Memandangkan hari ini hari minggu, ramai yg mungkin punya banyak masa kelapangan, teman ingin menulis agak panjang lebar sedikit buat renungan kita bersama. Yg baik jadikan tauladan, yg buruk buang ketepi.
Teman nak bercerita mengenai mentaliti dan daya berfikir kita manusia, terutama perbezaan berfikir antara bangsa Cina dan Melayu. Bukan mudah untuk teman menulis begini, kerana percik air didulang, terkena muka sendiri juga, namun mahu tidak mahu teman kena juga bercakap.
Mentaliti orang Cina #
Ini pengalaman teman ... seorang gadis Cina awal 20-an lepasan sebuah universiti yg bekerja part time disyarikat teman memberitahu, dia dijemput menghadiri satu majlis di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur awal minggu lalu. Tajuk majlis itu cukup menarik iaitu Top 40 Under 40 - 2015.
Ia mengisahkan mengenai kejayaan anak2 muda di atas usia 40 dan bawah umur 40 tahun yg berjaya dalam bidang masing2.
Kejayaan itu berdasarkan pencapaian mereka menjadi jutawan (atau mencatat jualan atau pendapatan sekurang2nya RM1,000, 000 dan sudah tentu lebih) dan cukup cemerlang dalam keusahawanan.
Anak gadis mentah itu juga bercita2 ke arah itu. Saya seperti bukan berada di Malaysia. Tapi terus terang dia berkata majlis itu cukup memberikan inspirasi kepadanya.
Kata gadis Cina bermata sepet itu lagi, ia menyuntik semangatnya untuk terus berusaha mencontohi insan2 berjaya itu. Apa yg nyata, bagaimana program yg dihadirinya itu berorientasikan motivasi hidup. Jelas orang2 Cina cukup bersatu menyokong anak2 bangsa mereka supaya bakal menjadi barisan baharu bilionair Malaysia kelak. Mungkin di zaman generasi anak gadis Cina itu 10 tahun akan datang, wajah2 itu jugalah yang akan mewarnai bilionair negara.
Kejayaan 10 anak muda itu dipaparkan dalam sebuah majalah bertajuk Top 40 Under 40 2014: A Retrospective yang diedarkan pada malam itu.
Editornya atas tajuk The Sky’s The Limit berkata: Bagaimana seseorang mengukur kejayaan? Adakah melalui besarnya gaji? Anugerah yg diterima? Atau jumlah likes di Facebook? Namun cukup memeranjatkan, kebanyakan mereka yg kita sangka berdasarkan faktor itu tidak pernah menganggap mereka sebagai berjaya.
Kata editor itu Brian Chong lagi: Mungkin mereka terlalu merendah diri untuk mengaku. Atau mungkin mereka faham kehidupan sentiasa bergerak dan sentiasa ada peluang yg baik untuk dikecapi. Lapan finalis tahun ini Prestige Top 40 Under 40 cukup memahami hanya kerana mereka berjaya di usia yg muda, tidak bermakna mereka boleh berpuas hati dan selesa.
Berikut adalah antara finalis itu:
Bryan Loo - Produk: Chatime Malaysia. Di usianya 24 tahun, Loo graduan bioteknologi yg berasal dari Perlis terhimpit dalam kerjayanya di sebuah firma.
Namun darah perniagaan yg mengalir dalam dirinya menyebabkan dia berhenti kerja dan mahu terbabit dalam bidang makanan dan minuman (F&B). Dia ke Taiwan dan melihat perniagaan minuman teh berjenama Chatime berkembang pesat di negara itu - 25,000 kedai seluruh Taiwan.
Loo terus menghubungi ibu pejabat Chatime di Taiwan dan bercakap dengan CEO dan pemilik Henry Wang. “Saya menerangkan kepadanya walaupun saya baharu berkecimpung dalam perniagaan, saya sanggup berusaha sedaya upaya untuk membawa jenama itu ke seluruh Malaysia. Jika jenama itu jatuh ke tangan syarikat F&B besar mereka hanya akan menjadikan ia sebagai salah satu portfolio dan jenama itu akan hilang semangat dan rohnya,” kata Loo.
Agak mengejutkan CEO itu kemudian terbang menemuinya dalam tempoh 24 jam kemudian. Kedai pertama Loo dibuka di Pavillion Kuala Lumpur pada 2010. Enam bulan kemudian yg kedua. Dalam setahun ia berkembang kepada 40 buah dan kini 130 buah seluruh negara.
Dalam usianya kini 29 tahun, Loo mula mengembangkan portfolio perniagaannya dalam bidang F&B yg lain.
Kedua. Chan Kee Siak - Produk: Exabytes. Diasaskan secara berseorangan oleh Chan pada 2001 dan empat tahun kemudian menjadi pembekal dan penyalur web hosting terbesar di Malaysia, kedudukan yg masih dipegangnya sehingga hari ini.
Dalam usia muda dia sudah mempunyai 100 kakitangan di ibu pejabatnya di Pulau Pinang, dua cawangan di KL dan terbaharu mengambil alih syarikat hosting Singapura, Usonyx.
Ketiga. David Lai, 28. Lulusan kejuruteraan awam ini berkecimpung dalam bidang silap mata dan telah membuat pertunjukan hebat di Porto Marina, Mesir. Semasa itu dia terpaksa melupakan majlis konvokesyennya.
Pertunjukan itu amat berjaya dan dia dijemput membuat persembahan lebih besar di Mesir diberi nama Abracadabra. “Saya terpaksa menipu usia saya kerana tiada siapa akan membenarkan pelajar universiti berusia 22 tahun mengadakan pertunjukan bertaraf 7 angka.”
Keempat. Lee Khoon Hooi - 43. Produk: Pereka fesyen. Berkelulusan Malaysian Institute of Arts pada 1993 dan berasal dari Taiping. Pernah menjadi pembantu pereka fesyen untuk Voir, Playboy dan Isetan. Kini mempunyai butik di Starhill Gallery.
Kelima. Mac Ching Lynn - Produk: Pemilik Nando’s Malaysia. Kini mempunyai 59 rangkaian restoran seluruh Malaysia dan sembilan di Singapura. Wanita ini memulakan perniagaan itu atas bantuan kewangan bapanya semasa berusia 25 tahun pada 1998.
Itulah sebahagian antara finalis Top 40 Under 40 2014 yg telah digerakkan oleh majalah itu untuk mencari usahawan2 muda, selama 10 tahun lalu.
Ia satu saringan yg cukup baik untuk memberi inspirasi kepada usahawan muda muncul sebagai kapten industri dan perniagaan masa depan. Saya berharap ia juga akan memberi inspirasi kepada anak2 muda Melayu, yg seorang pun kelihatannya tiada dalam senarai itu, kata gadis Cina staff teman itu. Malang sekali walaupun pelbagai insentif diberi kerajaan, tiada seorang pun muka daripada spesies dan DNA Melayu yg layak?
Teman juga berharap ada antara taikun2 Melayu - seperti Azman Hashim, Syed Mokhtar al-Bukhary, Mustapha Kamal dan lain2 yg sanggup tampil menjadi mentor usahawan muda kita. Atau tidak perlulah mentor-mentee jika tidak nanti ada pula yg berkata “sampai bila kita perlu disuap dan ditongkat?”
Mentaliti orang Melayu #
Baru2 ini teman ke Kota Bharu sejak sekian lama tak ke sana. Teman pernah dihantar bertugas di KB kira-kira 20 tahun lalu. Kelantan ialah negeri yg 24/7 atau 24 jam 7 hari bercakap pasal politik tak habis2.
Semasa daftar masuk ke sebuah hotel di tengah2 bandar, kedengaran celoteh orang bercakap melalui corong pembesar suara yg diletakkan di bandar itu. Satu ketika pelbagai pengumuman diutarakan. Dan sampai satu ketika ceramah agama disiarkan.
Sembil mengemas pakaian daripada beg, teman pun dengar ceramah itu. Ia berkisar mengenai pemimpin yg zalim. Teman dengar lagi. Ia mengenai kisah kerajaan yg zalim dan ahli2 Kabinetnya yg zalim. Ustaz itu menyulam dengan hadith2 nabi dan ayat2 al-Quran bagi menguatkan hujahnya. Ia semacam ditujukan kepada kerajaan Malaysia?
Istilah zalim ini teman dengar sejak 20 tahun lebih dahulu sehinggalah ke hari ini. Tiada kemajuan langsung di segi pemikiran ceramah itu. Kasihan orang Melayuku yg siang malam dipaksa mendengar ceramah2 seumpama itu. Ia satu basuhan minda yg cukup berkesan. Semasa orang lain sudah ke hadapan kita masih ke belakang 20 tahun.
Teringat teman di zaman komunis Korea Utara sekarang atau di China dan di zaman komunis USSR dahulu. Corong pembesar suara diletakkan ke seluruh pelosok dan dimainkan lagu2 patriotik dan ucapan berapi pemimpin mereka. Ia adalah proses indoktrinasi minda di zaman itu. Kecuali Korea Utara, China dan Rusia kini sudah membuka tembok besi masing2 kepada dunia luar. Dan adalah amat malang, Kelantan negeri serambi Mekah yg dihuni rata2 olih orang Melayu Islam kita masih lagi dikelilingi tembok mentaliti jumud yg tebal dan berlumut.
Mentaliti Melayu Hapraq #
Sudah menjadi satu trend dinegara kita kini, Melayu sudah tak mahu mengaku Melayu. Mereka kata aku orang Islam, bukan orang Melayu. Aku bukan menjadi Islam kalau aku Melayu. Salah satu bio milik seorang spesies Melayu yg teman baca dalam satu twitter mengaku dia bukan Melayu. Sesungguhnya kita sudah keliru, atau dikelirukan oleh orang politik bertopengkan parti Islam.
Kerana mahukan kelainan dalam berpolitik mereka sanggup pisahkan Melayu dan Islam.
Demo ambik Melayu dan Islee. Ambo ambik Islee sahaja. Yg anihnya diri sendiri pun sudah tak mahu mengaku Melayu. Doktrin itu kemudian menjadi ikutan orang Melayu lain. Habis tu kita ini apa ya, dari planet Marikh?
Tak heranlah hasil dari doktrin menghasut yg dilakukan secara berterusan olih pemimpin2 Melayu kita sendiri terhadap mental anak bangsa ... maka terhasilah golongan Melayu akal kontot yg sanggup bergolek-gelantang atas jalanraya setiap kali tidak puas-hati akan sesuatu.
Maka wujudah ramai Melayu2 bermental subsidi, yg mahu semua benda datang bergolek, semua benda percuma diberi kerajaan, semua benda murah sedangkan mereka tidak mahu berusaha untuk mendapatkannya dengan kudrat serta otak yg dikurniakan Allah swt itu.
Kalau tak dapat apa yg dihajat, apa yg diminta, siap la kerajaan, siaplah pemimpin2 negara ... pasti kerajaan akan dimaki-hamun seolah2 kerajaan ada berhutang dengan mereka ... pasti para pemimpin akan dibabikan seolah2 para pemimpin negara adalah terdiri dari mereka2 yg zalim setaraf Firaun Mesir.
Teman tak tau, apa yg akan jadi 2O tahun akan datang, masa tu teman pun mungkin dah jadi tanah. Ketika itu, apakah orang2 Melayu kita masih lagi dapat mengadu keluh-kesah mereka kepada para pemimpin negara dengan cara seperti sekarang, atau ketika itu kepimpinan negara sudah beralih ketangan bangsa yg sama memerintah Singapura sekarang, wallahualam ....
Apa yg pasti, teman percaya gadis Cina staff teman yg menghadiri seminar keusahawanan tadi pasti sudah mampu bersenang-lenang berkat usaha gigih dia seawal usia mudanya itu, kerana secara teorinya, apa yg anda usahakan, itulah yg anda dapat.
Persolaannya, ketika itu juga, apakah para pemimpin2 Melayu kita masih lagi menggunakan kaedah yg sama seperti 2O tahun lalu dalam mendidik anak bangsa ... kalau begitu, kitalah sebenarnya yg telah menzalimi diri kita sendiri ...
No comments:
Post a Comment