Saturday, 1 August 2015

Bila Melayu Mahu Bersatu?

Umat Melayu di Malaysia yg terdiri daripada Bugis, Jawa, Bajau, Minang, Rawa, Melayu Johor, Melayu Kedah, Melayu Pulau Pinang, Melayu Perak, Melayu Selangor, Melayu Negeri Sembilan, Melayu Melaka, Melayu Pahang, Melayu Terengganu, Melayu Kelantan, Melayu Sabah dan Melayu Sarawak, semua sedang dalam ambang perselisihan pendapat.

Melayu di Malaysia sesungguhnya sedang berdepan situasi perpecahan. Susah sangat sekarang untuk melihat orang Melayu bersatu. Kita tahu di mana puncanya, jadi carilah jalan untuk bersatu.

Bersatu bukan bermakna kita perlu masuk parti politik. Sebab yang menentukan kerajaan pimpinan orang Melayu bukan ahli parti, tetapi pengundi. Pengundi Melayu memang banyak, tapi apalah makna banyak kalau mahu membentuk kerajaan yg benar2 berkuasa pun nampak terlalu sukar sekarang.

Bukan kita tidak tahu yg Melayu sekarang berdepan situasi perpecahan sehingga yg kita dikatakan suara majoriti tiada berkesan lagi apabila suara kaum minoriti pula menjadi kuasa penentu.

Bagaimana para pengundi Melayu hendak memilih pemimpin Melayu, kalau yg diketengahkan sebagai calon wakil rakyat itu tidak amanah, kaki ampu, tidak berwibawa dan dikelilingi dengan fitnah. Akhirnya ke mana undi Melayu kalau tidak dibuang kepada pihak bukan Melayu.

Sekarang kita lihat golongan profesional Melayu dan generasi muda baik lelaki mahupun perempuan sudah berhijrah menyokong DAP yg kita tahu hala tuju parti tersebut.

Kita percaya majoriti orang Melayu yang tidak menyertai mana2 parti politik, sedang memerhatikan dengan pertanyaan – apa nak jadi pada Malaysia?

Kenapalah pemimpin parti Melayu tidak sudah2 bercakaran sesama satu agama, dan satu bangsa? Orang bukan Melayu tersenyum dan gelakkan gelagat pemimpin Melayu. Kalau pemimpin dah bercakaran, bagaimana mahu melihat rakyat bawahan bersatu? Bukankah ada pepatah mengatakan, bila bapak kencing berdiri, anak akan kencing berlari.

Wahai pemimpin Melayu, ingatlah perjuangan bangsa kita belum selesai. Orang bukan Melayu terutama kaum Cina sedang merancang strategi untuk ambil alih kuasa pemerintahan negara ini. Keturunan kaum yg dahulu datang sebagai buruh lombong bijih timah itu telah menguasai banyak bidang ekonomi dan sektor pekerjaan utama.

Banyak kenyataan pemimpin Melayu yg bimbang akan kebangkitan kaum Cina untuk mengambil peluang daripada kemelut parti politik dan pemimpin Melayu dan tunggu masa mengambil alih kuasa kerajaan. Tak perlu penjelasan panjang, orang politik pasti tahu hal ini.

Selepas Pas - parti politik Melayu kedua terbesar menerima tekanan daripada DAP, PKR dan kumpulan Gerakan Harapan Baharu, kini UMNO pula terkena musibah. Bila parti2 politik di negara ini baik Melayu, Cina, India dan kaum2 lain hendak aman?

Wahai orang pemimpin Melayu, apakah kamu masih tidak sedar atau peduli kesan daripada pertelingkahan kamu – baik sesama dalam parti mahupun parti lawan. Kesan dan akibatnya amat besar.

Walaupun kerap diperkatakan, masalah perpecahan orang Melayu masih belum berjaya diselesaikan kerana tiada tindakan berkesan yg diambil.

Kasihan kepada golongan Melayu bawahan yg menjadi kelompok terbesar rakyat negara ini. Ke mana mereka mahu meminta bantuan kalau bukan lagi Melayu yg memerintah negara ini?

Kalau kita takut perkara buruk berlaku kepada umat Melayu, maka bersatulah supaya negara ini tidak jatuh ke tangan orang lain.

Pilihan Raya Umum ke-14 yg menjadi penentu pihak mana yg menguasai kerajaan boleh berlangsung beberapa bulan atau kira2 dua tahun lebih sahaja lagi. Bayang2 orang Melayu dalam perpecahan sudah lama wujud.

Sebab itu kita perlu segera menutup "lubang-lubang" perpecahan itu. Bahaya jika dibiarkan lubang itu terus membesar.

Pemimpin UMNO, Pas dan badan bukan kerajaan Melayu kena duduk berbincang. UMNO dan Pas bersama2 parti dari Sabah dan Sarawak perlu mewujudkan kerjasama untuk mencapai sebuah negara yg aman, bersatu padu dan maju. Paling penting sediakanlah pemimpin yg jujur, bersih dan berintegriti tinggi.

Sebenarnya umat Melayu sudah muak. Pelbagai pihak termasuk pemimpin dan bekas pemimpin hanya bercakap mengenai perpecahan, namun tidak mencadangkan penyelesaian.

Umat Melayu kena bersatu. Lupakan sementara perbezaan fahaman politik. Tetapi siapa yg hendak kita harapkan sebagai penyatu?

Situasi sekarang pula, baik UMNO dan Pas masing2 berdepan masalah dalaman yg cukup hebat. Bilakah semua ini akan selesai? Apa yg pasti, yg menang akan jadi arang, yg kalah akan jadi abu.

No comments:

Post a Comment