Memahami Akta Perhimpunan Aman 2012 (AKTA 736)
Sekarang ini, bolih dikatakan hampir setiap hari Sabtu, kita akan disajikan dengan demonstrasi, aksi berok2 terloncat2 dan terkinja2 disekitar Sogo dengan sogan 'Kita Lawan' kononnya tanda solidariti terhadap Anwar Ibrahim. Hakikatnya ini adalah satu tindakan provokasi dari pihak pembangkang untuk mencentuskan keadaan huru hara dan menyalahkan kerajaan dan pihak PDRM.
Sebarang insiden
keganasan yg tercetus sewaktu perhimpunan demonstrasi itu, pasti akan
mengundang pelbagai kritikan terhadap kelemahan Sistem Perundangan Malaysia.
Penguatkuasaan undang2 Malaysia dikatakan lemah dan dilihat sebagai telah gagal
untuk mengekang pihak tertentu yg bijak memanipulasi enekmen2 yg wujud dalam
Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) itu.
Ok … mari kita fahami akta Perhimpunan Aman 2012 (AKTA 736) agar kita benar2 faham berkenaan undang2 negara ini.
Suatu ketika dulu, PDRM
dibekalkan dengan kuasa di bawah seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi mengawal dan
meluluskan sebarang perhimpunan. Namun, ia sering menjadi topik perdebatan,
termasuk di Dewan Rakyat kerana dikata mengekang kebebasan rakyat.
Untuk itu, selaras dengan
Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah struktur transformasi politik bagi
memberi hak yg lebih liberal kepada rakyat untuk berhimpun dan bersuara, kerajaan
menggubal Akta 736. Ini bagi menjamin hak semua pihak terpelihara.
Akta Perhimpunan Aman 2012
(Akta 736) ini selari dengan instrumen antarabangsa berkaitan dengan hak
manusia sejagat seperti ‘International Convenant on Civil dan Political Rights
(ACCPR)’. Mengikut akta ini juga hak yg diberi seiring dengan tanggungjawab
pihak berkepentingan. Ia dibentang dan diluluskan Dewan Rakyat pada 29 November
2011 serta dikuatkuasa mulai 23 April 2012 melalui P.U.(B) 147/2012.
Berdasarkan akta ini, ia
memberi tumpuan kepada konsep mengawal selia perhimpunan aman tanpa senjata
berbanding dengan penguatkuasaan undang2 secara penyuraian yg dilaksana sebelum
ini. Ia juga mengimbangi hak dan tanggungjawab semua pihak berkepentingan
dengan matlamat utama ke arah kesejahteraan negara.
Namun sebahagian besar kritikan
pihak pembangkang berkisar kepada tindakan PDRM dalam menangani perhimpunan
ini. Tidak kurang juga mereka yg menuduh PDRM tidak professional dan tidak
menghormati demokrasi atau hak kebebasan berhimpun dan bersuara.
Berbanding dengan
peraturan dulu, kini penganjur perhimpunan hanya perlu memberi notis kepada
Ketua Polis Daerah (KPD) sepuluh (10) hari sebelum perhimpunan diadakan jika
tempat dan lokasi adalah tempat yg tidak ditetapkan (non-designated area).
Apabila notis tersebut
diterima, dalam tempoh 24 jam, KPD hendaklah memaklumkan orang berkepentingan
(Seksyen 12) bagi tujuan mengambil kira kebimbangan atau bantahan mereka
terhadap perhimpunan yg bakal diadakan. KPD juga boleh memanggil penganjur
bila2 masa (Seksyen 13) untuk menasihati penganjur berhubung perhimpunan.
KPD hendaklah memberi
maklum balas kepada penganjur dalam tempoh lima hari daripada tarikh notis
diterima daripada penganjur (Seksyen 14) serta memaklumkan mengenai sekatan dan
syarat2 (Seksyen 15) yg dikenakan berhubung perhimpunan.
Perlu dinyatakan bahawa
keperluan memberi notis tidak terpakai jika perhimpunan hendak diadakan di
tempat yg ditetapkan (designated area). Penganjur yg terkilan dengan sekatan dan
syarat ditetapkan juga boleh membuat rayuan kepada Menteri dalam tempoh 48 jam
selepas pemakluman oleh KPD (Sek 16).
Penyuraian tindakan akhir
Sejak penguatkuasaan, PDRM
mengambil pendekatan mengawal selia sebarang perhimpunan. Ini dapat dilihat
dengan jelas apabila pihak polis sentiasa memastikan usaha ke arah pematuhan undang2
secara sukarela dilakukan sebelum sebarang tindakan tangkapan dibuat.
Orang ramai boleh
menyaksikan bahawa sejak penguatkuasaan Akta 736 ini, PDRM tidak pernah
mengamalkan kaedah penyuraian sebagai mamatuhi Seksyen 21 Akta 736. Setiap
tindakan polis ke arah penyuraian hanya akan dilaksanakan sebagai tindakan
terakhir selepas usaha lain gagal, khususnya jika berlaku dimana tindakan
penganjur dan peserta perhimpunan memudaratkan ketenteraman awam dan
keselamatan negara.
Namun demikian, perlu di ingatkan
bahawa di bawah Seksyen 12 Akta 736, KPD diberi ruang budi bicara untuk
mengadakan perjumpaan dengan penganjur. Malah, dalam bebarapa insiden
perhimpunan yg lalu, pihak polis memanggil penganjur untuk menerangkan
kebimbangan dalam mengadakan perhimpunan.
Bagaimanapun, apabila
pihak penganjur didapati meneruskan niat untuk berhimpun walaupun melanggar
undang2, maka pihak polis tiada pilihan kecuali mengawal selia perhimpnan mengikut
semangat Akta 736. Dalam erti kata lain, mereka masih boleh berhimpun walaupun
terdapat perlanggaran undang2. Sebarang penyiasatan atau pendakwan hanya akan
dibuat selepas perhimpunan itu selesai.
Dalam pada itu, pelbagai
usaha dan nasihat diberikan kepada orang ramai melalui media massa agar tidak
menghadiri perhimmpunan yg melanggar undang2. Malangnya, atas nama kebebasan
dan hak asasi, terdapat sebilangan rakyat sanggup mengambil risiko dan berdepan
tindakan undang2.
Tiga aspek penting
Bagi PDRM, kita menyambut
baik Akta 736 ini kerana ia mengambil kira tiga aspek penting iaitu
tanggungjawab penganjur, peserta perhimpunan dan PDRM sebagaimana termaktub
melalui Seksyen 6, 7 dan 8 Akta 736. Berdasarkan pengalaman lalu, beban untuk
membuat penilaian aspek keselamatan dan ketenteraman awam diletakkan ke bahu
PDRM.
Kini dengan adanya Akta
736, hak dan tanggungjawab semua pihak disebut dengan jelas. Ini secara
langsung mengukuhkan prinsip dan semangat akauntabiliti sebagai rakyat Malaysia.
Jadi tanggapan bahawa PDRM mempunyai kuasa yg amat luas memlalui Akta 736
adalah tidak benar kerana ia wajar dinilai dari perspektif penguatkuasaan
undang2.
PDRM berperanan
melaksanakan tugas mengawal selia pehimpunan berpaksikan undang2 dengan
pendekatan penuh professional. Fahamilah bahawa penguatkuasaan undang2 baru ini
dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan integriti dengan mengambil kira
kepentingan semua pihak. Namun, ia memerlukan komitmen penganjur, peserta dan
orang yg berkepentingan bagi memastikan ketenteraman awam dipelihara dan aman.
No comments:
Post a Comment