Penganjur Bersih, Maria Chin Abdullah menegaskan himpunan Bersih 4.0 tidak melanggar mana-mana akta mengikut perundangan negara.
"Adalah tidak adil mengatakan bahawa himpunan Bersih 4.0
yang dianjurkan oleh pihaknya haram dan menyalahi undang-undang," katanya lagi.
"Apa undang-undang yang kita langgar? Saya pun tidak tahu kerana dalam perlembagaan kita ada hak untuk berkumpul," katanya kepada media ketika ditemui di pentas himpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka.
Inilah alasan cetek yang seringkali diberikan oleh penganjur demonstrasi jalanan. Mereka akan menggunakan hujah Perlembagaan Artikel 10 yang menyatakan kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Mereka juga akan menggunakan hujah Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Apa undang-undang yang kita langgar? Saya pun tidak tahu kerana dalam perlembagaan kita ada hak untuk berkumpul," katanya kepada media ketika ditemui di pentas himpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka.
Inilah alasan cetek yang seringkali diberikan oleh penganjur demonstrasi jalanan. Mereka akan menggunakan hujah Perlembagaan Artikel 10 yang menyatakan kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Mereka juga akan menggunakan hujah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Mereka sekadar bercakap sekerat tetapi menyembunyikan hampir
keseluruhan isi kandungan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan Akta
Perhimpunan Aman 2012.
Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan:
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.
(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);
(a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
(c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.
(2) Parlimen boleh dengan undang - undang menggunakan:
(a) Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;
(b) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;
(c) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasa (2) (a) , Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
Pada bahagian mana yang Maria Chin tidak faham penganjuran anarkismenya itu telah melanggar banyak peraturan dan undang-undang negara, khususnya Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang digunakan sebagai hujahnya?
No comments:
Post a Comment