Saturday, 25 April 2015

'Kalau harga beras naik, jangan makan nasi.'

Cuepacs bulan lalu sekali lagi bangun, menggesa kerajaan supaya tidak menangguhkan semakan kenaikan gaji 252 skim perkhidmatan awam seperti yg dibentangkan sebelum ini. Pendek kata minta naik gajilah tu ...
Kerajaan tidak boleh menggunakan isu kejatuhan harga minyak dunia dan nilai ringgit untuk menangguhkan perlaksanaan skim gaji berkenaan memandangkan nilai rizab kerajaan masih mampu menampung perbelanjaan sedia ada kata Presidennya.

Sekiranya ia ditangguhkan, Cuepacs akan membuat bantahan kerana 1.5 juta penjawat awam sudah lama bersabar sedangkan kos sara hidup semakin tinggi, katanya lagi.

Hairan bin ajaibnya, hujan tidak ribut pun tidak, tiba2 saja gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Menteri di JPM, Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yg mencabar kepada anggota Parlimen. Selain itu, tugas2 ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi," katanya... walaupun sudah beberapa kali disiarkan foto ahli2 dewan tidur berdengkur ketika sessi dewan. Itu belum mengambi kira ahli2 dewan yg hobi mereka sentiasa ponteng sessi dewan..

Kesimpulannya, harga barang naik, gaji pegawai dan kakitangan kerajaan juga naik ... gaji Ahli2 Dewan Rakyat dan Dewan Negara pun naik.

Tetapi rakyat yg bukan kakitangan kerajaan siapa pula yg nak tolong? Itu yg dipersoalkan ... Apakah mereka2 ini bukan rakyat, bukan penyumbang undi ...

Jawapannya 'Tidak mengapa. Kalau harga tol naik jangan guna jalan bertol.'

'Kalau harga ayam naik jangan makan daging ayam.'

Lojiknya, 'Kalau harga beras naik, jangan makan nasi.'

Kan ke merapu namanya tu?

Apakah slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' selari dengan keadaan ini .... Sekali lagi bak kata Nabil Maharajalawak .... lu pikirlah sendiri ....

No comments:

Post a Comment