Thursday, 9 April 2015

BN dan UMNO sedang mengalami pepecahan serius !!!

Wah! Wah! Wah !!! … Semua menteri, Mp dan kaki2 ampu Najib masing2 dah bangun bersuara kondem Tun habis2an. Semuanya mula berkokok macam ayam jantan watktu nak subuh. Satu berkokok satu kampong turut riuh-rendah. Yg hirannya semuanya melayu … Teman cadangkan elokah  Najib wujudkan satu kementrian "Kementerian Ampu dan Bodek" dan letak Fuad Zakasi sebagai Menterinya.

Perghh … ampu pulak, bukan calang2 ampu … siap buat ikrar, menyokong PM Najib walau apa pun terjadi. Sedangkan muka2 yg berikrar itu jugalah yg menangis meraung2, semasa Tun nak letak jawatan dulu ... pandai sungguh mereka2 ini bermain wayang. Mereka tidak sedar, ini yg menyebabkan rakyat jadi tambah marah ... rakyat tau akal licik pengampu2 ini dimana ... jijik betul...

Tak payahlah hina orang tua tu weiii, dia tak hina pun Perdana Menteri … Tun cuma tanya soalan, jawabajalah, terangkan pada rakyat sejelas2nya kerana apa yg menjadi kemuskilan Tun adalah juga kemuskilan rakyat. Apa hangpa ingat dengan menyerang Tun itu Umno dan BN akan dapat majoriti besar ke PRU-14 nanti?

Kenapa kita perlu menjadi bodoh terikut2 terlunjuk mainan orang lain semata2 kerana kita sokong tanpa mengetahui sepenuhnya apa yg sedang berlaku. Hakikatnya ada pelbagai pihak yg sedang menyebarkan pelbagai hasutan dan ada diantaranya dibiayai pihak2 tertentu. Motifnya mudah memecah belahkan perpaduan dalam BN dan UMNO khususnya.

Jelas sekali, akhir2 ini ramai akar umbi sedang berperang sesama sendiri untuk mempertahankan antara satu idola mereka. Apa yg pasti BN dan UMNO khususnya sedang mengalami pepecahan yg kritikal berbanding Pakatan sekiranya semuanya terpedaya dengan propaganda ini.

Ingatkan menteri2 Umno dan BN ini cerdik, rupanya bebal nak mampos. Kerja mereka hanya tahu membodek dan mengampu. Itulah yg terjadi apabila UMNO tidak tahu menilai Tun sebagai asset paling berharga. Patutnya jaga dan gunakan harta ini sebaik2nya, ini tidak, dihina dan nak dibuang, hanya kerana nak mengampu Najib yg sedang berkuasa. Mereka tidak sedar, membuang Tun Mahathir bererti membuang undi besar UMNO ke dalam longkang ...

Ada benarnya kata Tun itu, kalau perkara2 ini tidak diselesaikan sekarang bila lagi, yg pasti lagi banyak masalah, lagi cerahlah peluang BN lingkop dalam PRU-14 nanti. Umno kena ingat, yg nak diselamatkan sepatutnya ialah bahtera yg bernama Umno, bukan Najib. Dengan sokongan penyokong2 Tun aja BN dah hampir2 nak bungkus dalam PRU-13 lalu, inikan pulak bila ahli2 Umno dah semakin berpecah, sedangkan Najib tak habis2 membuat masalah.

Tun bertanya Najib soalan2 mudah, tetapi daripada menjawab soalan2 tersebut, Najib meminta bantuan penyokong2nya, dan juak2 Najib pula hanya tahu membodek dan tidak tahu menggunakan akal.

Tun tanya KENAPA pinjam RM43B, kemudian kena bayar interest RM2Billion dan bayar 10% service charge to Goldman Sachs @ high rate 5.9% n bagi J Lho full control. Najib ada jawab tak malam tadi, teman tunggu juga … ada ke cai? Teman ingin bertanya kepada pengampu2 Najib sama ada sokongan mereka bermakna mereka setuju dengan kehilangan RM 42 billion itu, dan tiada keperluan untuk menjelaskan di mana wang itu ada sebenarnya.

Masih ramai yg tak faham 'cara' Tun. Padahal kalau persoalan itu dijawab oleh PM Najib...selesai masalah UMNO. Sekarang ni, persoalan2 itulah yg diulang2 oleh pembangkang utk melemahkan sokongan rakyat kepada UMNO dan memburuk2kan UMNO di mata rakyat ...

Orang cerdik bagi nasihat berbeza dgn orang bagang bagi nasihat ... sekarang ni nak harapkan siapa lagi bagi nasihat. Penjilat2 dan macai2 pengulum teloq Najib tau apa, buat apa pun semua angguk aje ... sebab apa, takut hilang jawatan. Masalah rakyat dan negara lantak pi la, janji poket dia penuh.

Zaman dah berubah la weii … buang la sikap suka mengampu tu, kuatkan pendirian dan jati diri baru dianggap pejuang sebenar, bukan berjuang utk diri sendiri saja. Korang naik pun sebab rakyat yg sokong. Sedarlah wahai balaci dan kaki ampu kerajaan ... apa yg Tun cakap itu sangat banyak benarnya, jadi kenapa nak burukkan Tun?

Memang Tun dan Najib ada penyokong sendiri, tapi penyokong Najib ada kepentingan sendiri. Kalau yg benar pun tak bolih di tegur susah la ... dah la Najib tu pekak sebab tu apa rakyat ckp pun dia buat bodoh. Tun bagi teguran dan nasihat utk kebaikan negara yg dah semakin tenat ni ... atau Umno nak ditegur dengan undi baru nak sedar.

No comments:

Post a Comment