Berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki,
Bila berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.
Buat pertama kalinya dalam hidup, teman benar2 salut kepada Pas dalam ha ini. Cara Pas membersihkan Anwarinas dalam parti adalah lebih demokratik dari cara UMNO yg menggunakan stratiji penyingkiran yg mengakibatkan perpecahan dalam parti.
Walaupun berimejkan militan dan pelampau tetapi Pas dapat melumpuhkan samasekali gulongan ini dengan cara yg lebih berhemah, berdisplin dan bertahluf seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berserakan.
Malah pengakhiran tindakan pembersihan ini berlaku dengan indah sekali apabila seorang demi seorang Anwarinas di berikan peluang berucap. Tidak ada tindakan menghantar polis untuk memberhentikan ucapan sepertimana yg dihadapi Tun Dr.Mahathir dalam forum " Nothing To Hide' baru2 ini.
Seorang mengenang kembali zaman permulaan perjuangannya dalam Pas sambil menangis, seorang lagi mencurahkan perasaan dia disalah mengertikan dan Mat Sabu membawa lagu irama "Selama Tinggal Bungaku" dalam seni kata ciptaannya sendiri yg menyayat hati dalam harapan berjumpa lagi.
Dengan pembersihan ini dari segi logiknya maka buku politik Anwar Ibrahim berada di lambaran terakhirnya dalam keadaan beliau sedang diamankan di Penjara Sungai Buluh dan disamping itu fajar menyingsing pada kerjasama Pas UMNO apabila Presiden Pas Haji Hadi mengistiharkan " UMNO bukan Firaun" dan bertanya " Apa salah bercakap dengan UMNO?" di akhir Muktamar Pas ke 61 itu.
Penyusupan Anwarinas yg berlaku ke dalam Pas adalah sama seperti yg berlaku terhadap UMNO tetapi Pas dapat keluar dari cabaran ini dengan imej mantap dan lebih meyakinkan menerusi proses pengundian berbanding dengan UMNO yg terpaksa bertindak drastik dan keras dalam situasi politik yg berlainan.
Penguasaan hardliner conservative dari Dewan Pemuda hingga kepada Dewan Ulama dengan gandingan Datuk Seri Haji Hadi dan Nik Abduh Nik Aziz, Pas mengemukakan barisan kepimpinan yg ideal, kemas, teguh , bersih dan berdisplin yg akan disegani , digeruni dan dihormati.
Penampilan barisan kepimpinan ini meletakan Pas pada darjat dan moral yg tinggi dalam arena politik tanahair setelah menerima penghinaan dari DAP dan anasir anasir penyokong Anwarinas dalam Pakatan Rakyat.
Jika kepimpinan Pas dengan barisan baru dan semangat baru dapat berperanan dengan bijak memadamkan imej pelampau, ketaksuban dan kekolotan sebaliknya membangunkan imej Nasionalis Islam, maka tidak mustahil orang Melayu akan melihatnya sebagai parti alternatif kepada UMNO untuk menjamin kedaulatan penguasaan negara dalam perkongsian kuasa dengan bukan Melayu dan bukan Islam secara yg lebih terhormat.
Setakat ini Haji Hadi telah pun menyatakan bahawa UMNO tidak sama dengan Firaun tetapi malangnya di bawah pimpinan Datuk Seri Najib, UMNO sekarang lebih terikat dan berpadu di atas kekuatan kewangan dan kebendaan tetapi kekosongan jiwa tanpa roh perjuangan sejati. Kini UMNO semakin jauh dari rakyat dengan semakin menyerlah sebagai parti elitis, feudalistic dan metrialistic.
Imej ini semakin teruk apabila Najib mengistiharkan dirinya bukan dari darah sambarangan yg amat bertentangan dari ajaran Islam yg tidak membezakan manusia dengan darjat, pangkat dan keturunan (sekalipun keturunan Arab) dan kemuliaan disisiNYA hanyalah orang2 yg bertaqwa.
Seorang juruhebah radio terkemuka berkata, dia menangis apabila Mahathir diarah turun dari pentas. Seorang pesara pegawai tertinggi kerajaan memberitahu teman, " Kalau Mahathir dibiarkan bercakap pastinya membawa kesan positif kepada sikap demokratik Najib kerana pentasnya telah diberikan kepada Mahathir.". Najib telah melepaskan peluang keemasan perang saraf yg sangat besar kerana dalam keadaan panik.
Pertanyaan popular sehingga kini, dari peringkat anak muda hinggalah ketua dari rakyat berbagai kaum ialah :Kenapa mereka buat bagitu pada Mahathir, kasihan dia sudah tua, dia pemimpin yg dihormati, orang Malaysia hormat warga tua dan sebagainya.
Simpati pada Mahathir tiba2 memuncak sepantas kilat keseluruh Negara dan menjadi virus atau wabak kemarahan kepada Najib. Tajuk forum" Nothing to Hide" yg sepatutnya berkesan dalam menarik perhatian dan harapan rakyat untuk mendengar keterbukaan Najib, tiba2 makan diri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib bukan sahaja memalukan dirinya sendiri apabila membatalkan kehadirannya di forum terbuka Nothing To Hide itu, tetapi juga melibatkan maruah anggota kabinetnya dan juga kredebiliti kerajaan.
Tidak sewajarnya beliau sebagai Perdana Menteri yg dikelilingi oleh penasihat keselamatan tidak dapat mejangka pekara ini akan berlaku apabila dengan gah beliau mempormosikan "saya bersedia untk mendedahkan segalanya"
Oleh kerana ketidakikhlasan dalam penganjuran ini dan lebih kepada untuk menunjukan keberanian, keterbukaan dan" kebersihan" , maka akibatnya adalah kehilangan kepercayaan rakyat yg amat parah.
Alasan pembatalan itu kerana keselamatan dan atas keputusan polis sendiri dilihat sebagai membodohkan rakyat yg terbukti dari suara rakyat yg meletup menyeluruh menerusi media sosial yg merasa mereka cuba dibodohkan.
Lebih memburukan imej Najib apabila hal ini berlaku sehari selepas beliau mendabik dada sebagai " Pahlawan Bugis" yg gagah berani, yg tidak pernah takut melawan tetapi beliau hilang dari medan perjuangan sebelum peperangan bermula.
Tujuan utama anjuran Forum " Nothing To Hide' adalah perang saraf untuk meyakinkan rakyat tidak ada apa2 yg hendak disembunykian oleh Najib disebalik berbagai prasangka buruk terhadapnya kerana masalah kewangan 1MDB.
Mahathir hadhir untuk mendengar penerangan Najib sebagai orang biasa dan bukannya untuk berdebat, tetapi ternyata bahawa forum ini adalah drama pentas apabila para wartawan tidak dibenarkan masuk dan kehadhiran Mahathir menjadi suatu masalah besar yg menyebabkan akhirnya forum itu terpaksa dibatalkan apabila Mahathir menggantikan Najib untuk memberi penerangan.
Kegagalan Najib menepati janji telah sekali gus menjatuhkan keyakinan rakyat kepadanya kepada taraf paling rendah. Ketulusan, kejujuran dan keikhlasannya dipersoalkan serta merta di seluruh negara.
Impak kepada kejadian ini sangat berat kepada kepada perancangan Najib untuk mengadakan jerayawala (road show) di seluruh negara. Beliau akan berhadapan dengan rakyat yg tidak percaya kepadanya lagi. Beliau telah berbohong kepada mereka mengatakan beliau seorang Wira Bugis, Pahlawan Bugis yg gagah berani.
Perasaan demoralising ini tidak sahaja menekan Najib, tetapi pastinya turut dirasakan oleh seluruh anggota kabinet yg merasakan diri mereka sudah tiada integriti kerana mereka berada di bawah pimpinan seorang pemimpin yg telah hilang kepercayaan rakyat.
Tidak pernah dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri di malukan sebegini rupa. Juga tidak dijangka, seorang mantan Perdana Menteri yg amat dihormati akan dimalukan bila ucapannya dihentikan. Jelas sekali, Umno telah memalukan diri sendiri. Umno harus mula belajar dari Pas, yg nyata jauh lebih matang dan berhemah dalam hal menangani konflik sebegini.
Seluruh anggota kabinet wajib memikirkan apakah langkah yg sewajarnya untuk mereka lakukan bagi menebus maruah kepimpinan negara dan bagi mengembalikan keyakinan dan semangat rakyat sebelum pilihanraya akan datang. Perbuatan menjulang dan membodek Najib sebenarnya tidak akan membawa apa2 makna jika Umno sudah ditolak olih rakyat.

No comments:
Post a Comment