Kesedaran adalah suatu perkara yg pada lazimnya tidak akan berlaku
melainkan berlaku sesuatu peristiwa yg mencengkam jiwa dan perasaan seseorang.
Apabila berlaku kematian, musibah atau kejadian yg sangat mengejutkan maka pada
kebiasaan akan berlaku kesedaran yg akhirnya membawa kepada perubahan. Begitulah
lumrahnya kehidupan ini yg mempunyai cara semulajadi didalam memperbetulkan
sesuatu keadaan, bangsa mahupun individu, kerana itulah ada pepatah mengatakan,
sudah terhantuk baru terngadah.
Bangsa Melayu sekarang tidak sama dengan bangsa Melayu 50 tahun yg
dulu. Namun apa yg jelas, pencapaian bangsa Melayu hari ini adalah hasil
daripada iltizam generasi bangsa Melayu terdahulu yg telah sanggup berkorban, berkerja
keras, mengubah apa yg ada dalam diri mereka sehingga Melayu hari ini mampu
berdiri sama tinggi dengan bangsa Cina dan India dengan bangganya seraya
berkata, hidup anak2 bangsa ini telah berubah.
Tetapi adakah kita akan alpa dengan segala pencapaian yg dicapai
hari ini atau perlukah Melayu sedar bahwasanya apa saja yg dicapai hari ini,
boleh lenyap dengan sekelip mata. Jika bangsa Melayu leka dan tidak kenal mana
satu kawan dan mana satu lawan maka akhirnya bangsa Melayu akan memusnahkan
nasib bangsa hasil perbuatan tangan2 mereka sendiri.
Dengan situasi politik yg
memperlihatkan drama kepimpinan yg sangat membimbangkan, cerdik pandai Melayu
dan orang2 tua (the elders) perlu segera tampil kehadapan dan memberikan
kesedaran kepada bangsa Melayu bahwa tanda2 kehancuran bangsa ini sudah
memperlihatkan ekornya pada hari ini. Apabila orang2 bukan Melayu diajar oleh
orang2 Melayu sendiri untuk mempertikaikan kewibawaan ketuanan Melayu,
institusi Raja-Raja Melayu, mempertikai serta mempersendakan anutan serta agama
bangsa Melayu iaitu agama Islam, maka inilah tanda2 kehancuran bangsa Melayu
sekali lagi tampil mengancam survival orang2 Melayu di masa hadapan.
Politik bangsa Melayu kini berada di satu persimpangan yg sangat
bahaya. Kita ada kepimpinan Melayu yg mengetuai pakatan pembangkang yg begitu
kuat keinginan untuk menjadi Perdana Menteri. Pemimpin sebenarnya dipilih oleh
rakyat tetapi kepimpinan pembangkang sekarang ini bukan sahaja menawarkan diri
untuk menjadi pemimpin malah mengugut rakyat supaya memilih mereka menjadi
pemimpin dan hingga sanggup menggadai bangsa dan agama semata2 untuk menjayakan
impian menjadi Perdana Menteri .... gila, benar2 gilababi.
Disebabkan kerakusan kepimpinan pembangkang yg bukannya berjuang untuk membela nasib rakyat terutama bangsa Melayu, kini mereka telah bersedia menjual bangsa, ketuanan dan kalimah Allah semata2 bagi mendapat sokongan orang2 bukan Melayu demi untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional. Bangsa Melayu telah dipertaruhkan oleh orang2 Melayu dalam pakatan pembangkang semata2 kerana rasa benci terhadap UMNO yg bukanlah tiada kelemahan tetapi digambarkan sebagai zalim dan menindas rakyat.
Politik kebencian yg diamalkan puak2 pembangkang telah menyebabkan
bangsa Melayu berpecah belah. Malahan kepimpinan Melayu dalam parti2
pembangkang turut berpecah belah apabila kepimpinan pembangkang tidak dapat
mengawal percaturan politik yg memperjudikan bangsa dan agama semata2 untuk
mendapatkan semua sokongan politik dari semua pihak yg mereka rasa dapat
membantu mereka merampas Putrajaya.
Apabila bangsa Melayu
berpecah maka anasir2 luar akan berjaya merampas kuasa dan bangsa Melayu
akan sekali lagi tertindas dan menjadi orang suruhan di Tanah Melayu.
Orang2 Melayu dalam pakatan pembangkang kini mengajar puak2 bukan Melayu agar
mempertikaikan segala hak2 milik Melayu demi meruntuhkan formula muafakat
Barisan Nasional. Politik songsang ini jika dibiarkan berleluasa maka akan ada
anasir2 luar yg dengan berani mempertikaikan hak2 ketuanan Melayu, institusi
Raja-Raja, bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan akhirnya Islam sebagai
agama rasmi.
Semua ini akan menjurus kepada rusuhan kaum dan rusuhan agama yg
bakal memporak-porandakan negara kita yg sekian lama berada dalam keadaan rukun
aman dan damai. Bangsa Melayu harus sedar dengan jelas mana intan dan mana permata.
Jangan kerana idealism politik romantika yg berasaskan fitnah dan kebencian
dijadikan asas, maka segala bakti dan budi UMNO yg telah banyak membantu ramai
orang2 Melayu untuk bangun dan berjaya dalam hidup seperti hari ini, dipersiakan
begitu sahaja dan dibalas dengan usaha untuk menggulingkan kerajaan Melayu
Islam yg dengan jayanya memartabatkan bangsa Melayu di bumi Allah yg penuh
barkah ini.
Percayalah, kalau ini
berterusan, tidak mustahil suatu hati nanti bangsa Meayu akan hilang kuasa dan
bangsa Melayu akan sekali lagi ditindas dan menjadi kuli kepada bangsa bukan
Melayu di bumi mereka sendiri.
Bangun dan sedarlah wahai
bangsaku. Percaturan politik terkini perlu difahami oleh semua orang2 Melayu di
Tanah Melayu ini dimana survival bangsa Melayu itu sendiri bergantung kepada
keputusan pilihanraya. Kenapa perlu seluruh anak bangsa Melayu memberi sokongan
kepada perjuangan Anwar Ibrahim semata2 untuk menjadikan beliau seorang Perdana
Menteri? Anwar Ibrahim telah pun diberi peluang oleh UMNO tetapi akibat
terlampau tamak kepada kuasa beliau sudah tidak dapat bersabar maka takdir
Allah yg menentukan beliau tidak menjadi Perdana Menteri.
Kenapa bangsa Melayu perlu digadaikan kepada DAP hatta hingga kalimah
ALLAH turut digadaikan semata2 bagi mendapatkan “political mileage” buat satu
pakatan yg tidak menguntungkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu sudah menjadi
begitu tidak bermaruah di dalam Pakatan Rakyat hinggakan PAS sanggup menukar
agenda perjuangan semata2 mentaati agenda perjuangan Pakatan Rakyat.
Bangsa Melayu menjadi begitu tidak bermaruah di dalam Pakatan Rakyat
hinggakan sanggup menjadi barua kepada DAP yg berhajat menjadikan Kristian
sebagai agama rasmi Malaysia. Politik DAP adalah sebenarnya bagi mendapatkan sokongan
orang2 Cina yg sudah berubah haluan menyokong pakatan pembangkang kerana mereka
nampak peluang di dalam perpecahan Melayu maka peluang untuk mereka berkongsi
kuasa bersama2 bangsa Melayu menjadi semakin jelas.
DAP tidak pedulikan nasib bangsa Melayu di Malaysia. Mereka hanya
dahagakan sokongan bangsa Cina dan ingin menjadikan Pulau-Pinang sebagai Singapura
kedua untuk orang2 Cina. Sekarang bangsa Melayu telah kehilangan Pulau-Pinang
kerana mereka tidak bersatu dan kembali kepada perjuangan yg berasaskan maruah
bangsa dan agama, yg sudah terancam dan tercabar disebabkan dakyah Anwar
Ibrahim yg sanggup menjual bangsa dan agama semata2 bagi merebut kuasa di
Putrajaya.
Ketahuilah, percaturan politik kali ini adalah berkenaan survival
bangsa Melayu. Kita sudah pun dapat lihat bagaimana DAP tanpa segan silu
menunjukkan belang bagaimana mereka akan layan bangsa Melayu ketika masih belum
diberi mandat untuk berkuasa. Orang2 Cina yg ekstremis mahu melihat Melayu
hilang kuasa ketuanan di Tanah Melayu ini. DAP sahajalah parti politik harapan
mereka yg mahu melihat bangsa Melayu menjadi sama taraf dengan mereka dan
hilang kuasa majoriti di bumi bertuah ini. Penganut agama Kristian mahu
mencabar kewibawaan Islam di negara ini dan telah mendapat sokongan daripada
pakatan pembangkang untuk melaksanakan agenda mereka bagi menggugat Islam
sebagai agama rasmi dan menghina umat Islam di Tanah Melayu.
Sokongan bangsa Melayu kepada pakatan pembangkang sekarang ini
adalah satu sokongan yg bakal menyaksikan bangsa Melayu dipinggirkan dan dihina
ditanah tumpah darah mereka sendiri. Tidakkah ada sedikit perasaan cintakan
bangsa dan agama di dalam diri bangsa Melayu hingga sanggup menggadaikan maruah
bangsa dan agama semata2 kebencian PAS terhadap UMNO dan keinginan Anwar
Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Jika benar atas dua landasan ini orang-orang
Melayu menjatuhkan kerajaan Islam Melayu UMNO maka bangsa Melayu akan menjadi
antara bangsa yg paling bodoh di dunia ini kerana sanggup menggadai maruah bangsa
dan agama dan ditukar ganti dengan habuan yg tidak mempunyai makna langsung.
Orang2 Melayu mesti belajar daripada sejarah. Orang2 Melayu mesti
belajar mengambil iktibar daripada sejarah bahwa persengketaan diantara bangsa
Melayu yg menyebabkan Portugis, Belanda dan British menjajah Tanah Melayu.
Bangsa Melayu perlu bangun, sedar dan berubah. Hak bangsa Melayu adalah untuk
mempertahankan maruah bangsa dan agama di tanah air mereka apabila kita
dicabar.
Bangun , sedar dan
berubahlah wahai anak bangsaku, bangun dan pertahankan maruah bangsa dan agama
apabila bangsa dan agama kita dihina dan dicabar sebegitu rupa. PRU 14 adalah
gelanggang dimana kita mempertahankan maruah bangsa dan agama. Undi Bangsa
Melayu kali ini adalah bagi memastikan survival orang2 Melayu terjamin, agar
kita tidak menitis Air Mata Darah
apabila Bumi yang Dipijak Menjadi Milik Orang.
Adakah Bangsa Melayu akan
hanya sedar apabila mereka menjatuhkan kerajaan Melayu Islam UMNO dan tiba2
mendapati mereka sudah tersilap langkah. Adakah Bangsa Melayu akan sedar hanya
apabila semua hak2 orang2 Melayu dicabar dan dipertikaikan dan orang2 Melayu
PAS dan PKR tidak mampu berhadapan dengan kehendak dan keinginan DAP yg begitu
kuat di dalam penentangan mereka terhadap hak-hak orang2 Melayu ?
Adakah Bangsa Melayu hanya akan sedar apabila disebabkan ajaran
pluralisma dan LGBT, berbondong2 anak2 muda Melayu meninggalkan Islam dan
menjadi murtad dan mengamalkan cara hidup songsang akibat daripada salah
percaturan politik yg merugikan bangsa dan agama orang2 Melayu.
Ketika itu linangan air mata oleh anak2 bangsa Melayu generasi akan
datang sudah bererti lagi, apabila
bumi dipijak milik orang dan nenek moyang yg kaya raya, tergadai seluruh harta,
maruah, bangsa dan agama hanya semata2 disebabkan persengketaan sesama kita.
No comments:
Post a Comment