Politik Malaysia sudah gila. Masyarakat kini jadi semakin celaru sebab terlampau banyak berpolitik. Malaysia mungkin tidak pernah mengalami politik sebegini sebelum ini. Apabila mereka jadi celaru, masyarakat akan berbalik kepada asas iaitu lokaliti, siapa yang mewakili mereka, calon dan parti yg memperjuangkan kawasan masing2.
Malaysia patut melalui penjajaran semula politik. UMNO cakap PR berpecah, PR kata UMNO dah nazak, PAS pula cakap PR pengsan. Politik Malaysia benar2 dah jadi caca-marba.
Politik negara dah jadi semakin personal. Ini termasuk didalam UMNO sendiri. Apabila isu jadi semakin bersifat peribadi, lebih baik ia diselesaikan secara tertutup. Jangan dibawa rakyat sama berpolitik sepanjang tahun.
Isu2 penting perlu diselesaikan dengan segera untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO. Dalam keadaan berkecamuk seperti sekarang, rakyat kini semakin keliru. Yg benar dianggap salah, dan yg salah dilihat benar.
Penjelasan mengenai 1MDB sudah kelihatan semakin mengarut. UMNO seharusnya tidak terlalu leka berpolitik sehingga mengabaikan asas perjuangan mereka terutama dalam menjaga kedudukan orang Melayu.
Situasi politik yg melibatkan Umno ketika ini dilihat cukup merunsingkan orang Melayu yg selama ini amat bergantung harap kepada parti itu untuk membela masa depan generasi mereka.
Sebagai sebuah parti yg ditubuhkan atas dasar kesedaran nenek moyang untuk memartabatkan semula bangsa akibat kesan penjajahan, Umno tidak harus menjadi sebuah parti yg bersifat eksklusif, yg hanya berkisar individu atau kelompok tertentu semata2 walaupun mereka yg terlibat itu mendakwa mendapat sokongan tiga juta ahli parti itu di seluruh negara.
Sebaliknya Umno harus memberi lebih perhatian dalam mendepani soal kepentingan rakyat sama ada di bandar, luar bandar tanpa mengira latar belakang pendapatan khususnya orang Melayu lebih2 lagi dengan keadaan peningkatan kos serta taraf hidup yg semakin mencabar ketika ini.
UMNO sebagai parti pemerintah seharusnya merasa bimbang, bila rakyat kini sudah membuat persepsi bahawa permasalahan itu disebabkan olih UMNO sendiri terutama berkaitan isu GST, harga minyak dan kejatuhan nilai ringgit. Kerajaan seharusnya kurang berpolitik dan lebih banyak menumpukan pada menangani permasalahan2 tersebut.
Secara jelas rakyat di negara ini khususnya orang Melayu dari segi bilangannya adalah melebihi daripada ahli Umno itu sendiri dan jumlah itu lah nanti yg akan menentukan jatuh bangunnya Umno.
UMNO wujud atas dasar untuk memastikan hak dan kepentingan orang Melayu dapat ditegakkan seperti yg termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. UMNO secara dasarnya bertanggungjawab dan diamanahkan bagi memastikan hak dan kepentingan kaum Bumiputera di negara ini dapat dibela selain tidak wujud lompang dalam usaha untuk memartabatkan kaum Bumiputera secara keseluruhannya.
Oleh itu UMNO tidak harus menjadikan percaturan politik dalaman sebagai tumpuan utama mereka sebaliknya percaturan itu adalah lebih baik ditumpukan kepada bagaimana untuk memastikan rakyat khususnya orang Melayu dan negara mendapat manfaat di bawah pentadbiran parti itu menerusi kerjasama Barisan Nasional.
Ingatlah peribahasa Melayu, 'kalah jadi abu, menang jadi arang' yg mana hakikatnya tiada siapa yg untung bila kita berbalah sesama sendiri. Ketahuilah, rakyat termasuk ahli2 UMNO sendiri sedang memerhatikan kepimpinan UMNO dalam mengendalikan parti dan politik negara.
Ingat juga kuasa ditangan mereka, jangan sampai UMNO dicampakkan kelongkang nanti disebabkan kerakusan para pemimpin UMNO sendiri dalam berpolitik.
No comments:
Post a Comment