Monday, 3 August 2015

Kak Ros Boleh Selamatkan Umno.

Sejak menulis tentang dunia politik negara ini, rasanya teman tak pernah lagi menulis pasal Rosmah Mansor kerana bagi teman Rosmah hanya isteri PM , kalau ada cerita2 yg menarik mengenainya pun teman hanya share dari wall2 orang lain. Namun kali ini teman benar2 rasa terpanggil untuk menyampaikan mesej penting ini buat Kak Ros.

Sebagai isteri PM dan First ady Malaysia, Kak Ros adalah cermin dan ikon bagi wanita2 kita. Dan sedikit sebanyak, apa yg dilakukan olih Kak Ros bolih mempengaruhi dunia politik negara juga.

Pepatah ada mengatakan, “Di belakang lelaki sukses pasti ada wanita hebat”. Persoalannya sekarang, hebatkah lagi Najib sebagai PM yg bertanggung-jawab untuk memimpin Umno/BN dalam menerajui parti dan tampuk negara?

Najib bolih berkata ada 3 juta ahli Umno yg masih menyokong beliau, namun berapa peratuskah lagi rakyat yg masih sudi menerima Najib sebagai PM? Adakah beliau benar2 yakin dengan apa yg beliau katakan itu? Atau Najib hanya menyedapkan hati sendiri.

Dalam scenario sekarang teman percaya orang Najib pun tidak berani menjawab soalan tersebut dengan jujur, melainkan dia sudah lama tidak bertemu orang ramai atau gagal bersambung dengan dunia maya.

Jangan ditanya orang Tun Mahathir yg digelar protun itu, kerana rata2 mereka memang tidak yakin lagi dengan Najib, dan mereka memang tidak berkenankan Rosmah. Namun teman juga tidak yakin, pada kemungkinan mereka2 itu sanggup menukar isteri apabila timbul masalah.

Apa yg nyata, sebahagian dari mereka2 ini jugalah yg terlibat mendesak Tun Mahathir dan Paklah meletak jawatan dulu.

Sejujurnya teman sendiri merasakan usia jawatan PM yg ada pada Najib sudah hampir tamat. Apatah lagi melihat beberapa muka lama yg telah direkodkan oleh rakyat sebagai hampas dimasukkan semula dalam kabinet baru Najib.

Ada rakan bagitau teman kabinet kayu. Teman jawab, kalau kayu jati, baguslah. Teman berharap yg dimaksudkan beliau ialah kabinet dapur yg ada di rumah Najib.

Walau pun rombakan kabinet sudah dilakukan Najib, teman tidak nampak ada faktor "wow" disitu, yg dapat memberi gambaran bahawa Umno dan BN sudah kembali kuat. Yg baru dibawa masuk pun sudah diketahui sebagai muka2 yg kuat membodek dan yesman, sekali-gus sebagai isyarat yg Najib hanya mahu memperkukuhkan diri sendiri, bukan bagi memperkuatkan Umno/BN.

Jadi teman tidak nampak, dimana faktor yg bolih membuatkan rakyat dan penyokong akan menyukai dan kembali menyokong Umno/BN.

Cuma ada seorang manusia yg boleh memujuk dan mendapatkan kembali simpati rakyat. Itu pun jika beliau sanggup.

Siapakah orang itu?

Tun Mahathir? Bukan .... Tun M sudahpun memberi peluang pada Najib untuk menjadi PM maka rakyat sudah sukar untuk mempercayai Tun jika pun beliau kembali bersetuju Najib kekal sebagai PM lagi.

Jika Tun mampu menentukan siapa boleh jadi PM maka mudah sangatlah. Suruh sahaja Tun sebut nama seseorang, selesai masalah. Tak perlu susah hati dengan PRU-14 nanti.

Namun proses untuk mengangkat seseorang sebagai PM bukan mudah. Tun M bukan penentu sebaliknya beliau cuma menyampaikan kehendak majoriti rakyat. Kalau tak mahu dengar, terimalah keputusan sebenar daripada rakyat nanti. Masalahnya sekarang, kalau rakyat nak buang PM mereka terpaksa buang dengan UMNO dan BN sekali

Jadi, siapa orang hebat itu?

Najib kenal sangat orang itu cuma mungkin Najib kadang2 keliru kenapa Allah menciptakan wanita itu untuk berada di sisi beliau. Orang itu ialah Rosmah Mansur.

Teman bukan nak tuduh Kak Ros buat macam2 seperti yg disebar dalam media sosial. Teman juga tidak setuju apabila Tun mempersoalkan cincin Kak Ros.

Teman cuma mahu Kak Ros kembali menjadi isteri yg solehah, model isteri contoh yg bolih diteladani olih wanita2 kita, bukan isteri yg mahu jadi model fesyen. Soal solat, zakat, dan sebagainya teman tidak nampak tetapi secara zahirnya yg terlihat ialah beliau masih belum menutup aurat sepenuhnya.

Penting sangatkah bertudung? Teman bukan ahli hukum, tetapi sebagai penulis dan pemerhati blog2 politik, itulah kehendak pengundi muslim. Soal Kak Ros dengan Allah, itu masalah dia.

Selepas lengkap menutup aurat, Kak Ros perlu bersemuka dengan rakyat. Buat kenyataan bersama suami bahawa beliau meminta maaf jika terdapat sebarang kesilapan beliau sebelum ini.

Mungkin Kak Ros bukan betul2 bersalah, namun demi kelangsungan politik suami, demi mengekalkan kedudukan sendiri selaku isteri PM, apa salahnya mohon maaf. Biar rakyat sejuk sedikit. Dan apa yg lebih penting ialah, bagi menarek kembali sokongan para penyokong yg semakin hari semakin ramai yg dah mula menjauhkan diri dari Umno.

Tindakan yg perlu dilakukan oleh Kak Ros ialah berusaha untuk menjadi isteri solehah. Tugas isteri solehah bukannya bekerja bersama suami seolah2 memegang suatu potfolio khas negara.

Tugas dan tanggung jawab PM sangat banyak. Isteri solehah perlu pastikan suami dalam keadaan selesa dan elakkan dari menimbulkan masalah. Teman kata: elak ... 'buat' lagi lah tak boleh.

Suami Kak Rosmah bukan orang biasa. Beliau adalah ketua pentadbir sebuah negara yg agama rasminya adalah Islam. Beliau penasihat utama kepada Yang Dipertuan Agong yg menjadi Ketua Negara. Kak Ros jangan keliru pula dengan jawatan itu.

Mulakan dengan memakai tudung, pada penglihatan mata lelaki teman pun, Kak Ros memang kelihatan lebih cantik bila bertudung, nampak lebih ayu dan redup gitu. Lagipun bolih save duit Kak Ros, tak payah susah-susah nak selalu set rambut bagai.

Teman percaya jika Kak Ros sanggup melakukan perkara ini, rakyat akan simpati dan pembangkang akan hilang separuh isu. Selebihnya kita fikirkan penyelesaiannya sama2 kemudian nanti.

No comments:

Post a Comment