Benarlah seperti kata pepatah, bangkai gajah manakan bolih ditutup
dengan nyiru. Walaupun Pas berjaya menipu dan memperbodohkan rakyat
selama lebih 22 tahun, akhirnya tembelang mereka pecah juga. Mahu tidak
mahu dan dengan berat hati, akhirnya Naib Presiden PAS, Husam Musa
terpaksa juga melondehkan jubah tok2 lebai kera Pas itu.
Husam menyatakan bahawa Pas hanya akan membawa 15 peratus, sebahagian kecil Hukuman Hudud ke Parlimen, bukannya keseluruhan Hukuman Hudud yg terkandung dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 (pindaan 2015) seperti yg diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan baru2 ini.
Tamsilannya begini, jika ibarat sebuah basikal, Pas hanya akan membawa tayar depan basikal ke Parlimen, dan meninggalkan sebahagian besar komponen lain seperti tayar belakang, rangka basikal, tempat duduk basikal, pedal basikal, handle basikal, lampu basikal dan pelbagai komponen lain basikal yg bernama Hudud itu.
Menurut Naib Presiden PAS itu, rang undang2 (RUU) ahli persendirian yg akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang di Parlimen, akan menghadkan hukuman hudud di Kelantan kepada sebatan sahaja.
Menurut Malaysiakini, Husam dilaporkan berkata, “Tidak semua dalam enakmen itu dapat dilaksanakan apabila Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dipinda (di Parlimen).
“(Oleh itu) hukuman (bagi tiga jenayah itu) hanya sebat. Tidak ada potong tangan dan sebagainya,” kata Husam dalam satu forum awam di Shah Alam malam semalam.
Menurutnya lagi, RUU itu juga tidak akan memasukkan hukuman bagi jenayah yg telah disenaraikan di bawah Kanun Keseksaan, seperti liwat dan mencuri.
“(Hukuman hudud yg lain) kekal dalam enakmen itu, tetapi kita tidak boleh melaksanakannya,” katanya, merujuk kepada hukuman rejam dengan batu, potong tangan dan kaki.
Selain itu kita juga tahu, Hudud tidak boleh berfungsi dengan adil selagi ia tidak memperuntukkan hukuman dan sistem menjatuhkan hukum yg sama antara Islam dan bukan Islam. Tidak ada ada dalam sejarah pentadbiran Rasulullah s.a.w. dan Khulafa ar-Rasyidin, orang Islam menerima hukuman yg lebih berat dari bukan Islam, kerana hukuman Allah bersifat adil, dan tidak menganiyai hamba2Nya.
Jika kita tidak boleh mengenakan hukuman hudud berzina dan minum arak ke atas orang bukan Islam, hukuman ke atas pencuri harus sama. Malangnya ini tidak diambil kira oleh Hudud Pas. Hudud Pas ini juga tidak mengambil kira kaedah2 penentuan hukuman rejam oleh Rasulullah s.a.w dalam kes berzina.
Perbahasan mengenai keupayaan Malaysia melaksanakan hudud dengan adil sudah banyak diperbahaskan. Cukuplah dengan kesimpulan bahawa adalah hak pemerintah negara untuk menggantikan Hudud dengan hukuman takzir. Ini kerana dalam agama Islam dosa kepada Allah seperti minum arak dan berzina boleh dihapuskan melalui taubat dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
Hanya jika kejahatan minum arak dan zina itu sampai kepada pemerintah (bukannya pemerintah menubuhkan pasukan pencari kesalahan) maka hukuman perlu dijatuhkan sama ada hudud atau takzir bergantung kepada ijtihad pemerintah ketika itu.
Bekas aktivis Pas, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani pernah menyifatkan isu hukum hudud yg dijanjikan kerajaan Pas Kelantan hanya mainan politik parti itu semata2 bagi meraih sokongan pengundi.
Beliau berkata, Pas dulu bermatian2an menentang UMNO kerana mendakwa menolak hukum hudud, namun pada masa sama Pas berkompromi dengan DAP yg jelas2 bukan saja menolak Hudud, tetapi menolak Islam.
Pas 'mempermainkan' hudud sepenuhnya untuk kepentingan mereka dan ia dibuktikan melalui kenyataan pemimpin2 besar parti itu terutama selepas Pilihan Raya Umum 2008 lalu.
Macam mana mereka hendak laksanakan hudud, sedangkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pernah memberitahu bahawa hukum hudud cuma 0.0001 peratus dari hukum Islam. Malah bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin pernah kata, 'tiada dalam perlembagaan Pas untuk membentuk negara Islam'.
Sebelum ini pun, Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Mohd. Amar Nik Abdullah pernah membuat kenyataan bahawa hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan memerintah Negara."
Apa yg lebih penting dalam perlaksanaannya, sikap sesetengah pemimpin Pas, DAP dan PKR sendiri yg tidak pernah sepakat dalam isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan itu, malah penolakan mereka semakin ketara sejak ia diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan baru2 ini.
Jika dilihat pada urutan kronologi tersebut jelas menunjukkan bahawa Pas sebenarnya tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam terutama selepas bersekutu dengan Dap dan Pkr. Kita lihat apa yg sedang dan telah berlaku di hadapan mata kita, contohnya di Selangor dan Pulau Pinang, apa yg Pas dapat lakukan di negeri2 pembangkang itu?
Melayu dan Islam dicabar dan semakin dihina. Kilang arak tidak ditutup seperti yg dijanjikan. Kenapa pusat-pusat hiburan, judi dan kilang arak tidak ditutup ... jawabnya mudah, Pas tiada sebarang kuasa dalam Pakatan Haram itu. Tahaluf Siyasi sebenarnya ebih kepada Tahaluf Pecacai.
Apa yg berlaku dalam Pas hari ini membuktikan bahawa mereka lebih teruk daripada UMNO dan disebabkan itu Pas tidak mendapat nusrah Allah swt. Malah parti Pas kini sudah dipenuhi olih pemimpin2 yg rakus dan gila kuasa.
Kata Ibnu Qayyim Al Jauzi : Sifat siddiq adalah ruh amal perbuatan. Siddiq di dalam perkataan bermaksud lurusnya lisan dengan ucapan seperti lurusnya ranting di atas dahan. Siddiq di dalam perbuatan adalah tegaknya perbuatan sesuai dengan tuntutan perintah seperti tegaknya kepala di atas tubuh seseorang.
Kejujuran seorang pemimpin Islam itu dalam kata2nya menjadikan segala kalimah yg terlafaz dari mulutnya adalah lafaz2 yg terbaik dan jujur. Jujurnya seorang pemimpin Islam itu menjadikan dirinya sedar bahawa dia tidak boleh menyorokkan apa2 daripada pengetahuan Rabbnya yg Maha Tahu, zahir dan batin.
Mereka dapat bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak dapat bersembunyi dari Allah, kerana Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang tidak diredhai-Nya. Dan Allah Maha Meliputi terhadap apa yang mereka kerjakan.(4:108)
Sesungguhnya orang yang munafiq itu hendak menipu Allah, tetapi Allah lah yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit. (4:142)
Dakwah mereka hanya menjadi sumpah di hadapan manusia, bukan di hadapan Allah.
Dakwah mereka hanya menjadi penyelamat di kala masa masa tertentu dan demi mengekalkan kuasa. Dakwah hanya menjadi hobi untuk mengisi masa masa lapang yg ada. Malah, mereka ini bermuka dua ….
Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata, ” Kami telah beriman.” Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan syaitan (para pemimpin) mereka, mereka berkata, ” Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok.” (2:14)
Wallahualam … !