Ramai yg ternganga depan tv1 dengar temberang
Husni pasal Jho Low (bapa ekonomi moden) dan sokong meriah autar stastik
perbelanjaan Arul Kanda ...
Sebenarnya 1MDB tu apa ... dan bila masanya
rakyat dapat merasai faedahnya ...?
Apa perlu kerajaan hutang giler mabuk todi
sehingga tak cukup culculator untuk mengira ....?
Kalau untungnya 20 tahun lagi, apa logiknya PM
lancarkan 1MDB .... sedangkan ramai yg teribat pun mungkin sudah tiada masa
itu.
Atau sebenarnya ada agenda lain ... nak pinjam
pakai atau buat rolling layan nafsu perbelanjaan pihak2 tertentu.
Kalau itu pun bukan, bermakna PM memang tak
tahu berniaga ... pergilah belajar dengan Che Det bagaimana bangunkan.negara
dengan meninggalkan ribuan legasi tanpa perlu bisnes kong kali kong buluh
kasap, modal hangus untung lesap.
Apa
barang berniaga ... asyik bayar komisen dan caj perkhidmatan hingga boleh sara
7 keturunan.
Apa barang berniaga ... semua duit hanya angka
dan tulisan di kertas A4.
Adakah
orang2 yg terlibat dengan 1MDB peduli bahawa jangkitan sistemik 1MDB semakin
teruk? Najib buat2 tidak tahu, manakala Gabenor Bank Negara pun diam membisu.
Contohnya ... kesan sistemik 1MDB jejas TNB
dengan teruk. Pelabur mula hilang keyakinan. Atas cakap2 Najib akan paksa
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli aset penjanaan 1MDB, harga saham TNB
merudum di Bursa Malaysia.
Mengikut laporan akhbar kawalan MCA, The Star
harga saham TNB jatuh RM1.06 sejak 18 Mei lalu. Ini bermakna modal pasaran TNB
jatuh RM6 bilion dalam masa seminggu.
Dan apa yg sudah jadi dengan Felda Global
Ventures (FGV), periuk nasi peneroka Felda, yg riuh-rendah disenaraikan pada
bulan Jun, 2012 sebagai persediaan pilihan raya umum 2013?
Harga tawaran awam permulaannya (IPO) RM4.55.
Yg dapat beli saham, termasuk peneroka, sangat gembira. Tapi semalam harga
saham FGV di Bursa Malaysia hanya tinggal RM2.02 – tidak sampai separuh.
Sesiapa yang masih pegang rugi RM2.53 sesaham. Adakah Mohd Isa Abdul Samad
peduli?
Alasan Felda Global Ventures Holdings Berhad
(FGVH) berkenaan kejatuhan harga saham disebabkan banjir adalah tidak masuk akal.
Banjir besar melanda hanyalah di Kelantan yg tidak memiliki banyak ladang
kelapa sawit, sedangkan ladang terbesar mereka kebanyakannya terletak di Pahang
dan Sabah.
Kejatuhan harga memberikan kesan kepada 94,000
peneroka yg membeli saham FGVH dan kini membayar RM50 sebulan bagi pinjaman
dilakukan untuk mereka membeli saham2 tersebut.
Kejatuhan harga saham itu turut memberikan pengurangan
pendapatan kepada 113,000 peneroka yg merupakan ahli Koperasi Permodalan Felda
(KPF), menyaksikan mereka melabur sebanyak RM800 juta dalam FGVH tahun lalu.
Ia selepas KPF bersetuju untuk menjual 51%
pegangan saham dalam Felda Holdings Berhad (FHB), pengeluar minyak mentah
terbesar (CPO) kepada FGVH.
80% kekuatan KPF datang daripada pegangan dalam
FHB yang mana membenarkan koperasi membayar dividen antara 15% hingga 16%
setahun, antara yang tertinggi dalam dunia koperasi.
KPF mempunyai RM2.7 bilion dalam pegangan ahli.
Ia antara 20 koperasi terkemuka di dunia.
Saham FGVH jatuh kepada RM1.92 pada 28 Mei,
paling rendah sejak syarikat itu menyertai pasaran saham pada Jun 2012.
Dilaporkan ketika penyenaraian, sahamnya
didagangkan pada kadar RM4.45 setiap unit, kedua terbesar di dunia selepas
Facebook.
Mohd Najib pasarkan aset peneroka Felda. Kini pelabur
bukan sahaja tidak percaya lagi kepada Najib malah mereka mula menarik keluar
modal mereka dari Bursa Malaysia.
Lupakan Idris Jala kerana bagi beliau semuanya
boleh dihujahkan sebagai sempurna asalkan beliau dan Pamandu dapat nama. Tapi
tak kan pak2 menteri yg faham ekonomi dan pasaran macam Mustapa Mohamed, Ahmad
Husni Hazadlah dan Abdul Wahid Omar pun dok diam membisu dilanda sindrom koro?
No comments:
Post a Comment