Orang Melayu akan bangsat jika Umno hilang kuasa, kata Najib
Perdana Menteri Najib Razak menyeru ahli2 Umno di Perlis supaya mempertahankan parti kalau tidak ingin menjadi 'bangsat' di tanah sendiri.
Orang Melayu akan bangsat jika Umno hilang kuasa .... Presiden Umno itu berkata oleh yg demikian, anggota Umno wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu.
Iya .... kali ini teman sokong kenyataan Najib ini 1OO peratus. Cuma Najib jangan hanya tahu menyuruh ahli2 Umno untuk memikirkan tentang hal parti, beliau juga harus turut sama memikirkan survival parti. Beliau harus sama2 memikirkan bagaimana untuk mengelakkan orang Melayu dari menjadi bangsat dibumi sendiri.
Najib tentu sudah maklum, orang Melayu, khususnya Umno sudah berpecah disebabkan beliau. Tak kiralah Najib mengaku atau tidak atas tuduhan2 yg dilemparkan terhadapnya. Dan teman yakin, dicincang 12 pun Najib tidak akan mengaku.
Namun jauh disudut hari Najib tentu tahu bahawa orang2 Umno dan Melayu sudah berpecah, ada yg menyokong beliau dan tidak kurang juga ramai yg menentang, disebabkan sudah tidak yakin lagi dengan beliau.
Justeru, Najib harus berbesar hati untuk turun dari tampuk pemerintahan, berilah orang lain pula memimpin Umno dan negara ... orang yg dipercayai olih rakyat banyak, dan orang yg mampu menyatukan kembali ahli2 Umno dan orang2 Melayu.
Tolongah Datuk Sri .... jangan bangsatkan orang Melayu dengan terus memaksakan diri memimpin parti dan negara ...
No comments:
Post a Comment