Tuesday, 25 August 2015

Kot Celah Mana BN/Umno Akan Menang PRU-14 ???

Ini teman bawa matematik tahap budak2 Tadika dan nak tanya penjilat2 Najib yg masih nak mempertahankannya. Apa cara BN nak menang daLam scenario seperti yg ada sekarang ...?

Jumlah Penduduk Malaysia                          -   30 juta.
Jumlah Pengundi PRU-14                            -   13.3 juta.     
Jumlah Ahli UMNO                                        -    3.3 juta.
Jumlah Ahli MCA                                           -       1 juta.
Jumlah Ahli MIC                                            -    600 ribu.
Jumah lain2 parti komponen BN                    -   500 ribu.
JUMLAH KESELURUHAN KOMPONEN  BN    -     5.4 juta.

Bagaimana BN/Umno nak bernafas dalam scenario  -

1. Ahli2 PR yg bersepadu tidak mengundi BN, walau pun Pas berpecah menubuhkan GHB.
2. Ahli2 MCA yg telah diketahui mengikut rekod PRU tidak mengundi BN walau pun selesa jadi biawak hidup berada dalam komponen BN.
3. Ahli MIC yg juga berdendam dengan BN, terutama gang2 Hindraf dan Palanive yg kalah baru2 ini.
4. Ahli UMNO yg diketahui marah dengan PM dan sudah berpecah, terutama ahli2 yg pro Tun Dr. Mahathir, Muhyiddin Yassin dan Safie Apdal. 
5. Dua juta golongan muda yg pertama kali mengundi dalam PRU-14 ini, yg kelihatannya rata2 menyokong PR.

Inilah yg harus difikirkan olih PM Najib dan pengampu2nya itu.
Jangan syok sendiri seperti semasa PRK Permatang Pauh dulu ... dalam keadaan PR dikedudukan paling lemah disebabkan Anwar baru disumbatkan ke penjara ...  dalam keadaan kita mendabik dada kononnya BN lah yg terbaik ... dalam keadaan Wan Azizah santai2 main sepak takraw dan main buaian pun Umno/BN bolih bungkus ....

Jadikanlah ini peajaran yg baik, jangan ambil mudah dan berangan2 Mat Jenin. Nanti sudahnya kita juga yg jadi bangsat ....

No comments:

Post a Comment