Friday, 26 June 2015
Halatuju Ringgit Selepas Ini
Tiada kerajaan di dunia ini yang mampu untuk mengekang matawang mereka dari jatuh mahupun naik. Ini adalah kerana sistem matawang yang sedia ada kini membenarkan matawang itu diperniagakan seperti mana-mana bahan komoditi iaitu logam dan beras walhal apa yang diniagakan hanyalah kertas semata-mata yang tiada unsur komoditi.
Sistem ini tidak wujud semasa matawang kertas itu bersandarkan emas juga semasa zaman matawang emas Dinar digunapakai. Banyak sebab boleh menjadi pendorong kepada kejatuhan Ringgit. Ada yang negatif dan ada juga yang positif.
Kejatuhan Ringgit ada juga baiknya sekiranya ini diperlukan untuk menambaikkan kompetitif ekspot negara. Akan tetapi, bagi negara yang sedang membangun, matawang yang lemah boleh menterhadkan pembangunan kerana tidak mampu mengimpot barangan serta servis dari luar negara kerana kos yang meningkat akibat kejatuhan nilai matawang tempatan.
Masalah utama kini adalah, selagi matawang kertas itu digunapakai, mana-mana negara di dunia ini pun tidak akan mampu mengawal jatuh atau naiknya matawang mereka. Ini adalah kerana penjual dan pembeli matawang boleh bertindak diluar kawalan pihak kerajaan. Ini juga bermakna walaupun ekonomi sesebuah Negara itu kukuh, matawangnya tidak semestinya kukuh.
Akan tetapi, dari sudut asas ekonomi, memastikan pegurusan ekonomi sesebuah negara itu penting untuk memastikan matawangnya kukuh.
Masalah yang ketara kini adalah oleh kerana harga minyak jatuh mendadak, maka keyakinan pada Ringgit telah jatuh lalu dijual sehingga nilainya jatuh rendah. Pelabur matawang memandangkan pendapatan Negara akan berkurangan akibat kejatuhan harga minyak. Jadi, walaupun ekonomi sesebuah negara itu kukuh, ia tidak boleh mengawal matawangnya dari diserang.
Dari sudut fundamental, lapuran ekonomi negara mula menunjukkan masalah “Current-Account Surplus” yang semakin merosot iaitu cuma 2.8% dari GDP. Ini menandakan jualan dari expot semakin berkurangan.
Pasaran saham dan bon juga menyaksikan penurunan pulangan yang ketara berbanding dengan pasaran di sekitar Asia Tenggara.
Oleh kerana ramai pelabur luar yang melabur didalam negara kina telah menjual pegangan bon dan saham mereka, maka ini juga menyebabkan kejatuhan Ringgit. Ini ditambah pula dengan peningkatan USD akibat dari pemulihan ekonomi menyumbang juga kepada kejatuhan Ringgit.
Malahan, kerajaan sudah menghadapi “Defisit Fiskal” selama 16 tahun hingga kini dan dengan penurunan harga minyak, ditakuti jurang defisit ini akan melebar lagi.
Kerajaan juga perlu menjelaskan kepada rakyat dalam banyak perkara. Banyak pelaburan negara yang tidak dijawab dengan jujur seperti 1MDB yang menjadi tanda soal yang tiada noktahnya hingga kini.
Kerugian pada Felda, MAS dan beberapa syarikat GLC lain juga boleh menjadi penyebab.
Kesimpulannya, adakah Malaysia akan berjaya didalam menangani masalah kejatuhan Ringgit sepertimana yang berlaku pada tahun 1997-1998?
Segala-galanya bermula kepada keihklasan dan jatidiri pemimpin itu sendiri. Jangan hanya pandai dilaungkan “Malaysia Boleh’ sekiranya kita tiada keyakinan pada diri sendiri.
Juga, jangan kita leka pula untuk memerah otak kerana hanya mahu bertaut pada kepakaran luar! Yang pastinya, Tun Dr. Mahathir telah menunjukkan caranya. Bak kata beliau, Asia untuk Asia dan formula untuk Asia harus dibina oleh orang Asia sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment