Thursday, 30 April 2015

GST Dan Permasalahannya Di Malaysia

Hari ini, genap sebulan sudah GST dilaksanakan dinegara kita ini bermula 1 April lalu. Usaha kerajaan untuk memperkenalkan Good and Service Tax (GST) atau Value Added Tax (VAT) ini merupakan salah satu usaha untuk menjana pendapatan negara dengan lebih teratur dan efektif.

Perancis merupakan negara yang pertama melaksanakan GST pada  1954. Sistem percukaian ini dikatakan antara yg terbaik dan sehingga kini, sebanyak 146 negara telah melaksanakan GST.

Semua negara-negara Asean telah melaksanakan GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar . Menariknya, Indonesia dan Filipina lebih awal memperkenalkan GST pada tahun 80-an, lebih awal berbanding Singapura pada 1994.

Pengenalan GST melalui pengurusan yang baik akan memberi impak besar kepada pendapatan negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Namun persoalannya, dalam konteks semasa dan selepas sebulan ia dilaksanakan, apakah kesannya terhadap rakyat dan negara?

Tun Dr.Mahathir pernah berkata, bila pegawai kerajaan sendiri tidak faham tentang GST, tentang pelaksanaan dan impak kesannya, maka kerajaan harus memikirkan semula perkara ini.

Pada pandangan anda, apakah Tun menolak GST kerana sistem percukaian itu sendiri? Pada pemahaman saya, apa yang Tun mahu katakan adalah, sebelum memperkenalkan sesuatu yang memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat, pastikan terlebih dahulu jentera kerajaan sudah mahir dan mampu melaksanakannya sebaik mungkin.

Selama sebulan GST diperkenalkan, apakah yang dapat kita lihat setakat ini? Contoh paling ketara (walaupun kecil nilainya) adalah kad prepaid telco .... yang sehingga kini masih dalam siri perbincangan yang menemui jalan buntu.

Sama seperti Tun, kita tidak pertikaikan GST itu sendiri tapi lebih kepada persediaan pegawai2 kerajaan dalam berdepan dengan GST. Apa yang dapat kita lihat sekarang ialah, kerajaan sepertinya belum benar-benar bersedia dan buat sambil lewa (kerana persiapan tak cukup).

Sedangkan pihak kerajaan sendiri yang umum mahu wujudkan GST, kerajaan sendiri yang set tarikhnya 1 April lalu, jadi seharusnya tidak timbul masalah tidak cukup pegawai (merujuk kepada luahan Hasan Malik yang KPDNKK tidak cukup pegawai pemantau).

Bagi rakyat, samada mereka faham atau tidak tentang GST, apa yang penting adalah harga tidak berubah. Itu saja ... sebab gaji rakyat tidak naik.

Kalau kerajaan dah kata barang tidak akan naik, malah akan turun harga sebab guna formula Tolak 10, Campur 6 ... mengapa sekarang lain pula jadinya !

Kalau pun tak turun harga, asal kekal pada harga sebelum GST pun rakyat pasti masih boleh terima. Bagi rakyat biasanya, kerajaan nak buat apapun buatlah .... asal jangan membebankan mereka.

Bagi menjawab persoalan ini, terdapat tiga penyataan masalah yang harus diteliti.

Pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST itu? Kedua, bilakah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST? Dan ketiga, adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi: antara persepsi dan realiti.

Ketiga-tiga masalah ini sepatutnya sudah diperhalusi dalam usaha untuk mengimplimentasi GST secara menyeluruh, malah kajian terperinci harus dilakukan supaya pelaksanaannya mencapai objektif.

Merujuk kepada masalah pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST, kerana ia melibatkan kemampuan ekonomi mereka.

Bagi masalah kedua pula, menyentuh mengenai masa sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST, perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuklah penyediaan sistem terancang serta reformasi sikap dalam pengurusan ekonomi dan politik dalam usaha mengurangkan kadar penyelewengan dan rasuah dalam negara yang akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan.

Namun dalam tempoh sekarang, tahap ketersampaian maklumat yang lemah menyebabkan kegagalan masyarakat untuk memahami GST secara komprehensif dan membawa kepada kegagalan pelaksanaan kerana ketidakfahaman.

Masalah ketiga pula mengenai adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi. Realitinya pengenalan GST boleh membawa peningkatan satu masa dalam kos sara hidup, sedangkan pendapatan tidak bertambah.

Walaupun GST dijangka tidak akan mempunyai kesan besar ke atas inflasi, namun GST boleh membawa kepada peningkatan dalam harga pengguna pada peringkat awal pelaksanaannya.

 Persoalan besarnya disini, adakah Cukai Perkhidmatan dan Barangan ini akan menjejaskan golongan miskin dan sederhana di Malaysia ini?

Negara yang lebih membangun seperti Singapura mampu menyerap cukai ini kerana pendapatan perkapita rakyat yang lebih tinggi. Walaupun GST sudah diguna pakai di Britain, India, Hong Kong, Jepun dan Singapura, namun ia belum masanya untuk penguatkuasaannya di Malaysia.

Status ekonomi dan cara bagaimana negara tersebut memperoleh pendapatan berbeza dari Malaysia.

Selain itu, Malaysia mestilah terlebih dahulu mencapai status “berpendapatan tinggi” atau high income seperti yang diuar-uar Perdana Menteri. Meningkatkan kadar cukai tanpa meningkatkan pendapatan rakyat hanya membebankan rakyat.

Kerajaan harus memfokus isu kenaikan kos sara hidup dan memperkenal langkah khas untuk membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah bagi mengurangkan kesan buruk GST ke atas mereka.

Tiga masalah ini merupakan suatu perkara yang memerlukan tindakan penyelesaian dalam merealisasi GST sebagai instrumen yang merangsang pendapatan negara.

Kini, antara penyelesaian yang harus difikir dan digerakkan ialah meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman rakyat berkenaan pelaksanaan GST ini, menubuhkan badan bebas dan berkecuali untuk mengkaji kesan menyeluruh terhadap rakyat dan mengkaji tahap penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan GST ini dari sudut kesediaan dan kebolehpercayaan.

Secara keseluruhan, walaupun sistem GST ini dianggap baik kerana ia boleh meningkatkan jumlah hasil kerajaan, namun pelaksanaannya memerlukan satu sistem yang dirancang dan dipantau terus-menerus, memandangkan – tanpanya sistem GST yang komprehensif tidak akan tercapai.

Monday, 27 April 2015

Tuas Pelabuhan Baharu Singapura Bakal ‘Hancurkan’ PTP

SINGAPURA – Akhirnya apa yang dibimbangi bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu pembatalan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor benar-benar menjadi kenyataan.

Negarawan Malaysia itu baru-baru ini mengkritik pemimpin sedia ada kerana enggan meneruskan projek jambatan tersebut yang sebenarnya bagi memudahkan perjalanan kapal dagang terus ke pelabuhan Johor.

Malah isu itu turut disokong Sultan Johor kerana tambak sekarang menyebabkan kapal kontena sukar memasuki Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pasir Gudang sebaliknya lebih ‘selesa’ belayar menuju ke Singapura.

Pemandangan sekitar Pelabuhan Tanjung Pelepas dari udara. – Gambar hiasan

Semalam, stesen penyiaran pemerintah Singapura, Channel NewsAsia ‘mengesahkan’ kekhuatiran Dr. Mahathir apabila melaporkan republik itu bakal membina pelabuhan baharu dan terbesar di Tuas berdepan dengan PTP.

Kerja menambak tanah untuk Terminal Tuas dijangka bermula tidak lama lagi susulan Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menandatangani secara rasmi kontrak untuk fasa 1 Terminal Tuas pada Khamis.

Projek bernilai S$2.4 bilion (RM6.7 bilion) itu termasuk kerja mengorek, pembinaan dermaga dan menambak hampir 300 hektar tanah bersebelahan simpang Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di Tuas.

Terminal Tuas bakal menjadi pelabuhan terbesar di Singapura dan menyaingi PTP di Johor. – Gambar hiasan

Fasa 1 dijangka siap sepenuhnya pada 2020 dan berupaya menguruskan 65 juta kontena setahun, jauh lebih besar daripada 11 terminal lain antaranya Tanjong Pagar, Keppel, Pasir Panjang, Jurong, Sembawang dan Brani.

Terminal Tuas apabila siap kelak bakal mengatasi PTP yang terletak bertentangan dan hanya dipisahkan dengan jarak 3 batu nautika atau kira-kira 5 kilometer sahaja di sempadan perairan antarabangsa Selat Johor.

Pemerintah Singapura sebelum itu dipercayai ‘tidak berpuas hati’ dengan tindakan Malaysia membuka PTP sejak 1999 yang kini mengendali 6 juta kontena setahun; seumpama sengaja menjejaskan ekonomi republik tersebut.

Kedudukan Tuas (warna merah) yang akan diperluaskan bagi membina terminal pelabuhan baharu Singapura. – Gambar hiasan

Malah, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pernah mendedahkan menerusi ucapan sempena Hari Kemerdekaan pada 2013 mengenai keperluan republik itu membina pelabuhan baharu bagi mengatasi PTP.

Justeru, Tuas dipilih kerana lokasi strategik berdekatan PTP selain ia boleh menebus guna tanah laut lebih luas berhampiran sempadan perairan Malaysia di samping jaringan prasarana susur bersebelahan Linkedua.

Namun, kewujudan Terminal Tuas akan mengubah kawasan laut itu sibuk dengan ratusan kapal besar setiap hari yang boleh mengancam ekologi habitat Taman Negara Tanjung Piai di Kukup, Pontian. – Agensi

Jangan Biarkan Pelanduk Mati Ditengah2 ... !!!

Sudah2lah weiiii ...cukup2 laaa tuu ... Apa nak jadi dgn BN ni. Kaum India dah berpecah 2 parti ... MIC / PPP/hindraf. Kini Umno pun nak ikut berpecah dua ... Umno PM Najib dan umno Tun Mahathir.
Sudah2 laa.... jangan di keruhkn lagi keadaan ... dah naik muak teman tengok ... hari2 kutuk mengutuk ... kutuk dan berbalas kutuk .... Kadang2 teman naik rasa pelik pulak ... teman ni sedang bercakap dengan kawan ker lawan?

Ini mungkin kali pertama beberapa pemimpin tertinggi Umno dilihat secara terbuka tidak menafikan wujud pergeseran antara kem kedua2 pemimpin berpengaruh itu dalam Umno. Namun situasi kini dah semakin serius, bila kedua2 penyokong kem tersebut dah mula berbalas2 serang-menyerang.

Mengkome semua bongok ke apa ... bukankah itu perbuatan yg merugikan parti sendiri. Mengkome ni nak sokong Najib, nak sokong Tun atau nak sokong Umno? Kalau betul nak sokong mana2 antara keduanya ... elok kome buat parti baru ... parti Najib atau parti Tun ... senang sikit akar umbi parti nak buat keputusan.
Apa yg penting sekarang, iaitu kedua2 tokoh Umno itu perlu duduk semeja dan menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat yg timbul. Veteran2 Umno perlu memainkan peranan mendamaikan kedua2 pemimpin itu. Juak2 dalam parti tak perulah menjadi batu-api dan pengampu berebih2an.

Sebarang perbalahan perlu dibawa ke meja rundingan bagi mencari penyelesaian kerana kedua2 pemimpin itu orang lama dalam politik, dan menjadi tonggak Umno dan orang Melayu. Semua pihak perlu ada had dan berpada2 untuk menuding jari kerana ada banyak isu yg lebih besar yg perlu dikerjakan.

Memang tidak wajar berlaku pertembungan antara keduanya kerana merugikan negara.
Yg peliknya, tak kan tak ada satu orang pemimpin pun dalam parti yg berasa bertanggungjawab menghentikan perbalahan kedua2 pihak itu. Tak kan kami2 akar-umbi yg umpama kucing kurap ini lak terpaksa nak sibuk2 memikirkan perkara ini, sedangkan mengkome yg gaji belas2 ribu hanya makan tidur.
Agenda kita yg sebenar adalah untuk membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat. Masalah ini sebenarnya bolih dielakkan jika semua pihak (berkaitan) bertenang, kalau sibuk sangat saling membantai antara satu sama lain tidak akan menguntungkan sesiapa pun.

Bagi teman, masing2 pernah menghadapi kesulitan semasa mereka memimpin negara ini. Kedua2 mereka adalah pemimpin yg bijak. Jadi, tak kan mereka tidak mempunyai kebijaksanaan sendiri untuk menyelesaikan masalah ini.

Bukanlah tempatnya untuk kita untuk ahli2 bawahan ini beri nasihat, tapi kita sebagai pewaris bangsa tidak akan merelakan parti keramat kita hancur lebur disebabkan perbalahan kedua2 pemimpin ini.

Selebihnya lu pikirlah sendiri ...

Saturday, 25 April 2015

'Kalau harga beras naik, jangan makan nasi.'

Cuepacs bulan lalu sekali lagi bangun, menggesa kerajaan supaya tidak menangguhkan semakan kenaikan gaji 252 skim perkhidmatan awam seperti yg dibentangkan sebelum ini. Pendek kata minta naik gajilah tu ...
Kerajaan tidak boleh menggunakan isu kejatuhan harga minyak dunia dan nilai ringgit untuk menangguhkan perlaksanaan skim gaji berkenaan memandangkan nilai rizab kerajaan masih mampu menampung perbelanjaan sedia ada kata Presidennya.

Sekiranya ia ditangguhkan, Cuepacs akan membuat bantahan kerana 1.5 juta penjawat awam sudah lama bersabar sedangkan kos sara hidup semakin tinggi, katanya lagi.

Hairan bin ajaibnya, hujan tidak ribut pun tidak, tiba2 saja gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Menteri di JPM, Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yg mencabar kepada anggota Parlimen. Selain itu, tugas2 ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi," katanya... walaupun sudah beberapa kali disiarkan foto ahli2 dewan tidur berdengkur ketika sessi dewan. Itu belum mengambi kira ahli2 dewan yg hobi mereka sentiasa ponteng sessi dewan..

Kesimpulannya, harga barang naik, gaji pegawai dan kakitangan kerajaan juga naik ... gaji Ahli2 Dewan Rakyat dan Dewan Negara pun naik.

Tetapi rakyat yg bukan kakitangan kerajaan siapa pula yg nak tolong? Itu yg dipersoalkan ... Apakah mereka2 ini bukan rakyat, bukan penyumbang undi ...

Jawapannya 'Tidak mengapa. Kalau harga tol naik jangan guna jalan bertol.'

'Kalau harga ayam naik jangan makan daging ayam.'

Lojiknya, 'Kalau harga beras naik, jangan makan nasi.'

Kan ke merapu namanya tu?

Apakah slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' selari dengan keadaan ini .... Sekali lagi bak kata Nabil Maharajalawak .... lu pikirlah sendiri ....

Friday, 24 April 2015

Waktu Terbaik BN Rampas Permatang Pauh

PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini adalah peluang terbaik yg pernah ada untuk BN merampas kembali kerusi berkenaan sekali gus melakar sejarah baharu dalam landskap politik di negeri ini.

Ketika ini terdapat empat faktor yg menjurus ke arah kemenangan BN dalam PRK berkenaan.

Faktor calon diketengahkan BN iaitu Suhaimi Sabudin menjadi faktor utama yg membawa kepada kemenangan BN.

Calon BN kali ini adalah yg terbaik untuk pengundi di Permatang Pauh dengan personaliti dan latar belakang yg cemerlang serta menepati kehendak penduduk setempat.

Kesiapsiagaan dan hubungan baik serta semangat yg ditonjolkan jentera BN sehingga kini juga memberi gambaran ke arah kemenangan parti itu.
Jentera BN yg ditunjang sayap Wanita menunjukkan gerak kerja yg paling tersusun setakat ini dengan penglibatan semua sayap parti komponen.

Selain itu, perpaduan dalam kalangan ahli UMNO dan parti2 komponen di Permatang Pauh ketika ini berada pada tahap terbaik dengan kerjasama erat terjalin bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat Pusat yg jelas menjadi kelebihan buat BN.

Faktor peluang juga dilihat cenderung ke arah BN dengan senario semasa di Permatang Pauh yg berbeza ditambah dengan ketidaktentuan hubungan politik pembangkang ketika ini.

Faktor terbesar ialah sikap terkini pengundi Permatang Pauh yg seolah2 sudah muak dengan keluarga Anwar Ibrahim, apalagi bila PKR dengan berat hati, terpaksa juga meletakkan Wan Azizah sebagai calun recycle last minute, disebabkan tiada calun yg dikira mampu untuk menandingi calun BN kali ini.

Ini kalilah kita akan dapat melihat Wan Azizah rebah terkangkang di kandang sendiri ....

Thursday, 23 April 2015

Tanah Melayu Cuma Tinggal Nama



Dua PRK datang lagi, Rompin dan Permatang Pauh. Setiap kali berakhirnya satu2 piihanraya, samada PRU atau PRK, MCA mengatakan undi Cina kepada BN meningkat. Namun DAP pula mendakwa sebaliknya. Pengaruh MCA dikatakan semakin merosot kalangan masyarakat Cina. Siapakah yg berkata benar? Buatlah post-mortem dan kajian, daripada bercakap kosong bagi menunjukkan seolah2 kita bagus atau boleh buat kerja.

Apapun, pada saya sama ada undi Cina terhadap BN meningkat atau merosot tidaklah penting sangat, kerana amalan demokrasi membenarkannya. Rakyat bebas memilih parti yg disukainya. Cuma yg amat menyedihkan adalah cara berpolitik dengan memberi tekanan atau mengungut kerajaan.

Contohnya, ketika kempen pilihan raya berlansung  diJohor satu ketika dulu, Persekutuan Persatuan2 Cina Johor, Hua Zong, yg turut disokong oleh MCA, memberi kata dua kepada kerajaan supaya membuka semula Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat. Jika tidak, orang Cina akan beralih arah atau tidak mengundi BN. Ugutan ini seolah2 menampakkan selama ini mereka mengundi BN. Apakah benar?

Saya berani mengatakan bahawa majoriti Cina tidak mengundi BN. Tidak perlu buat kajian, lihat jumlah undi yg diperolehi oleh BN di kawasan bandar selama ini. Kenapa DAP terus dan begitu mendominasi?

Taktik mengatakan bahawa orang Cina tidak akan mengundi BN adalah taktik basi. Ini bukanlah kali pertama persatuan ini mengamalkan taktik licik sedemikian. Mereka akan mencari seribu alasan, menggunakan segala ruang dan peluang untuk menambah sesuatu yg telahpun mereka dapat. Malangnya, kajian tidak dibuat, kita terus tunduk kepada tuntutan dan desakan.

Malang sungguh kedudukan bahasa kebangsaan kita hari ini. Tidak banyak usaha dibuat untuk mendaulatkannya, kerana bagi kita ia tidak penting. Lagi pula menguasai bahasa Melayu tidak dapat membawa kita ke mana2. Inilah rata2 persepsi kita. Lebih menyedihkan lagi apabila membaca iklan temuduga jawatan. Antara syaratnya mesti fasih berbahasa mandarin dan Inggeris. Orang Cina amat sensitif dengan bahasa, sama seperti sensitiviti orang Melayu terhadap agama.

Maka tidak hairanlah dapat kita lihat sehingga kehari ini, penguasaan bahasa Melayu di kalangan orang Cina masih lemah, sehingga terpaksa menggunakan khidmat penterjemah. Benar, bahasa itu jiwa bangsa. Tetapi perlu juga dibezakan antara kepentingan bahasa negara bahasa bangsa. Yg mana satukah lebih utama?

Pada saya, kegagaan bangsa Cina untuk menguasai Bahasa Kebangsaan adalah disebabkan sekolah vernacular. Enam tahun dipisahkan sejak kecil adalah suatu jangka masa yg lama untuk mereka mensosialisasikan diri dengan persekitaran selanjutnya. Jika ini terus diamalkan, apakah sosialisasi begini sihat untuk membina bangsa Malaysia dan menjayakan gagasan 1Malaysia?

Perlu diingat, komitmen kerajaan terhadap sekolah vernacular amat tinggi dan belum pernah dilakukan oleh negara2 lain. Malah, ketika Perdana Menteri menjadi Menteri Pelajaran, kedudukan sekolah vernacular terus diperkukuhkan pada tahun 1996. Inilah toleransi yg tidak ada tolok bandingnya. Di Johor sahaja, sekolah vernacular mendapat peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta. Mana ada satu sistem di dunia ini sekolah berasaskan kaum dibiayai oleh kerajaan?

Setiap kali bila isu pendidikan vernacular disentuh, kerajaan diserang habis2an. Sehingga Yang di-Pertuan Agong yg tidak bersalah pun dibabitkan sama. Jika di Singapura, sudah lama mereka ini dihumban ke dalam penjara. Tetapi di negara kita, begitulah keadaannya, ‘terlalu bertoleransi’ kerana takut hilang kuasa.

Baiklah, jika masih tidak berpuas hati, buktikan di manakah negara dalam dunia ini memberikan kebebasan mendapat pendidikan perkauman sebegini rupa?  Ataupun sekurang2nya menyamai sedikit apa yg dilakukan oleh negara kita? Tidakkah Malaysia adalah syurga kepada kaum selain Melayu dalam mengekalkan identiti dan jatidirinya? Kita terus kekal seperti mana asalnya, tanpa langsung diusik dan dijentik. Anak Cina/India kekal tulen Cina/India … malah lebih Cina dari di China. Di China pun tidak ada kebebasan dan tidak setulen seperti ini? Apa lagi yg mereka mahu? Bumiputera Sabah dan Sarawak yg mempunyai lebih hak pun jarang bertindak seekstrem puak2 itu hari ini. 

Kita harap pihak berkuasa tidak akan tunduk demi masa depan negara tercinta ini. Jika kita tunduk, maka tergadailah maruah dan jati diri sebuah negara yg terletak di kepulauan Melayu. Apakah mungkin manusia mati meninggal nama? Pada saya, jika harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading. Apakah mungkin Melayu mati, di mana tulangnya? 

 Mudah2an Allah memberi kekuatan dan membuka hati kita semua. Ia perlu dilakukan dengan cepat, kerana masa tidak menunggu kita. Jika kita terus berpolitik, saya bimbang, kesempatan mungkin tidak datang untuk kali kedua. Sementara berkuasa, lakukanlah yg terbaik untuk agama, bangsa dan negara.

Kaum Cina sudah menjadi terlalu kuat. Semakin terus menggunakan segala ruang dan peluang pada waktu kritikal ini, kerana mereka takut ruang dan peluang ini mungkin tidak datang lagi, walaupun mereka tahu ruang dan peluang itu masih terbuka luas, dengan adanya orang Melayu Islam yg belot bersama mereka, sepakatan dengan mereka. 

Pertama, SJKC sebenarnya tidak boleh disentuh sejak kewujudannya. Kita hanya berjaya menyeragamkan silibus pelajaran daripada berkiblat negara asal kepada silibus kita. Itupun masih lagi dipersoalkan, kerana penyeragaman itu tidak berlaku secara menyeluruh kerana kita terus tunduk.  Subjek Bahasa Melayu walaupun telah diseragamkan, tetapi teksnya tidak sama berbanding aliran kebangsaan. Bahasa Melayu di SJKC/T lebih mudah, berbanding sekolah kebangsaan. Penyeragamanya ditentang oleh mereka, kerana kononnya jika diberatkan bahasa Melayu, penguasaan bahasa ibunda akan berkurang.

Kedua, cadangan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu di SJKC juga gagal. Cadangan kerajaan ditolak mentah2. Alasannya, jika ditambahkan waktu P&P bahasa Melayu, ia akan mengambil ruang masa subjek bahasa ibunda. Penguasaan bahasa ibunda akan terjejas. Lagi2 bahasa ibunda yg mereka utamakan.

Ketiga, cadangan P&P subjek sejarah (Malaysia Negaraku) di sekolah rendah, untuk meningkatkan semangat patriotism. Pun tidak berjaya. Jika subjek ini mahu diajarkan juga, mesti diajar dalam ibunda, bukannya dalam bahasa Melayu, kerana akan menjejaskan penguasaan bahasa ibunda.

Keempat, kegagalan Sekolah Wawasan. Semua Sekolah Wawasan yg telah didirikan gagal untuk menarik perhatian orang Cina. Alasannya, percampuran dengan orang lain, akan mengurangkan penguasaan bahasa ibunda. SJKC mesti beroperasi dengan penuh kecinaan, baru murid2 dapat menjadi Cina tulen.

Pokoknya, mereka tidak mahu menjadi Cina Pisang. Titik. Mereka mahu jadi secina2nya. Persoalannya, apakah tindakan sebegini baik untuk pembinaan sebuah negara bangsa? Mereka tidak mahu dikaitkan dengan Melayu. Dengan orang putih tidak mengapa.

Pendek kata, bangsa Cina di Malaysia langsung tidak mahu bahasa ibunda mereka cair. Sebarang gugatan akan ditentang habis2an, tanpa memikirkan agenda negara. Pada mereka, biarlah anak2 mereka langsung tidak tahu berbahasa Melayu, asalkan mereka mesti tahu berbahasa Cina.

Fikirkanlah wahai pemimpin sekelian. Benar, undi dan pengekalan kuasa penting. Tetapi fikirkanlah kepentingan agenda membina negara. Tidak menjadi masalah atau tidak pernah risau, jika perkara ini berlaku di negeri China, tetapi ingatlah kita berada di Malaysia, perkataan ‘Malay’ itu masih wujud, dengan sedikit penambahan perkataan ‘Sia’.

 Jika tidak berlaku kemasukan Sabah dan Sarawak, negara ini akan terus kekal dengan nama Tanah Melayu. Bayangkan jika perkara ini terus berlaku, sedangkan namanya masih kekal Tanah Melayu. Bolehkah sejarah ‘Tanah Melayu’ dipadamkan begitu sahaja?

Tuesday, 21 April 2015

Negarawan Tetap Negarawan, Pengampu2 Jangan Macam Orang Kena Sawan !!!



Selaku seorang negarawan, Tun boleh mengambil pendirian berdiam diri. Apatah lagi apabila sampai usia emas ini. Bermain dengan anak cucu. Tidak perlu pening kepala. Tetapi Tun tidak memilih jalan tersebut.

Negarawan tetap negarawan, hatinya tidak akan tenang, jika ada yg tidak kena. Tun lantang mengkritik dan memberi pandangan. Adakah itu salah dalam sebuah negara demokrasi? Ada yg menyalahkan Tun kerana tidak menggunakan saluran parti. Persoalannya, adakah saluran parti akan menerima pandangan Tun atau pandangan Tun mungkin disenyapkan?

Kita selalu mencari  siapa benar, siapa salah. Bukannya mencari apa yg benar, apa yg salah. Berilah jawapan yg Tun bangkitkan. Itu sahaja yg Tun pinta, susah sangat ke nak terangkan. Sama ada Tun berpuas hati atau tidak, kita lihat, yg penting jawab. Tak perlu bimbang, Tun seorang yg rasional. Namun anehnya, Najib memilih jalan ‘menepis’ dari ‘menjawab’. Perakuan pelik Najib inilah yg semakin membuat Tun dan juga rakyat semakin berprasangka.

Tun ramai pengikut senyap. Sebenarnya Tun tidak keseorangan. Memahami budaya politik Umno, ketika berkuasa, pemimpin disanjung dan dijunjung. Kentutnya pun bau wangi. Berbeza dengan Tun, walaupun sudah tidak berkuasa, taringnya masih ada, kata2nya masih berbisa.

Politik membodek amat ketara ketika berkuasa. Dan dizaman Najib kini, ia kelihatannya sudah sampai tahap gila-vavi. Jarang yg berani kata ‘No’ kepada PM. Boleh dikatakan, semuanya ‘Yes’ belaka. Saya tidak yakin PM mahukan jawapan sedemikian. PM mahukan keikhlasan. Tegur dan beri pandangan dengan ikhlas dan jujur. Bukan melaga2kan, namun kera2 dalam Umno ni susah nak faham.

Apa yg mereka nampak, inilah pelung untuk menaikkan saham … Najib perlu diangkat, perlu dibodek sampai naik lembik, kerana ituah kemungkinan penentu dipilih lagi sebagai calun atau peluang berada dalam kabinet dapur Najib dimasa depan. Apalah sangat dengan modal keluar suara melaung ‘kami sokong Najib’, atau ‘hidup Najib itu’, berbanding habuan yg bakal diterima.

Tidak cukup dengan Tun, anak Tun, Mukhriz, MB Kedah, turut dijadikan mangsa oleh segelintir pemimpin bongok Umno yg sentiasa mengintai peluang yg ada. Mereka mahukan anak Tun menyatakan pendirian sama ada sokong Tun atau PM. Bukankah tidak salah jika anak Tun mengambil pendirian menyokong manapun. Tun adalah bapanya, sementara Najib adalah bosnya sekarang, dan kedua2nya adalah orang Umno juga.

Kenapa perlu mangsakan sesama sendiri, sesama saudara? Tidak bolehkah dalam keadaan bermasalah kita berperanan menjernihkan, bukan menambah. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Kalau pemimpin Umno terus mengambil tindakan, saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam, fitnah-menfitnah, percayalah Umno sedang menanti untuk membusuk, menggali kubur sendiri. Amat malang, jika Umno masih menyimpan pemimpin2 bongok dan berakal kontot yg tidak memikirkan kepentingan Umno secara keseluruhan, tetapi lebih kepada dahan yg mana lebih kuat untuk berpaut.

Mengapa para pemimpin Umno tidak mahu ambil iktibar dari Dap yg bijak berpolitik. Licik dan berstrategi. Tahu bila masa yg sesuai mahu menyerang lawan dan sedar bila patut bersatu dalam mempertahankan parti. Walaupun mereka juga ada keretakan dan konfik dalaman, tapi mereka tidak mudah melatah, apa lagi melakukan perkara2 yg bolih merugikan parti.

Justeru semua pihak dalam Umno perlu memainkan peranan masing2 bagi meredakan ketegangan hubungan antara mantan Perdana Menteri itu dengan penyandang jawatan sekarang.
Sekiranya ketegangan ini berlarutan, ia akan memberi kesempatan kepada pihak2 berkepentingan untuk memburukkan imej pentadbiran Perdana Menteri.

Semua pihak terutama Naib2 Presiden Umno harus lebih aktif memain peranan dan mencari jalan untuk mendamaikan mereka dalam semangat kekeluargaan.

 Langkah itu bukan untuk kepuasan mana2 pihak tetapi perlu dilihat sebagai kepentingan dan masa depan parti. Keretakan hubungan antara kedua2 pemimpin itu yg banyak menyumbangkan jasa kepada negara hanya akan merugikan rakyat.

Sekarang ini tidak timbul soal siapa sokong Najib dan siapa sokong Mahathir, kedua2 tokoh itu merupakan pemimpin Umno yg berjasa kepada negara dan rakyat terutama orang Melayu.

Namun apa pun usaha yg kita semua lakukan, harus dilaksanakan secara berheman, ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung tidak berselerak. Dan apa yg lebih penting lagi … kedua2 pemimpin itu sendiri haruslah sama2 proaktif dalam meredakan konflik.

Saturday, 18 April 2015

Mitos Payung Emas

Semasa teman membelek2 tulisan2 di inbox FB teman, tiba2 mata teman tertumpu pada satu tulisan yg amat menyentuh hati. Kisah mengenai seorang Fans wanita yg tiba2 telah meluahkan perihal masaelah problem dia dengan suaminya kepada teman.

“Amat berat untuk akak menerima hakikat bahawa suami akak telah berkahwin lagi satu Jebat. Apalagi dia berkahwin tanpa pengetahuan akak, dah 3 bulan dah”…. katanya memulakan cerita.

“Akak tidak bermaksud untuk melawan takdir Jebat, tapi perasaan sedih sangat sukar untuk digambarkan. Akak akui, hidup sebelum bermadu sebelum ini sebenarnya indah, tapi mungkin akak abaikan (ya betul, akak jarang teman suami makan, akak ingat suami suka makan sorang2) sehinggalah akhirnya ‘makan luar’ sorang2 suami akak rupanya berteman, sekarang baru akak mengerti hidup bermadu memerlukan pengorbanan yg sangat tinggi. Akak cuba redha dengan ketentuan Ilahi, doakan semoga akak mampu pasrah dan redha dengan takdir ini ya Jebat”… tulisnya lagi.

“Cuma sebelum akak mengakhiri tulisan ini, akak nak tanya Jebat, benarkah ada hadith yg mengatakan isteri yg membenarkan suaminya berkahwin lain, akan mendapat payung emas di shurga kelak? Semoga akak dapat pujuk diri dengan hadith ini” … katanya mengakhiri tulisannya.

Makk aiii … terkejut ungka teman dibuatnya … benarlah kata sesetengah orang, wanita ini sehebat mana pun akan kalah dengan emas …. Buktinya dalam pada marah2 tu, sempat juga akak ni memikirkan tentang payung emas.

Akhirnya teman yg fenin sendiri … akak ni dah buat pulak dah, dalam hati teman berkata. Iya lah, teman ni ostad bukan, lebai pun bukan … tetiba lak dia bolih tanya teman tentang kesahihan hadith itu.
Teman pun mula cari akal nak jawab … akhirnya teman pun tulis …

“Akak, bab ni teman betul2 mintak mahap … teman ni bukan pakar hadith, tak kompom lah teman hadith itu palsu atau idak. Elok rasanya akak rujuk pada pak2 lebai Pas … depa tu rata2 kalau bercakap pasal agama, memang macam air. Akak tengok dari serban depa yg besar2 baya bakul tu aja tentu akak dah tau kehebatan pengetahuan agama depa tu” … tulis teman nak melepaskan diri.

“Tapi kak, teman ada seorang kawan … muka dia kalau akak tengok, sebijik macam rupa Dato Nikah Kahwin dalam cerita Musang Berjanggut tu. Dia ni tau jugalah sikit2 bab agama ni, terutama dalam bab2 nikah kahwin ramai ni” … tulis teman lagi.

Menurut kawan teman tu, juga bekas ahli kumpulan yg telah di fatwakan sesat oleh JAKIM, hadith ini ada dalam kitab Muhimmah yg menjadi rujukan jemaah depa, Jadi tak hairanlah bila kita tengok ahli kumpulan itu begitu cepat berkembang kerana salah satu tarikan dalam ajaran kumpulan itu adalah poligami atau dalam bahasa tak beradabnya: SEKS! Dalam ajaran kumpulan itu, isteri yg carikan madu, mendapat 7 payung emas di shurga, katanya.

“Tapi teman nak ucap tahniah juga pada akak, sebab dapat terima hakikat suami bermadu dan cuba redha dengan takdir Allah, Alhamdulillah … payah nak cari isteri yg sanggup terima ujian bermadu dengan hati terbuka macam akak ni, semoga lebih ramai wanita di Malaysia dapat menjadi lebih tabah dari akak bila dapat tau suami tu dah kahwin lagi” .. tulis teman nak menyejukkan hati dia.

“Lagi satu kak, mengenai hadith tu, teman cuma nak bagi pendapat dari sudut logik sahaja … Jika suami akak redha kepada akak, dan akak pulak jaga solat, puasa, dan lain2 ibadat, dalam hadith riwayat Ibnu Hibban ada mengatakan … maka akan masuklah isteri yg diredhai suami itu ke Syurga dari mana2 pintu yg di kehendaki.”

Jadi kak …

“Kalau dah masuk dalam shurga, bukan setakat payung emas, coli dan seluar dalam emas pun boleh dapat kak oiiii ….”

Friday, 17 April 2015

Beranikah Adun PAS Selangor Cerai Bini ???

Teman tak taulah siapa yg mula2 bawa keluar cerita bodoh ni .... tapi dah gegak gempita seantero Malaya, tersebar berita kononnya, pertemuan antara bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim dan Hadi Awang di Jakarta beberapa hari lepas ada satu secret deal untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Menurut sumber, dalam perjumpaan itu di katakan ada 5 orang Adun PKR akan lompat parti, tidak pasti sama ada mereka akan menyertai UMNO atau menjadi calon bebas dan menyokong BN.
  Jom kita buat sedikit kira2 ...
Adun BN yang ada sekarang ini ada 12 orang ...
Adun BEBAS ada seorang...
Katakanlah 5 Adun PKR lompat macam katak ...
12+1+5= 18 orang ...
Katakan lah semua Tok2 Lebai Adun PAS lompat, 18+15=33
Tapi confirm ke semua adun PAS akan lompat ...???
Kerusi DUN Selangor pulak ada 56...
Kalau nak bentuk kerajaan, paling cikai pon sebelah pihak tu kena ada 29 kerusi, bak kata mat2 rempit baru sedap cilok ...
Sementelah pulak ada Baiah PAS ... kalau lompat parti alamatnya BINI KENA CERAI Yob, tak taulah teman mungkin baiah tu dah terbatal setelah Hadi bagi blessing untuk lompat ... al-maklumlah, Pas sekarang ni pon dah sinonim dgn budaya U-Turn ...
Pada teman, masa terbaik untuk PAS lompat dan bersama dengan BN ialah sewaktu krisis Menteri Besar dulu, tapi PAS tetap berpegang dengan baiah dan tetap setia dengan Tahauf Pecacai mereka, walaupun PAS kerap kena hanjing dek DAP dan PKR ....
Mungkinkah Khalid dan Hadi akan buat magic...???
Apa pun kita tunggu dan lihat, kalau benar berlaku, teman ucapkan syukur alhamdulilah, disamping teman akan hantar pisang kemasjid .... kerana hampir pasti masaalah air, sampah dan lain2 masaelah problem akan selesailah tak lama lagi ...

Thursday, 16 April 2015

'Jambatan Bengkok' - Apa Kecoh-Kecoh ?

Isu jambatan bengkok kini hangat semula diperkatakan.

Ia lantas mengingatkan masyarakat negara ini, terutamanya warga negeri Johor, tentang kemelut yang melanda isu tersebut.

Semuanya bercetus daripada perbezaan pendapat dan kritikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jambatan bengkok atau dalam perancangan mahu dinamakan sebagai Jambatan Indah merupakan struktur jambatan sepanjang 1.4 kilometer yang diimpikan bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.

Idea pembinaan jambatan lurus telah dicetuskan dan kemudian diubah menjadi 'bengkok' kerana Singapura tidak mahu mengubah struktur penghubung di sempadan negaranya.

Persetujuan Singapura pada awalnya tentang projek tersebut dikatakan diberikan secara ‘tidak rela hati sepenuhnya’ dan dilakukan hanya sekadar berdasarkan pendekatan berpakej.





 MANFAAT DARIPADA PEMBINAAN

1)  Melancarkan aliran lalu lintas ke Singapura dan sebaliknya.

2) Kapal dagang atau pasukan keselamatan boleh belayar melalui Selat Tebrau (Selat Melaka ke Laut China Selatan dan ini akan merancakkan industri perkapalan dan pelabuhan negara iaitu Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

3) Kelancaran aliran air di Selat Tebrau mampu meningkatkan kualiti air dan juga alam sekitar.

4) Pembukaan laluan air itu boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan Iskandar Malaysia dan negeri Johor secara keseluruhan.

Tuesday, 14 April 2015

Krisis Tun / Najib Adalah Mengenai Johari Window


Jendela Johari (Johari Window) adalah konsep komunikasi yang diperkenalkan oleh Joseph Luth dan Harry Ingram (karenanya disebut Johari). Jendela Johari pada dasarnya menggambarkan tingkat saling pengertian antarorang yang berinteraksi. Jendela Johari ini mencerminkan tingkat keterbukaan seseorang yang dibagi dalam empat kuadran, Kuadran-kuadran tersebut bisa dijelaskan sebagai berikut:

• Open
Menggambarkan keadaan atau hal yang diketahui diri sendiri dan orang lain. Hal-hal tersebut meliputi sifat-sifat, perasaan-perasaan, dan motivasi-motivasinya. Orang yang “Open” bila bertemu dengan seseorang akan selalu membuka diri dengan menjabat tangan atau secara formal memperkenalkan diri bila berjumpa dengan seseorang. Diri yang terbuka, mengetahui kelebihan dan kekurangan diri sendiri demikian juga orang lain diluar dirinya dapat mengenalinya.

• Blind
Disebut “Blind” karena orang itu tidak mengetahui tentang sifat-sifat, perasaan-perasaan dan motivasi-motivasinya sendiri padahal orang lain melihatnya. Sebagai contoh, ia bersikap seolah-olah seorang yang sok akrab, padahal orang lain melihatnya begitu berhati-hati dan sangat tertutup, tampak formal dan begitu menjaga jarak dalam pergaulan. Orang ini sering disebut sebagai seseorang yang buta karena dia tidak dapat melihat dirinya sendiri, tidak jujur dalam menampilkan dirinya namun orang lain dapat melihat ketidak tulusannya.

• Hidden
Ada hal-hal atau bagian yang saya sendiri tahu, tetapi orang lain tidak. Hal ini sering teramati, ketika seseorang menjelaskan mengenai keadaan hubungannya dengan seseorang. “Saya ingat betul bagaimana rasanya dikhianati pada waktu itu, padahal aku begitu mempercayainya”. Luka hati masa lalunya tidak diketahui orang lain, tetapi ia sendiri tak pernah melupakannya.

• Unknown
Dikatakan “Unknown”, karena baik yang bersangkutan, maupun orang lain dalam kelompoknya tidak mengetahui hal itu secara individu. Sepertinya semua serba misterius
Jendela Johari juga bisa menjelaskan tingkat keterbukaan seseorang terhadap dirinya sendiri maupun orang lain.

Orang tipe I:
Merupakan orang yang terbuka. Terbuka kepada orang lain dan terbuka untuk orang lain menilai dan memberi masukan tentang dirinya.

Orang tipe II :
Merupakan orang yang menyembunyikan sebagian dari kebenaran tentang dirinya. Artinya ada hal-hal atau bagian yang dia sendiri tahu tapi orang lain tidak. Contohnya orang yang sakit hati dengan orang lain. Orang lain belum tentu tahu, tapi dia tahu.

Orang tipe III:
Merupakan orang yang buta. Disebut buta karena orang itu tidak tahu tentang sifat-sifat, perasaan-perasaan dan motivasi-motivasinya sendiri padahal orang lain melihatnya. Contohnya adalah orang yang sok akrab, padahal orang lain melihat dia sebagai seorang yang sangat berhati-hati dan tertutup, formal dan begitu menjaga jarak dalam pergaulan.

Orang tipe IV:
Merupakan orang tipe paling tertutup. Tidak mau membuka dirinya keluar maupun menerima pendapat/masukan/feedback dari luar. Panggilan yang tepat untuk yang yang demikian adalah orang yang misterius.

Johari Window atau Jendela Johari merupakan salah satu cara untuk melihat dinamika dari self-awareness, yang berkaitan dengan perilaku, perasaan, dan motif kita. Model yang diciptakan oleh Joseph Luft dan Harry Ingham di tahun 1955 ini berguna untuk mengamati cara kita memahami diri kita sendiri sebagai bagian dari proses komunikasi.

Johari Awareness Model terdiri dari sebuah persegi yang terbagi menjadi empat kuadran, yaitu OPEN, BLIND, HIDDEN, dan UNKNOWN.

- Kuadran 1 (Open) merujuk kepada perilaku, perasaan, dan motivasi yang diketahui oleh diri kita sendiri dan orang lain. (Quadrant 1, the open quadrant, refers to behavior, feelings, and motivation known to self and others)

- Kuadran 2 (Blind) merujuk kepada perilaku, perasaan, dan motivasi yang diketahui oleh orang lain, tetapi tidak diketahui oleh diri kita sendiri. (Quadrant 2, the blind quadrant, refers to behavior, feelings, and motivation known to others but not to self)

- Kuadran 3 (Hidden) merujuk kepada perilaku, perasaan, dan motivasi yang diketahui oleh diri kita sendiri, tetapi tidak diketahui oleh orang lain. (Quadrant 3, the hidden quadrant, refers to behavior, feelings, and motivation known to self but not to others)

- Kuadran 4 (Unknown) merujuk kepada perilaku, perasaan, dan motivasi yang tidak diketahui, baik oleh diri kita sendiri ataupun oleh orang lain. (Quadrant 4, the unknown quadrant, refers to behavior, feelings, and motivation known neither to self nor others)

Tes Jendela Johari dilakukan dengan memberi daftar berisi 55 kata sifat kepada subyek tes. Dari 55 kata sifat tersebut, subyek tes akan diminta untuk memilih lima atau enam kata sifat yang paling mencerminkan diri mereka. Anggota peer dari subyek tes ini kemudian akan diberikan daftar yang sama dan diminta untuk memilih lima atau enam kata sifat yang menurut mereka paling menggambarkan pribadi sang subyek tes. Hasil tersebut akan dicek silang dan dimasukkan dalam kuadran-kuadran yang tersedia.

Ke 55 kata sifat tersebut adalah: able, accepting, adaptable, bold, brave, calm, caring, cheerful, clever, complex, confident, dependable, dignified, energetic, extroverted, friendly, giving, happy, helpful, idealistic, independent, ingenious, intelligent, introverted, kind, knowledgeable, logical, loving, mature, modest, nervous, observant, organized, patient, powerful, proud, quiet, reflective, relaxed, religious, responsive, searching, self-assertive, self-conscious, sensible, sentimental, shy, silly, spontaneous, sympathetic, tense, dan trustworthy.

Joseph Luft berpendapat bahwa kita harus terus meningkatkan self-awareness kita dengan mengurangi ukuran dari Kuadran 2-area Blind kita. Kuadran 2 merupakan area rapuh yang berisikan apa yang orang lain ketahui tentang kita, tapi tidak kita ketahui, atau lebih kita anggap tidak ada dan tidak kita pedulikan. Mengurangi are Blind kita juga berarti bahwa kita memberbesar Kuadran 1 kita-area Open, yang dapat berarti bahwa self-awareness serta hubungan interpersonal kita mungkin akan mengalami peningkatan.

Monday, 13 April 2015

Cabaran Dalam Melaksanakan Hudud DiMalaysia




Ini kisah benar yg diceritakan seorang us­­­taz yg mungkin boleh kita jadikan renungan. Kisah berkenaan se­orang artis cantik terkenal, yg penampilan sangat seksi dengan pakaian men­jolok mata.

Selepas habis satu program di sebuah stesen televisyen, artis berkenaan terkejut besar setelah komputer riba miliknya yg berharga ribuan ringgit yg ditinggalkan dalam kereta lesap dicuri.

Dalam keadaan amat marah, artis itu terus meluahkan ungkapan kepada ustaz berkenaan yg kebetulan berada di tempat kejadian: “Ustaz bila lagi nak buat hudud supaya boleh dipotong tangan pencuri ini.”

Pengajaran daripada kisah ini adalah rata2 umat Islam di Malaysia tidak kira sama ada mereka taat mengerjakan suruhan agama atau sebaliknya, tidak akan menentang jika hukum hudud dilaksanakan.
Sehubungan itu, apakah faktor yg menyebabkan hukum hudud masih tidak dilaksanakan walaupun umat Islam yg merupakan penduduk majoriti negara ini menyokongnya? 

Malah kerajaan Kelantan sendiri pernah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan) yg mengandungi hukum hudud, qisas dan takzir; tetapi segala yg terkandung dalamnya tidak pernah dilaksanakan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, walaupun enakmen itu diluluskan pada 1993, ia tidak boleh dilaksanakan kerana ada kesalahan iaitu membunuh, mencuri, merompak, merogol dan meliwat terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Bagi kesalahan dalam enakmen ini yg terletak dalam bidang kuasa negeri seperti zina, menuduh orang berzina, meminum arak dan murtad juga tidak boleh dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Akta ini mengehadkan hukuman yg boleh ditetapkan oleh badan perundangan negeri hanya kepada penjara tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi enam kali.

Justeru, walaupun kerajaan Kelantan telah membuat pindaan kepada enakmen yg dibentang semula pada 18 Mac lalu, semua masalah itu masih lagi wujud dan tidak diselesaikan.

Oleh itu, apa yg boleh dikatakan ialah pelaksanaan hukum hudud di negara ini akan melalui ‘jalan kampung’ dan bukannya ‘lebuh raya’ kerana segala masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Mengenai cadangan Pas untuk membawa rang undang2 persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, langkah itu hanya akan membolehkan pelaksanaan kesalahan jenayah melibatkan zina, menuduh orang berzina, meminum arak dan murtad yg terpakai hanya kepada orang Islam.
Jika Pas ingin melaksanakan hukuman hudud bagi kesalahan yg terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan misalnya membunuh, mencuri, merompak dan juga bagi kesalahan qisas dan takzir, maka perlulah mendapat kebenaran Parlimen terlebih dahulu.

Jika Parlimen membenarkannya, hukum hudud ini mestilah terpakai kepada semua orang Islam dan bukan Islam selaras dengan Perkara Lapan Perlembagaan Persekutuan yg menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang2.

Mahkamah yg akan membicarakan kes2 ini ialah mahkamah sivil kerana mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan juga bukan Islam.

Persoalannya disini, adakah orang bukan Islam dinegara kita ini akan menerima Undang2 Hudud ini dengan senang hati?

Ketakutan bukan Islam terhadap hukum hudud berpunca kerana orang Islam tidak mempromosikan hukum itu dengan betul. Lebih malang lagi, kalimat hudud telah diserabutkan oleh kita sebagai orang Islam sehingga memberikan persepsi yg begitu negatif terhadap undang2 jenayah Islam ini.

Ada disebut seseorang itu akan disebat 100 kali jika berzina. Mereka tidak diterangkan bahawa sebatan itu cukup ringan berbanding sebatan di penjara Kajang sekarang apabila hanya dengan dua kali dirotan sudah cukup untuk membuat daging punggung terkeluar.

 Yg mereka lihat apabila dilaksanakan sahaja hukum hudud, pertama sekali, yg mereka bimbang ialah potong tangan dan direjam sampai mati, padahal standard pembuktian dalam Islam cukup tinggi, mesti sampai ke peringkat yakin. Kalau ada syubhah, hudud tak boleh dilaksanakan.

Jelaslah, kita masih jauh, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan secara tergesa2 sehingga wujud cacat cela yg mungkin bolih memberikan imej negatif pula kepada Islam.

Ini bukan bermaksud kita hendak mempertikai hukum hudud kerana hudud tak boleh dipertikai. Jangan kata, potong tangan habis orang Malaysia tak ada tangan.

Kita tak pertikaikan undang2, tetapi kita nak mempertikaikan bagaimana cara pelaksanaannya, betul atau tak betul. Sama seperti kita tidak boleh mempertikaikan ibadat haji, tapi kita boleh pertikaikan Tabung Haji.

Tafsiran yg dibuat oleh ulama muktabar jelas menyatakan sesebuah negara itu tetap diiktiraf sebagai negara Islam walaupun tidak melaksanakan hukum hudud kerana undang2 jenayah Islam itu hanya sebagai pelengkap.

Sesebuah negara masih dianggap sebagai negara Islam jika ditadbir pemimpin yg majoriti beragama Islam, umat Islam mampu melaksanakan ibadat secara bebas dan kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan undang2 yg berkaitan dengan syariat termasuk hukum hudud.