Friday, 12 June 2015

Melayu Menongkah Arus Produk Umno Sendiri

Ada pihak mengambil jalan mudah mengatakan UMNO telah gagal meneruskan misinya. Natijahnya, jika suatu ketika dahulu, UMNO cukup dekat dihati orang Melayu, kini, ia seolah2 menjadi sebaliknya.

Slogan `UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO’ makin berkubur. Di sebalik apa yang berlaku, kita sebenarnya terlepas pandang untuk mengenali siapa kelompok mereka ini. Ironinya, mereka juga adalah produk yang terhasil melalui dasar2 UMNO. Cuma bezanya, kumpulan ini tidak pandai untuk bersyukur.

Kebanyakan mereka ini pula tinggal di bandar2 termasuk generasi muda yang kurang memahami istilah keperitan hidup seperti dilalui nenek moyang mereka. Sedangkan masyarakat kampung masih merupakan kelompok terbesar sebagai penyokong setia kepada parti Melayu yang disifatkan keramat ini.

Mungkin dalam benak pemikiran anak2 muda ini, `melawan arus’ adalah suatu tindakan murni. Mereka bangga melakukannya. Namun, tidak memahami apakah makna sebenar perjuangan dalam konteks sebuah negara bangsa itu sendiri.

Apapun, jika benar UMNO gagal, siapakah yang kita patut harapkan untuk menentukan nasib orang Melayu di negara ini?

Mengambil contoh negeri2 yang dikuasai pembangkang ketika ini – Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, apakah ada jaminan untuk orang Melayu mampu mencipta ketamadunan bangsa yang lebih disegani di persada dunia?

Janji-janji pembangkang memang lunak didengar. Seolah2 semua perkara boleh dilakukan dengan mudah. Lantas, mengaitkan pilihan raya umum akan datang dengan harapan rakyat umpama – menanti cahaya di hujung terowong.

Hina sangatkah Melayu ketika di bawah pentadbiran UMNO dan BN ? Jika tanggapan ini benar, mana mungkin di universiti-universiti tempatan masih dipenuhi dengan anak2 Melayu. Ironinya, anak2 Melayu ini pula kebanyakannya adalah berasal dari negeri yang ditadbir pembangkang – Kelantan!

Melihat nasib orang Melayu di keempat-empat negeri tersebut pula, wajarkah kita meletakkan harapan setinggi gunung? Dibimbangi ialah pepatah lama `yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran’ akhirnya menjadi kenyataan.

Pulau Pinang semakin pesat membangun, tetapi untuk siapakah sebenarnya pembangunan tersebut? Di manakah kedudukan orang Melayu Pulau Pinang kini?

Keadaan yang sama juga berlaku di Selangor. Hinggakan di mana sahaja ada kawasan lapang walaupun sebelum ini disediakan untuk tujuan rekreasi, terpaksa dikorbankan kononnya atas nama kemajuan. Kepentingan rakyat telah diketepikan demi memenuhi tuntutan syarikat2 besar dan kaya-raya.

No comments:

Post a Comment