Monday, 24 August 2015

Undurlah Secara Terhormat, Jangan Bangsatkan Umno !!!

Dalam kemelut yg melanda negara sekarang ini, teman benar2 rasa terpanggil untuk menyampaikan mesej serta keluhan kepada Datuk Sri Najib sebagai PM dan Presiden Umno, dalam kapasiti sebagai rakyat Malaysia dan Ahli Umno.

Sebelum teman lanjutkan bicara, teman juga nak berpesan, orang luar tak payah nak kepoh ... tak payah nak cucuk sana-sini jadi batu api ... tak payah nak kipas atau jolok teman ... kerana tak ada faedahnya, teman tau apa yg teman lakukan.

Orang Umno rata2 mempunyai pemikiran terbuka ... bukan main angguk aja macam burung tekukur sama macam orang2 PR tu. Orang PKR lain, pemimpin meliwat pun depa kata tahanan politik ... orang Pas, serban besar dulang dan jubah meleret tapi maksiat pun sama naik, bini orang pun sama tutuh ... yg sokong Cina Dap lagi bangsat, jolok seratus dua henget aja dah habis agama dan hudud digadaikan. Bukan ke kalihamput namanya tu ....

Kita orang UMNO lain ... kita ada peranan dan t/jawab terhadap parti agar kekal relevan sebagai pembela Melayu dan masyaraat amnya. Tugas UMNO yg paling mencabar sekarang ialah bagaimana nak buat orang percayakan apa yg kita buat dan cakap…

Sebagai orang politik, di mana pun kita berada, kita tidak boleh melepaskan t/jawab dalam alam politik dan siasah kerana kita telah memainkan peranan. Mana boleh buat tak tahu aja akan segala kepincangan dalam parti. Mana bolih biarkan kalau pemimpin kita buat silap atau sudah terkeluar dari track perjuangan. Tak boleh.

Oleh kerana kita dah ada dalam aliran parti, walau pun kita bukan pembuat atau penentu dasar, kita masih boleh menyumbang idea, itupun jika dapat diterima oleh pimpinan semasa.

Setiap era pendekatan dan caranya berlainan. Tun Mahathir ada stail dia, begitu juga dengan Tun Abdullah dan kini Najib. Apabila Najib mengambilalih UMNO, kedudukan parti dalam keadaan yg sangat mencabar, bukan kerana kegagalan dasar kita.

Namun kini politik kita mula jadi rapuh dan benteng pertahanan politik mula runtuh. Ada orang kata UMNO tidak lagi dilihat sebagai keramat yg mempertahankan kepentingan Melayu. Apabila negara sudah maju dan matang, nilai ukuran pun berbeza ... itu benar.

Orang tidak lagi memandang sumbangan kita terutama dalam bidang ekonomi sebab mereka sudah menganggapnya sebagai tugas dan fungsi sesebuah kerajaan. Mereka mahu dengar apa pemimpin kata dan lihat bagaimana peimpin itu lakukan apa yg dia kata.

Umno kini perlu berdepan dengan realiti. Kalau kita harap prestasi dalam ekonomi boleh menjadi penyelesai masalah, ia menyimpang jauh dari realiti. Iya, kita memang sudah berjaya meletak negara di mata dunia. Tetapi kini tuntutan sudah berubah. Jika kita tak sedar dengan pertukaran tuntutan ini, kita sedang ketinggalan.

Tugas paling mencabar Umno sekarang ialah bagaimana nak buat orang percayakan apa yg kita cakap. Our war today is on the perception created by the opposition and some media. Persepsi yg mereka cipta telah dianggap oleh rakyat sebagai realiti.

Golongan muda, terutamanya mahu melihat sesuatu yg berlainan dari Umno. Mereka mahu melihat imej Umno bersih dan tidak dikaitkan dengan skandal dan rasuah. Jika kita tercemar sedikit pun, walaupun kita mungkin diterima parti, namun rakyat menolak.

Penerimaan parti mestilah selari dengan kehendak rakyat. UMNO berdepan dengan jurang antara parti dan rakyat sehinggakan pada satu tahap, sekiranya seseorang pegawai kerajaan didapati tidak elok, kerajaan dan parti yg dipersalahkan. UMNO mesti terima hakikat ia mempunyai masalah dalaman.

Parti keramat kita ini masih lena dan tidak mahu perbetulkan kredibiliti dan integriti. Slogan yg digunakan pada zaman Datuk Onn dulu iaitu UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO, tidak boleh lagi diguna-pakai sekarang.

Ada orang UMNO sendiri kerana tidak puashati sanggup tinggalkan parti tanpa rasa bersalah atau berdosa. Bersatu, bersetia dan berkhidmat kini tinggal slogan sahaja. Ia simbol yg tidak membawa erti.

Sehingga kini, rakyat tak fikir UMNO sudah sedar atau insaf. Jadi Umno kena betulkan keadaan. Jika tidak, PRU akan datang akan jadi hambatan yg merugikan. Umno akan jadi bangsat seperti kata Datuk Sri Najib.

Umno mengalami banyak kekalahan dalam PRU yg lalu kerana meletakan orang yg rakyat tak mahu. Kita letakkan orang pilihan parti dan bukan pilihan rakyat.

Teman juga lihat orang UMNO sekarang tidak terfikir mereka boleh hilang kuasa satu hari nanti. Mereka masih merasakan berada dalam zon selesa. Sindrom penafian inilah yg akan merugikan Umno.

Bila Umno ada sindrom ini, apa2 laporan negatif yg kita perolehi, kita tak mahu percaya. Kita hanya mahu percaya yg elok sahaja. Kita ini sudah jatuh, tetapi masih belum sedar. Kita masih mengamalkan sikap bodoh sombong. Kokok kita berderai2, tapi ekor kita bergelumang taik.

Ramai berharap kita masih ada peluang membetulkan persepsi ini. Tapi masanya tak banyak. Umno kena buat cepat. Strategi ekonomi kita sudah ketinggalan, kalau strategi politik pun kita tidak ada, apa lagi yg tinggal?

Seperti yg kita tau, golongan muda Melayu kita amat lemah. Mereka tidak ada kerapatan dan keakraban dengan tradisi dan sejarah, jauh sekai mempunyai jati-diri. Di Amerika, kerajaan negara itu menanamkan semangat sayangkan negara sejak kecil menerusi pelbagai kaedah, antaranya menggunakan filem sebagai propaganda. Kita pula, nak tulis sejarah benar pun kita takut.

Kita tidak mahu menulis sejarah dengan betul kerana mahu menjaga hati orang. Kita kena ajar perkara sebenar supaya orang tahu menghayati. Sesetengah orang ingat negara ini timbul begitu sahaja. Negara ini ada tuannya, dan tuan itu adalah kita.

Pemuda UMNO pula tidak dapat menghayati kehendak golongan muda. Kita perlu ingat, menjelang PRU akan datang, kita akan mempunyai dua juta pengundi baru. Apa akan jadi kalau mereka ini menyokong pembangkang dan menolak kerajaan.

Golongan ini harus didekati dan difahami. Ada pemimpin pula bila sudah menjadi Yang Berhormat, gaya berjalan pun dah berubah. Satu macam aja mendongak keatas. Batuk pun dah berubah nada seperti batuk keldai. Cakap sikit terhangguk2 nya lebih, macam burung belatuk mabuk ketum

Kekuatan UMNO selama ini terletak kepada kreativiti. Gunakanlah kekuatan kreativiti itu.

UMNO lebih bersifat Malaysia daripada parti2 komponen BN yg lain. Parti komponen BN yg lain memang tak relevan. Mereka tidak buat apa2 untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu terutama di kawasan di mana undi mereka menjadi undi penentu.

Jika berlaku kesilapan, mereka asyik menyalahkan UMNO sahaja, walhal mereka yg lebih banyak hilang kerusi. Jika UMNO tidak membuat pendekatan baru, kita takut nanti UMNO akan diheret oleh parti komponen ini ke kancah kejatuhan.

UMNO kini terlalu defensive. Terau banyak putar-belit yg tidak munasabah, sehingga Umno semakin diragui. Dalam keadaan sekarang, Umno kena offensive. Parti komponen semakin menjadi duri dalam daging. Mereka tidak ada kesepakatan dan kesetiaan. Bagi teman, seharusnya ada mekanisma, di mana parti yg bermasalah patut digantung.

Ramai orang bercakap UMNO perlu berubah, namun kita sendiri tidak tahu apa yg perlu diubah? Apa yg jelas ialah UMNO memerlukan perubahan yg radikal bagi mendapat penerimaaan rakyat, dan rakan kongsi dalam BN juga perlu berubah, bukan hanya makan tidur dan menjadi biawak hidup dalam BN.

Selain dari perubahan bentuk dan struktur, Umno juga harus memerangi persepsi terhadap parti UMNO oleh rakyat jelata. Kita mesti memulihkan UMNO supaya jurang di antara UMNO dan rakyat tidak terus melebar. Kita harus memaparkan wibawa dan integiriti untuk menjadikan rakyat percaya kepada kita.

Yg paling penting, orang UMNO sendiri mesti yakin terhadap parti mereka sendiri. Mereka mesti ada sikap kasih dan setia. Di mana kita perlu tegas, kita perlu dilihat tegas. Jika kita berdiam diri kita akan kehilangan kekuatan dan harapan orang Melayu.

Teman hampir tua sebaya dengan UMNO. Teman tak fikir kami golongan tua ini ada masalah. Sememangnya kita perlu fokus kepada golongan muda. Tetapi pengalaman tidak boleh digantikan dengan tenaga.

Orang lama masih boleh memainkan peranan. Golongan sekarang semakin melupakan sejarah. Sehubungan itu orang lama masih boleh membantu golongan muda untuk memastikan kita tidak mengulangi kesilapan lalu.

Kita mahu rakyat menghormati undang2 dan mahkamah. Janganlah kita pula memperlecehkan serta mengambil kesempatan terhadap peraturan dan undang2 disebabkan kita berkuasa.

Jangan kita sesuka hati memecat atau menukarkan orang itu ini kejabatan itu ini, seolah2 kita ada agenda untuk menyembunyikan dan menutup sesuatu kesalahan dari terbongkar.

Hormatilah orang lain dan juga peraturan serta undang2. Jangan kita main langgar dan sesah aja semata2 kerana nak menyelamatkan tengkuk kita.

 Kalau kita buat benda2 yg meragukan seperti itu, kita bukan sahaja akan membuat rakyat tidak mempercayai kita, malah kita juga seperti mengajar orang lain supaya tidak menghormati peraturan, yg mana akhirnya kita akan menerima padah.

Dalam keadaan persepsi rakyat kepada UMNO dan BN begitu negatif seperti sekarang, adalah tidak sesuai jika kerajaan meletakkan ahli politik dalam lembaga pengarah institusi penting milik kerajaan.

 Kita harus mengukur seseorang berdasarkan rekod kemampuan dan kelayakannya, tanpa mengira dia ahli politik atau bekas ahli politik atau bukan ahli politik. Jangan meletakkan hanya kroni2 dan pengampu2 kita sahaja, rakyat akan melihat kerajaan korup disebabkan perlakuan ini.

Di seluruh negara, ramai ahli politik berkecimpung dalam perniagaan. Adalah tidak adil untuk memberikan konotasi negatif dalam perkara ini. Tengoklah sama ada calon itu sesuai atau tidak. Jika tidak sesuai, tak payahlah pilih dia.

Semasa menjadi menteri pula, sudah tentulah kita tidak boleh bebas menulis dan bercakap sesuka hati kita. Kita tertakluk kepada kedudukan kita sebagai ketua, maka sudah tentulah ada hadnya. Kalau kita sendiri mengeluarkan kata2 kesat seperti haramjadah, bangang, bangsat ... bagaimana kita nak mengharapkan untuk dihormati. Jangan salahkan rakyat kalau rakyat menyindir kita balek disebabkan keceluparan mulut kita sendiri. Bukankah pepatah ada mengatakan, kalau bapak sudah kencing berdiri, anak pasti akan kencing berlari.

Sebagai pemimpin, jangan suka menyindir dan memperlecehkan pemimpin lain, apa lagi jika yg disindir itu lebih tua dan berpengalaman sebagai pemimpin dari kita yg baru sehari dua memegang jawatan ini. Jangan amalkan  “pukul anak sindir menantu, akhirnya mati anak kita, menantu pula akan lari”.

Teman harap UMNO akan berubah menjadi parti yg disegani berdasarkan imej, kredibiliti dan integriti. Orang mesti melihat UMNO sebagai memperjuangkan orang Melayu. UMNO tidak boleh menyerah kalah.

Untuk melaksanakan ini kita memerlukan pengorbanan. Kita harus berkorban menurunkan PM Najib dan menggantikan dengan pemimpin lain, kita ramai pemimpin yg berkebolihan, apa yg nak dirisaukan sangat. Yg patah pasti tumbuh, yg hilang tentu akan berganti. Siapa tahu yg menggantikan nanti akan lebih baik dari yg kita ada sekarang. Bukankah pepatah ada mengatakan, tiada yg mustahil didunia ini kecuali nak jadi Tuhan.

Kepada Datuk Sri Najib, tolongah Datuk Sri ... turunlah dengan suka-rela, berbesar hatilah untuk memberi orang lain peluang memimpin bangsa dan negara ... orang yg masih bersih dari sebarang tuduhan dan prasangka serta persepsi buruk rakyat. Orang yg mampu menyatukan semula orang Melayu dan ahli Umno kita.

Undurlah sebagai seorang hero dan jangan bangsatkan parti Umno .... parti keramat kita.

No comments:

Post a Comment