Pada pendapat teman, tersungkurnya UMNO parti keramat orang Melayu itu adalah kerana kepimpinan yg disokong oleh rakyat pantang ditegur.
Sama ada kepimpinan diperingkat atasan, pertengahan mahupun di akar umbi. Bila ditegur cepatlah melatahnya.
Yg menegur dianggap musuh. Yg ditegur dianggap wira meskipun pelbagai pekong bersarang dibadan.
Bercakaran sesama sendiri sudah menjadi asam garam, rakyat mendokong merasa geram lagi meluat.
GST, 1MDB dan apa-apa lagi tah ... bukan salah rakyat yang mendokong kepimpinan pentadbiran, tapi salah kepimpinan pentadbiran yg didokong oleh rakyat ...
Akhirnya rakyat yang menyokong dalam delima ...
"BENARKAH AKU APA YANG DISOKONG?".
"SILAPKAH AKU MENYOKONG KAMU?".
"MENGAPAKAH KAMU BEGITU JADINYA BILA AKU SOKONG".
Akhirnya rakyat beraleh arah ... terpaksa ditelan walaupun marah ....
UMNO kini semakin parah ...
No comments:
Post a Comment