Ini kisah benar yg diceritakan
seorang ustaz yg mungkin boleh kita jadikan renungan. Kisah berkenaan seorang
artis cantik terkenal, yg penampilan sangat seksi dengan pakaian menjolok
mata.
Selepas habis satu program di sebuah
stesen televisyen, artis berkenaan terkejut besar setelah komputer riba miliknya
yg berharga ribuan ringgit yg ditinggalkan dalam kereta lesap dicuri.
Dalam keadaan amat marah, artis itu
terus meluahkan ungkapan kepada ustaz berkenaan yg kebetulan berada di tempat
kejadian: “Ustaz bila lagi nak buat hudud supaya boleh dipotong tangan pencuri
ini.”
Pengajaran daripada kisah ini adalah
rata2 umat Islam di Malaysia tidak kira sama ada mereka taat mengerjakan
suruhan agama atau sebaliknya, tidak akan menentang jika hukum hudud
dilaksanakan.
Sehubungan itu, apakah faktor yg
menyebabkan hukum hudud masih tidak dilaksanakan walaupun umat Islam yg merupakan
penduduk majoriti negara ini menyokongnya?
Malah kerajaan Kelantan sendiri
pernah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan) yg
mengandungi hukum hudud, qisas dan takzir; tetapi segala yg terkandung dalamnya
tidak pernah dilaksanakan.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul
Hamid Mohamad berkata, walaupun enakmen itu diluluskan pada 1993, ia tidak
boleh dilaksanakan kerana ada kesalahan iaitu membunuh, mencuri, merompak,
merogol dan meliwat terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Bagi kesalahan dalam enakmen ini yg
terletak dalam bidang kuasa negeri seperti zina, menuduh orang berzina, meminum
arak dan murtad juga tidak boleh dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Akta ini mengehadkan hukuman yg
boleh ditetapkan oleh badan perundangan negeri hanya kepada penjara tidak
melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi
enam kali.
Justeru, walaupun kerajaan Kelantan
telah membuat pindaan kepada enakmen yg dibentang semula pada 18 Mac lalu,
semua masalah itu masih lagi wujud dan tidak diselesaikan.
Oleh itu, apa yg boleh dikatakan
ialah pelaksanaan hukum hudud di negara ini akan melalui ‘jalan kampung’ dan
bukannya ‘lebuh raya’ kerana segala masalah ini perlu diselesaikan terlebih
dahulu.
Mengenai cadangan Pas untuk membawa
rang undang2 persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
1965, langkah itu hanya akan membolehkan pelaksanaan kesalahan jenayah
melibatkan zina, menuduh orang berzina, meminum arak dan murtad yg terpakai
hanya kepada orang Islam.
Jika Pas ingin melaksanakan hukuman
hudud bagi kesalahan yg terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
misalnya membunuh, mencuri, merompak dan juga bagi kesalahan qisas dan takzir,
maka perlulah mendapat kebenaran Parlimen terlebih dahulu.
Jika Parlimen membenarkannya, hukum
hudud ini mestilah terpakai kepada semua orang Islam dan bukan Islam selaras
dengan Perkara Lapan Perlembagaan Persekutuan yg menetapkan semua orang adalah
sama rata di sisi undang2.
Mahkamah yg akan membicarakan kes2
ini ialah mahkamah sivil kerana mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan
juga bukan Islam.
Persoalannya disini, adakah orang
bukan Islam dinegara kita ini akan menerima Undang2 Hudud ini dengan senang
hati?
Ketakutan bukan Islam terhadap hukum
hudud berpunca kerana orang Islam tidak mempromosikan hukum itu dengan betul. Lebih
malang lagi, kalimat hudud telah diserabutkan oleh kita sebagai orang Islam sehingga
memberikan persepsi yg begitu negatif terhadap undang2 jenayah Islam ini.
Ada disebut seseorang itu akan
disebat 100 kali jika berzina. Mereka tidak diterangkan bahawa sebatan itu
cukup ringan berbanding sebatan di penjara Kajang sekarang apabila hanya dengan
dua kali dirotan sudah cukup untuk membuat daging punggung terkeluar.
Yg mereka lihat apabila dilaksanakan sahaja hukum
hudud, pertama sekali, yg mereka bimbang ialah potong tangan dan direjam sampai
mati, padahal standard pembuktian dalam Islam cukup tinggi, mesti sampai ke
peringkat yakin. Kalau ada syubhah, hudud tak boleh dilaksanakan.
Jelaslah, kita masih jauh, hukum
hudud tidak boleh dilaksanakan secara tergesa2 sehingga wujud cacat cela yg mungkin
bolih memberikan imej negatif pula kepada Islam.
Ini bukan bermaksud kita hendak
mempertikai hukum hudud kerana hudud tak boleh dipertikai. Jangan kata, potong
tangan habis orang Malaysia tak ada tangan.
Kita tak pertikaikan undang2, tetapi
kita nak mempertikaikan bagaimana cara pelaksanaannya, betul atau tak betul.
Sama seperti kita tidak boleh mempertikaikan ibadat haji, tapi kita boleh pertikaikan
Tabung Haji.
Tafsiran yg dibuat oleh ulama
muktabar jelas menyatakan sesebuah negara itu tetap diiktiraf sebagai negara
Islam walaupun tidak melaksanakan hukum hudud kerana undang2 jenayah Islam itu
hanya sebagai pelengkap.
Sesebuah negara masih dianggap sebagai negara Islam jika ditadbir pemimpin yg majoriti beragama Islam, umat Islam mampu melaksanakan ibadat secara bebas dan kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan undang2 yg berkaitan dengan syariat termasuk hukum hudud.
Sesebuah negara masih dianggap sebagai negara Islam jika ditadbir pemimpin yg majoriti beragama Islam, umat Islam mampu melaksanakan ibadat secara bebas dan kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan undang2 yg berkaitan dengan syariat termasuk hukum hudud.
No comments:
Post a Comment