Gegak gempita negara ASEAN apabila isu-isu tertunggak selama hampir 20 tahun dapat diselesaikan kononnya secara gentleman antara Hsien Loong dan Najib Razak. Bukan main spin media mengatakan ini adalah titik baru hubungan Malaysia-Singapura yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Dengan Singapura, di zaman Mahathir memang hubungan macam tak
stabil. Kejap macam ini. Kejap macam itu. Masing-masing pertahan agenda
sendiri. Mahathir tekan nak tukar Tambak Johor kepada Jambatan yang
lebih baik, sesuai dengan keadaan semasa, ditolak oleh Singapura.
Kononnya ada perjanjian yang tak boleh dikaji semula. Mesti pertahan.
Soalnya, apakah Singapura ini ikhlas dalam hubungan dengan jiran?
Syarikat yang ditubuhkan M+S Pte Limited diibaratkan macam ikatan baru Loong dan Najib. Takkan terpisah.
Belumpun lama, M+S Pte Limited telah membawa kes Mahkamah Timbang
Tara Antarabangsa (The Permanent Court of Arbitration). Isu? Kos
pembangunan SGD1.4 bilion (pembangunan di Tanjong Pagar, Kranji dan
Woodlands) patut ditanggung oleh siapa? Malaysia? Singapura?
Isu begini pun tak boleh nak selesai sesama sendiri?
Jambatan Bengkok, Scenic atau Apa?
Isu jambatan ini isu strategik. Mahathir fikir jauh melangkaui 2020. Bukan isu kepentingan diri.
Sampai bila Malaysia nak jadi SECOND CHOICE kepada Singapura.
Jangan lupa negara kiasu itu sudah komited meluaskan Pelabuhan Tuas
dengan kos lebih SGD875 juta (kepada syarikat Korea, Daelim
Industrial). Target, TUAS akan handle melebihi 65 juta twentyfoot TEUs.
Dua kali ganda apa yang Singapura uruskan tahun ini.
Apakah RAPID Pengerang/Port Tanjung Pelepas mampu berlawan dengan
TUAS? Singapura yang tak ada hasil LNG pun jadi negara paling kedepan
dalam storage LNG. Apa jadi dengan kita?
Sebenarnya, kita makin lama akan terus tewas dengan game strategik
Singapura. Najib bukanlah PM paling berjaya jika situasi ini tidak
diperbaiki.
Jambatan Bengkok bukan soal ego Mahathir. Tapi kena tanya sejauh mana kita nak kekal jadi feeder kepada Singapura.
Kita bukan main seronok bila dilambung Singapura. Tapi kita tak
tahu sebenarnya mereka jauh lebih advanced dalam perancangan. PEMANDU
kita pun sebenarnya dalam diam bekerja untuk memudahkan Singapura
menjadi negara paling advanced di rantau sebelah sini.
No comments:
Post a Comment