Wednesday, 24 June 2015

Siapakah Dan Apakah Yang Membuat Melayu Terus Layu?

Sesekali teman sempat termenung, merenung bagai Mat Jenin dan menginsafi diri sebagai Melayu. Di mana silapnya bangsa aku ini?

 UMNO telah memerintah Malaysia selama lebih 57 tahun, dan masih menangisi bagi mempertahankan (safeguard) hak keistimewaan Melayu, Melayu masih terancam, Melayu hidup di bawah kemiskinan dan Melayu amat sukar bersatu.

Selama lebih 57 tahun UMNO memerintah negara ini, Islam ialah agama rasmi, apa yang telah UMNO lakukan semasa Malaysia, Melayu dan Islam berada di bawah ancaman?

Faktanya ialah:

- Malaysia ada sembilan Sultan dan Raja. Mereka semua Me­layu.

- PM dan TPM, memegang jawatan paling berkuasa di Malaysia adalah Melayu.

- Sejak 1974, Menteri Kewangan adalah Melayu.

- Selain Pulau Pinang, semua KM dan MB adalah Melayu.

- Majoriti Menteri Persekutuan ada­lah Melayu dan Kementerian-kementerian berpengaruh dan penting dikuasai Melayu.

- Daripada 222 Ahli Parlimen, le­bih daripada 50 peratus adalah Melayu.

- Lebih daripada 93 peratus Jabatan-jabatan Kerajaan, dari bawah ke jawatan tertinggi adalah Melayu.

- DEB dirangka untuk orang Melayu.

- Sebanyak 80 peratus kuota Universiti diperuntukkan kepada Melayu.

- Diskaun istimewa untuk pembelian rumah dan saham-saham untuk orang Melayu.

- Pangkat tertinggi dalam polis dan tentera kepada orang Melayu.

- GLC atau syarikat-syarikat milik kerajaan dikuasai Melayu.

Namun, bagaimana Melayu yang menguasai sepenuhnya bidang-bidang penting dinegara kita ini masih terancam, dan sering diancam olih bangsa-bangsa asing.

Bagaimana Melayu kita masih berkedudukan di bawah daripada kaum-kaum minoriti? Adakah ia satu strategi untuk pemerintah terus berkuasa dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam?

Apa sebenarnya berlaku. Adakah orang Melayu ini terlalu “bangang” sehingga mereka terus menerus perlu merayu, menagih, meminta perlindungan untuk terus hidup di bumi bertuah ini.

Adakah kita ini semua masih menjadi bahan ujikaji sosio-politik? Di mana silapnya? Apa lagi kita mahu?

No comments:

Post a Comment