Selepas PRU13, orang Melayu sepatutnya sudah sedar, tapi malangnya
orang Melayu masih leka dengan hiburan dan bertelagah sesama sendiri.
Masih tak nampak mereka akan hilang kuasa malah mungkin terusir jika
kuasa politik hilang dari tangan mereka. Sudahlah orang Melayu tidak
memegang ekonomi. Janganlah pula tanah nenek moyang ini tergadai pula.
Kaum Cina masih merupakan golongan paling aktif mendaftar sebagai pengundi apabila lebih 30 peratus daripada kalangan mereka yang berumur 21 tahun ke atas telah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun komposisi kaum itu di Malaysia hanya 23 peratus.
Kaum Melayu dan bumiputera pula adalah yang paling sedikit mendaftar iaitu tidak sampai 50 peratus meskipun komposisi kaum itu sebanyak 67 peratus.
Bagi kaum India pula, jumlah yang mendaftar adalah tujuh peratus daripada komposisi kaum itu sebanyak tujuh peratus di negara ini jadi maksudnya, kaum Melayu dan bumiputera adalah yang paling sedikit mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi.
Kerajaan tidak akan melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik kepada setiap rakyat Malaysia yang mencecah umur 21 tahun kerana pelaksanaan sistem itu melanggar peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan justeru, jika mahu dilaksanakan, beberapa pindaan terhadap undang-undang berkaitan perlu dibuat.
Bagaimana pula sekiranya kaum lain tiba2 menjadi majoriti pengundi? Ini boleh berlaku sekiranya jumlah kelahiran meningkat. Mereka sentiasa bersatu dan seandainya wakil mereka yang menang pada setiap kerusi yang dipertandingkan, maka di mana pula kita? Adakah Perlembagaan dapat menolong kita? Adakah Perlembagaan ini tidak dapat ditukar?
Tidak mustahil mereka akan memenuhi Parlimen kita. Ketika itu, siapa yang akan mempertahankan hak kita? Begitu juga siapakah yang akan mempertahankan Raja2 kita dan tidak mustahil sekiranya negara kita menjadi sebuah republik? Di kala itu, siapa pula Perdana Menteri, timbalan menteri serta menteri? Adakah di dalam Perlembagaan kita tertulis bahawa wakil Parlimen perlu 50 peratus daripada wakil rakyat orang Melayu? Bagaimana orang Melayu boleh ada di Parlimen seandainya semua calon kita kalah? Atau apa yang akan terjadi sekiranya wakil kita adalah cuma minoriti dalam Parlimen?
Sekurang2nya lihat saja jiran kita Singapura. Di mana orang2 Melayunya? Kesemua perkara di atas tidak mustahil boleh berlaku 50 tahun lagi. Saya teringat saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar Malaysia mencapai 70 juta penduduk. Sahutlah seruan ini wahai orang Melayu. Kita hanya tinggal kuasa. Lahirkanlah kuasa2 ini.
Jangan kuasa ini pun hilang kerana persengketaan kita. Hayatilah kembali lagu Warisan. Nyanyikanlah setiap hari agar semangat kekitaan akan kembali subur. Selama ini, orang Melayu sentiasa diajar supaya sama2 bersatu dengan kaum lain dan bertolak-ansur dengan mereka. Saranan ini nampaknya amat berjaya sehingga kita lupa yang semangat kekitaan juga amat penting untuk survival bangsa Melayu sendiri.
Ingatlah demokrasi juga bermaksud siapa yang banyak akan menang. Kalau kita kuat dan gagah tetapi tak ramai, masih tak boleh menang. Sekiranya di pihak lagi satu, mereka mempunyai ramai penyokong walaupun semuanya berpenyakit dan uzur, mereka tetap boleh menang. Jadi, berhentilah bersengketa. Terimalah maksud peribahasa, menang sorak kampung tergadai.
Lama juga tidak kedengaran slogan, Bersatu teguh bercerai roboh. Ingatlah proses pelupusan kuasa dan hak bangsa Melayu sedang berlaku dan akan terus berlaku. Kuasa dan hak kita tidak semakin bertambah.
Takkan sejarah Melayu hilang di dunia. Tidak mustahil suatu masa nanti sejarah bangsa kita yang hancur akan menjadi satu subjek dalam mata pelajaran sejarah dunia, menjadi kajian dan pengajaran.
Jangan salahkan orang lain dan kaum lain seandainya perkara2 di atas berlaku. Kita perlu bertanggung-jawab. Kalau kita dah hilang kuasa nanti .... ketika itu amuk Jebat pun tidak berguna lagi ...

No comments:
Post a Comment