Gagap Politik (GAPO), itulah ayat yg sesuai untuk mendiskripsikan bangsa Melayu kita dalam berpolitik. Gaya dan pola politik Melayu masakini begitu celaru dan tidak menunjukkan satu kematangan selaras dengan usia demokrasi diMalaysia. Ini kerana orang Melayu yg hakikatnya telah terpecah kepada dua kelompok besar parti politik (satu kerajaan dan satu pembangkang) telah saling bercakaran tidak kira musim, tempat dan subjek.
Titik persamaan yg boleh menjamin manfaat bersama nampaknya semakin kabur dan luntur dalam lautan api permusuhan, dendam dan hasad dengki yg semakin marak. Cara menyerang lawan begitu aggresif hingga boleh meletakkan situasi pada keadaan ‘kalah jadi abu, menang jadi arang.‘
Pertembungan bukan sahaja berlaku di musim pilihanraya tetapi terus berlaku pada setiap masa dan ketika. Pihak yg kalah, seolah2 tidak boleh menerima hakikat dan terus menjolok yg di atas. Manakala pihak yg menang pula, masih tidak puas hati dan terus menghenyak yg di bawah.
Rasanya tidak salah untuk melihat beza gaya politik kita dengan gaya berpolitik di Amerika misalnya. Biasanya apabila terjadi pertandingan merebut jawatan presiden, calon2 yg bertanding akan begitu agresif berkempen. Dan apabila keputusan diterima tidak begitu memuaskan hati (merujuk kepada kes Al Gore dan George W. Bush dalam pilihanraya Amerika suatu ketika dulu) mereka merujuk kes itu ke mahkamah.
Namun setelah mahkamah memutuskan yg Bush adalah pemenang mutlak, Al Gore menerimanya dan bekata, “Bush adalah presiden saya dan rakyat Amerika seluruhnya.” Dan selepas itu serang menyerang tidak berlaku lagi.
Rakyat tidak kira anggota Parti Demokrat ataupun Republikan akan terus berkerja membina negara dengan polisi dan prinsip yg dibuat oleh parti Republikan yg telah diamanahkan membentuk kerajaan. Masing2 berfikir dan bertindak bagaimana hendak memaksimakan keuntungan rakyat dan keutuhan negara sepanjang tempoh pemerintahan Republikan.
Jika adapun kritikan tetapi ia disuarakan secara matang di meja perundingan yg melibatkan wakil2 yg wibawa dan kompeten. Ia tidak melibatkan seluruh rakyat, di seluruh tempat dan di semua perkara.
Maksudnya, pegawai kerajaan, ahli ekonomi, para profesional, ahli akademik, golongan pekerja dan petani tidak sibok ‘berpolitik’ kerana mereka telah memberi tumpuan dan disibokkan oleh tanggung-jawab dan peranan di bidang masing2.
Kerajaan pada ketika itu, lebih berperanan sebagai alat negara secara global bukan lagi sebagai jentera parti secara sempit. Sebagai balasan, kerajaan akan menerima komitmen serta kesetiaan bukan sahaja daripada anggota parti tertentu tetapi dari seluruh rakyat.
Nampaknya kematangan yg sama belum ada di kalangan orang Melayu. Sama ada di pihak manapun sama2 masih kuat terikat dengan kepentingan parti walaupun musim pilihanraya telah berlaku. Akibatnya, yg menang gagal ‘mengisi’ kemenangan manakala yg kalah pula terus menggigit tidak kira masa, tempat dan perkara.
Apa sahaja yg dikatakan ‘putih’ oleh satu pihak, pihak yg sebelah lagi akan berkata ‘hitam’. Dan rakyat seluruhnya turut terheret dalam gaya politik ‘separuh masak’ ini ke jabatan2 kerajaan, syarikat2 swasta, pusat pengajian tinggi, mesjid, sekolah2, kedai2 kopi, kaki lima dan lain2 tempat. Akibatnya, orang Melayu berpolitik hampir setiap masa, setiap tempat dan setiap perkara.
Malah lebih parah lagi bila keputusan, pertimbangan, penilaian dan pengkajian tidak lagi bersandarkan pada etika sesuatu kerja, disiplin ilmu atau sikap profesional dalam sesuatu bidang tetapi lebih dipengaruhi oleh sentimen politik kepartaian.
Untuk memberi sesuatu jawatan misalnya, perlu diteliti sipulan orang parti mana? Untuk memberi satu tender atau kenaikan pangkat misalnya, terlebih dahulu diselidiki pegangan politik seseorang berbanding kemampuan di bidang2 yg berkenaan. Dan praktik ini nampaknya mula membudaya dalam semua parti yg diterajui oleh orang Melayu.
Budaya negatif ini telah merugikan bangsa Melayu secara khusus dan negara secara umum. Politik kalah-mati yg diamalkan sekarang jika tidak ditangani dengan baik, orang Melayu akan menjadi semakin emosi berbanding rasional dalam menghadapi sesuatu isu peringkat nasional atau antarabangsa. Rasanya, kita adalah satu2nya bangsa yg bersikap begini didunia.
Sikap profesional berdasarkan analisa ilmu dan kepakaran di bidang2 tertentu akan terpinggir secara beransur2 oleh sentimen kepartian yg melampaui batas2 parti politik. Mungkin seorang pentadbir yg cekap dan amanah boleh tersingkir kerana adanya calon lain yg lebih diyakini pendirian politiknya oleh sesuatu pihak.
Ataupun ada pula pentadbir atau pengurus yg bertindak bukan atas penilaian ilmu dan etika bidang kepakarannya (walaupun ia memiliki kemampuan itu) dalam jabatan, agensi dan unit yg diterajuinya.
Bayangkan apa akan jadi jika sesuatu perkara, polisi, isu atau dasar yg melibatkan kepentingan negara dan rakyat seluruhnya telah disorot oleh seorang pentadbir, pengurus atau pengerusi melalui kacamata pemikiran dan jiwa yang lebih dipengaruhi oleh untung-rugi parti yg disokongnya.
Jika sikap yg sama menular ke bidang pendidikan, ekonomi, budaya, sukan dan lain2 maka lama-kelamaan akan berleluasalah penguasaan tenaga kerja yg tidak pakar di semua bidang di semua peringkat sama ada di daerah, negeri dan negara.
Yg dominan nanti ialah tenaga yang hanya ada ketaatan tetapi tidak ada kepakaran, yg dengan ini nanti akan menyebabkan umat Melayu tidak akan menjadi bangsa yg cemerlang.
Ada Tim.Perdana Menteri yg baik, disingkirkan atas nama tidak setia kepada Presiden Parti, ada Menteri yg berkebolihan pun mungkin akan disingkirkan jika melawan arus, ada hakim atau peguam yg berwibawa pun terbelenggu, akan digugurkan juga atas alasan2 yg tidak munasabah. Akhirnya yg tinggal adalah pemimpin2 kaki angguk dan kaki ampu yg hanya cari makan didalam kabinet.
Walaupun ada banyak persatuan tetapi orang Melayu seharusnya punya satu kesatuan. Yg berbeza cuma cara dan kaedah, tetapi prinsip dan matlamat tetap harus sama. Pada waktu tenang, kaedah yg sesuai dengan ketenangan digunakan, tetapi pada waktu tegang, kaedah yg sesuai dengan keadaan itu pula digunakan. Dalam hal ini sekali lagi kematangan bangsa Cina terserlah.
Kecapaian di bidang ekonomi dan akademik oleh bangsa Cina misalnya, sentiasa diiringi oleh tuntutan2 politik yg matang dan kena pada masanya. Sebagai contoh, secara berkesan, kaedah ini telah berjaya menambah ruang dan peluang mereka dalam bidang akademik dengan terbinanya berbagai institusi pengajian tinggi swasta, mengamalkan budaya dan bahasa dengan lebih meluas. Ya, parti politik mereka berbeza, tetapi perbezaan itu lebih bercorak ‘the same differences’.
Cuba lihat kematangan Kesatuan Eropah (EU) dalam bidang politik dan ketenteraan buat menghadapi dunia Islam. Sebaik sahaja WTC diserang mereka terus bersatu dengan Amerika, kononnya untuk memerangi keganasan. Negara2 Eropah juga telah berjaya mengatasi perbezaan pendapat dalam bidang ekonomi apabila rela menggunakan mata wang yg sama untuk menghadapi era ekonomi global yg lebih mencabar. Mereka tidak membesarkan krisis yg ada apabila ada cabaran dari pihak ketiga. Malangnya, kematangan yg sama belum ada dalam senario politik Malaysia.
Kebencian akan membunuh kerasionalan. Kebencian orang Melayu kepada penjajah menyebabkan lahirnya segelintir mereka yg memilih komunis (PKM) sebagai cara berjuang menegakkan keadilan, sedangkan komunis bukanlah ideologi dan parti yg lebih baik daripada penjajah. Ketidakmatangan ini boleh berulang jika bangsa Melayu tidak mempunyai ilmu yg cukup untuk menilai.
Barangkali sudah tiba masanya ujud aliran ketiga dalam senario politik Melayu. Yakni golongan yg boleh dan mampu berpolitik secara matang dan profesional dalam bidang masing2. Mereka yg lebih objektif, rasional dan ‘gentleman’ dalam menghadapi perbezaan pegangan politik.
Namun keprihatinan, kesetiaan, komitmen dan kecintaan mereka terhadap agama, negara dan bangsa tidak diragukan. Aktiviti politik mereka mungkin terhad pada musim pilihan raya sahaja, tetapi sebaik sahaja rakyat membuat keputusan dan pembentukan kerajaan (sama ada pusat atau negeri) telah disahkan oleh perlembagaan, mereka akan berkerja penuh tekun, disiplin dan amanah di sektor2 yg telah dipertanggung-jawabkan.
Jika dasar yg mereka dukung dirasakan tidak sesuai, itu tidak dijadikan alasan untuk ‘mensabotaj’ kerajaan ‘dari dalam’, sebaliknya ditegur dan dibaiki mengikut peruntukan dan peraturan yg sedia ada. Atau jika masih tidak berjaya juga mereka akan ‘berpolitik’ dengan menggunakan kuasa undi yg ada di tangan mereka pada pilihanraya yg akan datang.
Perlu adanya golongan menengah Melayu yg mempunyai pegangan yg mantap dengan Islam di sudut keyakinan dan keimanan (fardu Ain) sekaligus mempunyai kemahiran dan ilmu dalam bidang2 profesional seperti ekonomi, kejuruteraan, kedoktoran, kebudayaan dan lain2 (fardu Kifayah).
Dengan sifat Mukmin mereka mampu memperbaiki keadaan orang Melayu yg sedang diserang oleh pelbagai gejala sosial, jenayah dan keruntuhan akhlak. Manakala dengan kepakaran dan ilmu yg tinggi, mereka mampu menyelesaikan masalah Melayu yg ketinggalan di bidang ekonomi, akademik, teknologi dan sains.
Mereka mungkin mempunyai satu persepsi yg berbeza dengan mengenengahkan satu keyakinan baru, bahawa tidak ada mana2 parti politik pun yg boleh mendakwa survival bangsa Melayu terletak ditangan parti tersebut, tetapi sebalik survival parti tersebutlah yg bergantung kepada orang Melayu.
Parti yg kuat tidak menjamin bangsa yg kuat, kerana perjuangan bangsa, negara dan agama tidak boleh berhenti walau apapun masalah yg melanda parti.
Hakikatnya parti hanyalah satu jalan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah matlamat. Matlamat hanya ada satu, tetapi jalan mencapainya banyak. Bangsa yg bijak tidak akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk menuju matlamatnya !
Idea perlu ujudnya aliran ketiga ini bukanlah untuk lebih memecahkan orang Melayu, tetapi hanya untuk menangani perpecahan yg sedia ada dengan satu cara yg lebih matang, diplomasi dan intelektual.
Malangnya dalam keadaan seperti hari ini, minda kita orang Melayu banyak telah dirosakkan olih cara berpolitik busuk hati dan tamak haloba dalam mengejar kuasa, agenda parti2 politik bukan lagi terfokus kepada idea, perancangan dan program memperkasa umat yg bertaraf tinggi. Sebaliknya lebih pada agenda picisan yg diwarnai oleh mainan kata, sindirian, ejekan, dan sebagainya.
Apa yg kita umat Melayu dapat dari keadaan ‘gapo’ seperti ini? Apakah ini yg dinamakan kematangan berpolitik? Baik pada yg memulakan isu, mahukan pada yg memainkan isu, gejala politik ‘lipstik’ dan ‘kosmetik’ ini seharus tidak dibiarkan mengisi ruang minda dan pemikiran Melayu.
Inilah yg akan menyuburkan budaya taksub sama ada atas jenama agama ataupun bangsa di kalangan orang2 Melayu. Sedangkan apa yg diperbalahkan itu (tidak kira mana pihaknya) belum tentu relevan untuk memajukan bangsa dan agama.
Mungkin itu cuma agenda politik, bukan agenda Melayu apalagi agenda Islam. Bangsa Melayu seharusnya melihat perkara2 besar untuk mendapat manfaat yg besar. Jika tidak, suatu hari nanti kuasa politik pasti akan terlepas dari tangan kita disebabkan kita gagap politik.
Mungkin kita tidak akan dapat menghapuskan perbezaan pandangan, sikap dan worldview tentang banyak perkara di kalangan orang2 Melayu, tetapi kita boleh membina satu kematangan dan keharmonian untuk ‘menguruskan’ perbezaan ini.
Marilah kita sinergikan perbezaan ini menjadi satu ‘perkongsian pintar’ bukan sebagai satu pertentangan. Ingatlah, tidak semestinya setiap perbezaan adalah satu pertentangan !
No comments:
Post a Comment