang jauh lebih kukuh kedudukan serta kuat cengkamannya berbanding Najib pun sudah banyak yang rebah dan tewas kepada gelombang perubahan.
Di tambah dengan masalah 1MDB, hakikat bahawa kedudukan Najib dan BN berada dalam kedudukan cukup genting sudah diakui serta sukar dinafikan oleh banyak pihak sebenarnya. Najib kini bukan sahaja perlu memikirkan untuk berlawan dengan Pakatan Rakyat tetapi juga terpaksa memikirkan serangan daripada Tun dan dalam UMNO sendiri.
Jika di luar, musuhnya ialah Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kt Siang dan Pakatan Rakyat tetapi di dalam UMNO sendiri, beliau juga perlu awas terhadap timbalannya, Muhyiddin Yassin, Ku Li dan Tun Dr Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO lainnya yang masih belum menampakkan wajah sebenar mereka.
Bagi kalangan dalam UMNO yang mahu menyingkirkan Najib itu, wajah sebenar mereka masih belum keluar lagi. Masing-masing masih terus dengan agenda mengampu bagi meyelamatkan periuk-nasi mereka selagi kedudukan Najib masih kuat. Biasanya ia hanya akan terserlah selepas kedudukan PM sudah terlalu genting dan kelihatannya tidak bolih diselamatkan lagi. Itulah politik, dan ketika itu nanti mereka akan berlumba-lumba mendesak Najib berundur sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebagaimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah pada 2008.
Melihat keadaan dalam UMNO sekarang ini dan prestasi Najib sendiri yang tidak menentu, memang sukar untuk mengakui bahawa kemenangan akan berpihak kepada UMNO dan BN pada PRU-14 nanti. Selain UMNO dan para pemimpinnya masih tidak berubah, Najib sendiri menjadi halangan besar untuk mencapai kemenangan.
Watak diri dan kaum keluarganya terlalu banyak disaluti dengan pelbagai masalah telah menghakis sokongan rakyat hari demi hari. Setelah bertahun-tahun rakyat Malaysia dihidangkan dengan gaya boros dan mewah Najib serta keluarganya dalam berbelanja, termasuk gaya mewah Najib dalam mengadakan majlis pertunangan serta perkahwinan anaknya, terbaru ini rakyat dihidangkan pula dengan permasalahan 1MDB yang benar-benar telah mencalarkan reputasi Najib selaku Perdana Menteri.
Sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN kini berada di tahap yang cukup rendah berikutan timbulnya isu tersebut. Najib tidak lebih seperti ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul. Sokongan rakyat juga merudum berikutan kemarahan rakyat terhadap banyak isu rasuah dan ketirisan dalam kerajaan.
Hakikatnya, kemenangan memang masih jauh dari gapaian, apatah lagi melepasi garisan majoriti dua pertiga. Hakikat bahawa sama ada BN akan dikalahkan oleh Pakatan Rakyat atau Najib sememangnya perlu disingkirkan oleh UMNO sendiri adalah realiti yang semakin sukar ditolak.
Untuk
itu, eloklah kita mulai memfokuskan kepada hujjah Tun Dr Mahathir yg membuat
kritikan paling keras terhadap Najib dan menegaskan UMNO dan Barisan Nasional
akan tewas dalam PRU14 jika Najib masih menerajui parti tu.
Ramai
percaya, Tun tentu ada sebab yg kuat untuk berkata demikian, dan kita juga
tidak bolih mengkesampingkan begitu saja pengalaman 22 tahun Tun sebagai
Perdana Menteri yg sudah barang tentu dia tahu apa yg dia cakapkan.
Keadaan
lebih mencurigakan apabila banyak persoalan2 mengenai isu negara yg tidak
dijawab Najib, sebaleknya Najib hanya berusaha menepis persoalan2 tersebut. Barisan
Nasional (BN) sendiri harus sedar akan kehadiran lebih enam juta pengundi baru
pada PRU ke-14 nanti, yg terdiri daripada generasi muda.
Dengan
trend Gen Y pada PRU ke-14 kelak dan sikap mereka yg lebih lantang dan kritis,
serta gerak kerja UMNO yg lemah dalam memenangi hati nurani mereka, tidak
mustahil BN bakal tewas pada PRU ke-14 kelak. Di bawah kepimpinan Najib kini,
hakikatnya UMNO semakin lemah. Gerak kerja di peringkat akar umbi juga lemah. Paling
penting sekarang, setiap ahli UMNO harus mengkaji saranan Dr Mahathir itu dan
mengakui kelemahan yang ada.
Malangnya,
ramai daripada pemimpin-pemimpin UMNO sendiri tidak berani bercakap masalah yang
hakikat dan terus membodek kepimpinan yang lemah, demi menjaga periuk-nasi dan
tembolok masing2. Sepatutnya dalam apa jua keadaan sekalipun, ahli2 UMNO mesti
menjaminkan BN dan parti mampu bertahan selepas PRU ke-14 kelak.
Lebih
malang lagi, negara kita tidak mempunyai pembangkang yg rasional selain mereka
bersifat emosional serta menghalakan segala cara untuk merampas kuasa. Mereka
tidak lagi fokus kepada tugas check and balance terhadap kerajaan yg
memerintah, sebaleknya mereka sudah semakin hanyut leka dengan agenda untuk
merampas kuasa. Namun realitinya juga sekiranya pembangkang memerintah negara
kita, segalanya akan jadi lebih teruk dengan perbalahan sesama mereka.
Berbalek
kepada perkara pokok, ramai percaya jika Najib tidak berundur, maka tidak
mustahil Malaysia akan terus dilanda dengan pelbagai masalah. Permasalahan Umno
dan kepimpinan Negara sekarang bukan hanya pada 1MDB, ia soal masalah
kepimpinan Perdana Menteri.
Jika
cara kepimpinan begini berterusan, percayalah negara tidak akan henti dengan
masalah. Najib bukan saja lembik, malah sering lambat dalam menangani satu-satu
isu. Dah dekat nak bertumbuk, baru hendak buat keputusan. Itu pun tidak
konkrit, yang (boleh) menggambarkan kepimpinan yang bagus. Kita perlu pemimpin
bijaksana, pintar, (dan) tangkas, dan kelihatannya Najib pada masa ini tidak
dapat memimpin dengan baik.
Kita
tidak perlu menunggu lagi 22 tahun untuk mengukur kepimpinan Najib, malah
enam tahun yang dilanda pelbagai
permasalahan2 yang serius yang gagal ditangani dengan baik, sudah cukup
menunjukkan ketidak-mampuan Najib berperanan sebagai Perdana Menteri Malaysia,
Negara yang berbilang kaum ini.
Apa
yang ketara dapat dilihat kini dalam pentadbiran Najib adalah wujud kebocoran
maklumat2 penting dan rahsia dalam aspek pentadbiran kerajaan. Najib juga dilihat
terlalu banyak berpegang dan menerima pakai nasihat-nasihat serta
informasi-informasi dari orang-orang suruhan disekeilingnya sehinggakan banyak
keputusan2 yang salah dan tidak tepat yang dibuatnya kesan dari campur-tangan
dan penglibatan secara lansung dan tidak lansung dari punaisihat-punaisihat sokong
membawa rebah tersebut.
Dalam
Negara berdauat ini, ada majoriti, ada minoriti, dan juga ada hak-hak orang
Melayu. Lama juga Umno memerintah Malaysia sebelum ini, okey saja, tiada kelemahan
dan (tidak) timbul isu2 kritikal dan sensitif seperti apa yang berlaku
sekarang. Lebih memburukkan keadaan, Najib gagal menangani
kebanyakkan isu-isu tersebut seperti yang diharapkan dan inilah sebab utama
mengapa Tun Dr Mahathir berkata yang BN akan kalah sekiranya Najib terus
menerajui kepimpinan Negara.
Justeru
itu, bukan saja Najib harus undur dan turun dari tampuk pemerintahan, malah semua
“dinosaur” dalam parti Umno perlu disingkirkan sepertiman tindakan berani yang
diambi olih Tun terhadap Anwar Ibrahim dulu.
Pemimpin
datang, pemimpin pergi … Najib dan Tun bukan siapa-siapa yang perlu kita
gusarkan sangat. Apa yang penting ialah kuasa kepimpinan Negara serta survival
orang Melayu selepas PRU-14 nanti. Justeru kita benar-benar berharap supaya
Najib berbesar hati untuk memikirkan ini semua. Perpecahan sudah pun berlaku dalam
Umno, keraguan-keraguan serta ketidak-yakinan sudah timbul dikalangan rakyat.
Mahu tidak mahu kita perlu melakukan sesuatu untuk terus memenangi PRU-14
nanti, dan pilihan terbaik yang kita ada ialah supaya Najib berundur secara
terhormat.
Itupun, jika Najib tidak mahu diaibkan dan tidak mahu
dipaksa berundur, eloklah beliau mula memikirkan untuk berundur diri secara
terhormat sebelum piliharaya ini.
No comments:
Post a Comment