Saturday, 27 June 2015

Antara National Blue Ocean Strategy Dengan Lobang Hidung Strategy

Cara Kerajaan nak jual NBOS ini memang luar biasa. Canggih .... Tak tahu siapa yang jadi konsultan, tapi semuanya nampak hebat pada mata, tapi tak tahulah samada ianya memberikan dividen politik kepada kerajaan.

Setakat ini berapa banyak kerusi Parlimen/DUN yang dimenangi melalui strategi Blue Ocean ini? Guru kepada Blue Ocean Strategy ini adalah Prof Kim

W. Chan Kim is Co-Director of the INSEAD Blue Ocean Strategy Institute and The Boston Consulting Group Bruce D. Henderson Chair Professor of Strategy and International Management at INSEAD, France (the world’s second largest business school). Prior to joining INSEAD, he was a professor at the University of Michigan Business School, USA. He has served as a board member as well as an advisor for a number of multinational corporations in Europe, the U.S. and the Asia Pacific region. He is an advisory member for the European Union and serves as an advisor to several countries. He was born in Korea.

Yang peliknya, Korea Selatan sendiri pun tak pakai Prof Kim ini. Tetapi di Malaysia, Prof Kim ini macam Dewa kepada pemimpin/kakitangan atasan kerajaan.

Hebat. Ada Menteri yang ada kelas khas dengan Prof Kim. Tapi tak ada pun kesan baik kepada pemimpin ini selama ini.

Kalau diikut pada bajet Kementerian Kewangan, tak banyak pun bayaran konsultasi Prof Kim. MBOSI, hanya caj kerajaan RM3.5 juta untuk tahun 2015.

Tapi kalau ikut pelaksanaan, untuk 2015, Strategi Lautan Biru ini memakan belanja hampir RM166 juta. Tahun 2014, belanja hampir RM122 juta.

Apakah nilai politik Blue Ocean Strategy ini? Ada kawasan DUN/Parlimen tumpuan? Atau main belasah sahaja?

Berapa pulak Prof Kim caj setiap Kementerian bila dia datang buat konsultasi?

Atau Prof Kim ini ada kedudukan special dalam kerajaan kita sekarang ini.

Elok, kalau bidang komunikasi – Paul Stadlen.
Bidang pengurusan – Prof Kim
Bidang pengiklanan – Lim Kok Wing

Perghhhh .... Negara maju kita weiiii !!!

Sampai Bila Malaysia Nak Jadi Feeder Kepada Singapura.

Gegak gempita negara ASEAN apabila isu-isu tertunggak selama hampir 20 tahun dapat diselesaikan kononnya secara gentleman antara Hsien Loong dan Najib Razak. Bukan main spin media mengatakan ini adalah titik baru hubungan Malaysia-Singapura yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Dengan Singapura, di zaman Mahathir memang hubungan macam tak stabil. Kejap macam ini. Kejap macam itu. Masing-masing pertahan agenda sendiri. Mahathir tekan nak tukar Tambak Johor kepada Jambatan yang lebih baik, sesuai dengan keadaan semasa, ditolak oleh Singapura.
Kononnya ada perjanjian yang tak boleh dikaji semula. Mesti pertahan.
Soalnya, apakah Singapura ini ikhlas dalam hubungan dengan jiran?
Syarikat yang ditubuhkan M+S Pte Limited diibaratkan macam ikatan baru Loong dan Najib. Takkan terpisah.
Belumpun lama, M+S Pte Limited telah membawa kes Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (The Permanent Court of Arbitration). Isu? Kos pembangunan SGD1.4 bilion (pembangunan di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands) patut ditanggung oleh siapa? Malaysia? Singapura?
Isu begini pun tak boleh nak selesai sesama sendiri?
Jambatan Bengkok, Scenic atau Apa?
Isu jambatan ini isu strategik. Mahathir fikir jauh melangkaui 2020. Bukan isu kepentingan diri.
Sampai bila Malaysia nak jadi SECOND CHOICE kepada Singapura.
Jangan lupa negara kiasu itu sudah komited meluaskan Pelabuhan Tuas dengan kos lebih SGD875 juta (kepada syarikat Korea, Daelim Industrial). Target, TUAS akan handle melebihi 65 juta twentyfoot TEUs. Dua kali ganda apa yang Singapura uruskan tahun ini.
Apakah RAPID Pengerang/Port Tanjung Pelepas mampu berlawan dengan TUAS? Singapura yang tak ada hasil LNG pun jadi negara paling kedepan dalam storage LNG. Apa jadi dengan kita?
Sebenarnya, kita makin lama akan terus tewas dengan game strategik Singapura. Najib bukanlah PM paling berjaya jika situasi ini tidak diperbaiki.
Jambatan Bengkok bukan soal ego Mahathir. Tapi kena tanya sejauh mana kita nak kekal jadi feeder kepada Singapura.
Kita bukan main seronok bila dilambung Singapura. Tapi kita tak tahu sebenarnya mereka jauh lebih advanced dalam perancangan. PEMANDU kita pun sebenarnya dalam diam bekerja untuk memudahkan Singapura menjadi negara paling advanced di rantau sebelah sini.

Friday, 26 June 2015

Halatuju Ringgit Selepas Ini


Tiada kerajaan di dunia ini yang mampu untuk mengekang matawang mereka dari jatuh mahupun naik. Ini adalah kerana sistem matawang yang sedia ada kini membenarkan matawang itu diperniagakan seperti mana-mana bahan komoditi iaitu logam dan beras walhal apa yang diniagakan hanyalah kertas semata-mata yang tiada unsur komoditi.

Sistem ini tidak wujud semasa matawang kertas itu bersandarkan emas juga semasa zaman matawang emas Dinar digunapakai. Banyak sebab boleh menjadi pendorong kepada kejatuhan Ringgit. Ada yang negatif dan ada juga yang positif.

Kejatuhan Ringgit ada juga baiknya sekiranya ini diperlukan untuk menambaikkan kompetitif ekspot negara. Akan tetapi, bagi negara yang sedang membangun, matawang yang lemah boleh menterhadkan pembangunan kerana tidak mampu mengimpot barangan serta servis dari luar negara kerana kos yang meningkat akibat kejatuhan nilai matawang tempatan.

Masalah utama kini adalah, selagi matawang kertas itu digunapakai, mana-mana negara di dunia ini pun tidak akan mampu mengawal jatuh atau naiknya matawang mereka. Ini adalah kerana penjual dan pembeli matawang boleh bertindak diluar kawalan pihak kerajaan. Ini juga bermakna walaupun ekonomi sesebuah Negara itu kukuh, matawangnya tidak semestinya kukuh.

Akan tetapi, dari sudut asas ekonomi, memastikan pegurusan ekonomi sesebuah negara itu penting untuk memastikan matawangnya kukuh.

Masalah yang ketara kini adalah oleh kerana harga minyak jatuh mendadak, maka keyakinan pada Ringgit telah jatuh lalu dijual sehingga nilainya jatuh rendah. Pelabur matawang memandangkan pendapatan Negara akan berkurangan akibat kejatuhan harga minyak. Jadi, walaupun ekonomi sesebuah negara itu kukuh, ia tidak boleh mengawal matawangnya dari diserang.

Dari sudut fundamental, lapuran ekonomi negara mula menunjukkan masalah “Current-Account Surplus” yang semakin merosot iaitu cuma 2.8% dari GDP. Ini menandakan jualan dari expot semakin berkurangan.
Pasaran saham dan bon juga menyaksikan penurunan pulangan yang ketara berbanding dengan pasaran di sekitar Asia Tenggara.

Oleh kerana ramai pelabur luar yang melabur didalam negara kina telah menjual pegangan bon dan saham mereka, maka ini juga menyebabkan kejatuhan Ringgit. Ini ditambah pula dengan peningkatan USD akibat dari pemulihan ekonomi menyumbang juga kepada kejatuhan Ringgit.
Malahan, kerajaan sudah menghadapi “Defisit Fiskal” selama 16 tahun hingga kini dan dengan penurunan harga minyak, ditakuti jurang defisit ini akan melebar lagi.

Kerajaan juga perlu menjelaskan kepada rakyat dalam banyak perkara. Banyak pelaburan negara yang tidak dijawab dengan jujur seperti 1MDB yang menjadi tanda soal yang tiada noktahnya hingga kini.

Kerugian pada Felda, MAS dan beberapa syarikat GLC lain juga boleh menjadi penyebab.
Kesimpulannya, adakah Malaysia akan berjaya didalam menangani masalah kejatuhan Ringgit sepertimana yang berlaku pada tahun 1997-1998?

Segala-galanya bermula kepada keihklasan dan jatidiri pemimpin itu sendiri. Jangan hanya pandai dilaungkan “Malaysia Boleh’ sekiranya kita tiada keyakinan pada diri sendiri.

Juga, jangan kita leka pula untuk memerah otak kerana hanya mahu bertaut pada kepakaran luar! Yang pastinya, Tun Dr. Mahathir telah menunjukkan caranya. Bak kata beliau, Asia untuk Asia dan formula untuk Asia harus dibina oleh orang Asia sendiri.

Wednesday, 24 June 2015

Siapakah Dan Apakah Yang Membuat Melayu Terus Layu?

Sesekali teman sempat termenung, merenung bagai Mat Jenin dan menginsafi diri sebagai Melayu. Di mana silapnya bangsa aku ini?

 UMNO telah memerintah Malaysia selama lebih 57 tahun, dan masih menangisi bagi mempertahankan (safeguard) hak keistimewaan Melayu, Melayu masih terancam, Melayu hidup di bawah kemiskinan dan Melayu amat sukar bersatu.

Selama lebih 57 tahun UMNO memerintah negara ini, Islam ialah agama rasmi, apa yang telah UMNO lakukan semasa Malaysia, Melayu dan Islam berada di bawah ancaman?

Faktanya ialah:

- Malaysia ada sembilan Sultan dan Raja. Mereka semua Me­layu.

- PM dan TPM, memegang jawatan paling berkuasa di Malaysia adalah Melayu.

- Sejak 1974, Menteri Kewangan adalah Melayu.

- Selain Pulau Pinang, semua KM dan MB adalah Melayu.

- Majoriti Menteri Persekutuan ada­lah Melayu dan Kementerian-kementerian berpengaruh dan penting dikuasai Melayu.

- Daripada 222 Ahli Parlimen, le­bih daripada 50 peratus adalah Melayu.

- Lebih daripada 93 peratus Jabatan-jabatan Kerajaan, dari bawah ke jawatan tertinggi adalah Melayu.

- DEB dirangka untuk orang Melayu.

- Sebanyak 80 peratus kuota Universiti diperuntukkan kepada Melayu.

- Diskaun istimewa untuk pembelian rumah dan saham-saham untuk orang Melayu.

- Pangkat tertinggi dalam polis dan tentera kepada orang Melayu.

- GLC atau syarikat-syarikat milik kerajaan dikuasai Melayu.

Namun, bagaimana Melayu yang menguasai sepenuhnya bidang-bidang penting dinegara kita ini masih terancam, dan sering diancam olih bangsa-bangsa asing.

Bagaimana Melayu kita masih berkedudukan di bawah daripada kaum-kaum minoriti? Adakah ia satu strategi untuk pemerintah terus berkuasa dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam?

Apa sebenarnya berlaku. Adakah orang Melayu ini terlalu “bangang” sehingga mereka terus menerus perlu merayu, menagih, meminta perlindungan untuk terus hidup di bumi bertuah ini.

Adakah kita ini semua masih menjadi bahan ujikaji sosio-politik? Di mana silapnya? Apa lagi kita mahu?

Sunday, 21 June 2015

Melayu Akan Terlepas Kuasa - Ramalan Sang Kelembai.

Ketika itu, dasar negara akan berubah jika DAP memerintah ... parti lain saperti PKR tidak akan banyak mengubah dasar ekonomi, PAS hanya mengikut garis Islam, tak lebih dari itu, hudud hanya modal untuk memenuhkan Tabung Milo. Jika kita hendak menukar sistem pemerintahan dari istilah UMNOnya free enterprise atau juga dasar ekonomi kapitalis. DAP adalah terbaik tetapi bacalah akibatnya dalam sistem sosialis demokrat. Bidang ekonomi ... tidak ada lagi hak istimewa orang Melayu dan kuota.

Dalam bidang agama ... tidak ada yg rasmi atau tidak semuanya sama saperti jaminan perlembagaan kecuali di buang Islam agama rasmi bagi Persekutuan. Raja Melayu bukan raja berpelembagaan ... Raja hanya sekadar simbol perpaduan dan budaya Melayu ... kerajaan hanya membayar kos diri Sultan dan Raja sahaja sapert di England, India dan sebahagian raja2 Indonesia ... soal kemewahan Istana, urus sendiri.

Maka DAP perlu dapat 2/3 majoriti untuk meminda semua itu. Jika berlaku tak ada lagi pergaduhan kaum, kerana Melayu pun dah sokong. Jika lihat perkembangan sekarang tiga kali lagi pilihanraya akan berlaku. Ketika itu, teman dah mati. Itu sebab teman tak mahu anak banyak. Takut melihatnya kerana sudah tertulis dalam ramalan Jayabaya.

Juan Paul Valdez telah meramalkan satu negara terpadat di Asia Pacific dibawah garis tengah (Indonesia? / Malaysia?) akan terjadi revolusi besar, 20 tahun setelah kedua kalinya perang besar, 33 tahun kemudian akan terjadi revolusi kedua yg akan digantikan seorang boneka. Boneka ini akan memimpin selama 1 tahun dan akan digantikan dengan damai oleh seorang yg keras. Tiga bulan (akhir tahun 1999?) setelah pemimpin baru ini memimpin, negara ini yg sudah bernafas dalam lumpur akan semakin tengelam dan akan terjadi revolusi ketiga yg sangat berdarah.

Pada revolusi ketiga ini akan langsung bersambung dengan Perang Besar ketiga. Dan 16 tahun kemudian revolusi keempat akan berlangsung damai. Dia mengambarkan, pada revoulusi pertama, 20 tahun setelah perang besar, akan terbunuh 500.000 orang yg bukan warga asli dari negara itu dan 25 wanita akan diperkosa. Pada revolusi kedua akan terdapat 500 orang terbunuh yg bukan warga asli dari negara itu dan akan ada 250 wanita yg diperkosa. Wait seminit ... ramalan ini mungkin terjadi di Indonesia atau di Malaysia ...
Pada revolusi ketiga akan tedapat 500.500 (lima ratu ribu lima ratus) orang yg terbunuh bukan warga asli dari negara itu dan akan ada 2500 wanita yg akan diperkosa. Perang ketiga Besar akan mulai tahun 00 (mungkin tahun 2000 yg dimaksud). Dimulai dengan terbunuhnya seorang presiden di negara Timur Tengah. Tapi perang besar ini akan menjadi besar sekali setelah 2 tahun terjadi perperangan di Timur Tengah karena Negara besar di Utara (Amerika?/Rusia? atau keduanya?) akan ikut campur dalam perperangan ini setelah negaranya banyak terjadi bom kereta dan bom bunuh diri yg dilakukan oleh orang2 dari negara Timur Tengah ini.

Perang ini akan melibatkan 125 negara didunia dan akan berlangsung 9 tahun. Ledakan besar buatan manusia (nuklir?) akan hanya terjadi 5 kali dalam sejarah yg pada akhirnya akan membunuh 30 juta orang dan semuanya hanya terjadi di Asia. Kita sudak menyaksikan 2 kali diledakan di Jepun. Dan akan ada 3 kali lagi. Malaysia akan menjadi satu dengan Indonesia karena dijajah oleh negara besar itu juga. Selama 15 tahun Indonesia dan Malaysia akan digabung dijadikan satu dan dijajah negara raksasa ini. Akan terbunuh 21.000.000 warga asli yg sebagian besar dari Indonesia.

Keadaan akan sangat2 kejam kerana akan banyak penyakit yg disebar melalui udara yg disebarkan melalui burung yg terbuat dari besi. Sejarah hitam dalam negara yg dijajah ini akan merubah wajah negara ini selamanya. Setelah 15 tahun dijajah, negara ini akan akhirnya dipimpin oleh seorang yg bukan asli (orang Cina?) dan pemimpin ini melakukan revolusi keempat mengeluarkan penjajah dengan cara damai. Akan hanya ada 20 orang yg akan terbunuh dalam revolusi damai ini. Pemimpin baru ini akan memimpin selama 12 tahun.

Seorang pemimpin berkulit sangat gelap akan mengantikannya membawa negara ini menjadi negara contoh teladan di Asia. Dia akan memimpin selama 8 tahun dan akan digantikan oleh seorang yg sangat kejam berdarah bangsawan.

Negara mengalami sedikit kemunduran selama 4 tahun masa kepemimpinannya dan akan digantikan oleh seorang bukan warga asli negara itu kembali, segala menjadi baik dan negara ini akan dibagi menjadi 8 negara bahagian dan masing2 nantinya akan dipimpin oleh gabenor2 untuk setiap negara bagian dan satu presiden itu.

Bersedialah wahai Melayu .... !!!

Wednesday, 17 June 2015

Lambakan Warga Asing - Salah Siapa

Artikel ini bukan berniat membuat provokasi terhadap warga asing yang datang ke Malaysia atas tujuan baik. Namun bertujuan menyingkap realiti yang berlaku di sebalik alasan ekonomi dan pembangunan negara sehingga kita mengalu-alukan atau membenarkan kedatangan mereka.

Kejadian anggota keselamatan negara terkorban ketika hendak membuat pemeriksaan ke atas sekumpulan warga asing baru-baru ini seharusnya menjadi iktibar kepada kita semua. Insiden ini menunjukkan betapa Malaysia umpama syurga bagi warga asing mencari rezeki sehingga kadang kala mereka terlupa di mana bumi dipijak.

Hal demikian menyebabkan adakalanya budaya tidak baik - seperti membuang sampah merata-rata, gengster, bersosial dan mengganggu ketenteraman penduduk, jenayah, ajaran sesat dan lain-lain - dibawa masuk lalu menyebabkan kesusahan kepada pelbagai pihak.

Bagi pasukan keselamatan dan penguatkuasa, kebanjiran warga asing terutama yang tidak sah bermaksud tugasan semakin berat, kawalan perlu diperketat dan masa bersama keluarga semakin kurang.

Bagi pengamal industri dan pemain dalam pasaran ekonomi, kebanjiran tenaga buruh asing memberi makna kos upah yang rendah, kadar penanggungan buruh yang minimum, kerenah kemanusiaan boleh dikurangkan dan keuntungan yang lebih tinggi.

Bagi pemerintah pula, kemasukan warga asing memberi manfaat kepada ekonomi kerana permintaan tenaga buruh dipenuhi dan pembangunan berskala besar dapat dilakukan dalam jangka masa singkat. Namun, pada masa sama, berhadapan dengan ancaman penyakit termasuk yang telah dapat dicegah atau dikawal sebelum ini, kerugian aliran tunai ke negara asal di samping kos baik pulih kemudahan atau persekitaran yang rosak akibat tindak-tanduk golongan ini.

Mengapakah masyarakat kita yang hampir sama dengan mereka dalam konteks budaya, agama, kedudukan geografi masih belum dapat menandingi kehebatan tenaga buruh asing dalam industri negara?

Jawapan mudah dari segi ekonomi dise­babkan kos upah yang rendah. Namun jawapan sebenarnya ialah, kita masih belum bersedia untuk melakukan perubahan dalam pasaran tenaga kerja.

Tidak dinafikan terdapat perbezaan kos upah rakyat tempatan dengan warga asing.

Selain itu, kerja-kerja kotor, berbahaya dan sukar dalam tiga sektor - pembinaan, pembersihan dan perladangan - dilihat sinonim dengan tenaga kerja asing separa mahir. Tenaga kerja tempatan dikatakan tidak berminat dalam ketiga-tiga bidang pekerjaan yang dianggap berkelas rendah. Namun sejauh manakah kebenarannya?

Alasan pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja dengan upah rendah atau dalam sektor-sektor tertentu sebenarnya tidak lagi boleh diterima bulat-bulat.

Jika kita benar-benar jujur mahu mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi, sesuatu perlu dilakukan segera bagi menangani soal sikap tidak minat masyarakat tempatan. Hal demikian kera­na hakikat maju itu termasuklah dalam konteks sikap dan cara berfikir terhadap pekerjaan.

Kita perlu menyedari bahawa kemasukan tenaga kerja asing terutama yang se­para mahir secara berlebihan mengundang pelbagai ancaman sosial.

Sekarang ini pun 29.4 peratus daripada banduan di Malaysia terdiri daripada warga asing. Sehinggakan kita terpaksa mengakui bahawa kos menanggung hidup mereka di penjara merupakan satu bentuk pembaziran.

Kita masih boleh memperbaiki kea­daan ini. Sebagai ahli masyarakat, kita patut mengakui untuk mengatasi lambakan tenaga kerja asing terutama yang separuh mahir memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah kita sendiri. Minat kepada sesuatu boleh dipupuk begitu juga dalam konteks pekerjaan. Kerjasama pihak-pihak berkenaan juga boleh dicapai andai kena dengan caranya.

Ini boleh bermula dengan cara kita melihat dan mengendalikan perniagaan dengan berazam untuk menggaji anak tempatan menjadi pembantu dalam urusan perniagaan. Beri mereka peluang dan galakan.

Kita tidak boleh menyamakan warga tempatan seperti buruh asing yang tidak membawa bersama keluarga mereka tinggal di sini.

Kedua, proses penjenamaan semula jenis pekerjaan dalam sektor seperti pembersihan mampu menarik minat warga tempatan untuk menceburinya. Sebagai contoh, perkhidmatan pembantu rumah yang mengikut jam ataupun yang tidak memerlukan tinggal bersama majikan boleh diceburi oleh warga tempatan. Sekali gus mengurang kerenah prosedur pengambilan pembantu rumah asing dan lain-lain.

Ketiga, tiada yang lebih utama melainkan langkah-langkah pengawalan kema­sukan tenaga kerja asing yang telus dan penambahbaikan dalam dasar pasaran kerja pada hari ini. Polisi dan dasar pekerjaan yang baik dalam mana-mana sektor pekerjaan mampu menarik minat warga tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Tidak rugi jika kita mengupah rakyat tempatan bekerja. Tidak rugi juga jika kita mengisi kekosongan dalam sektor pekerjaan yang dianggap kotor, berbahaya dan sukar kerana hakikat pekerjaan itu sendiri hanyalah alat kepada punca rezeki yang halal lagi berkat kepada keluarga.

Saturday, 13 June 2015

ANALISIS AWAL PRU 14 - UMNO SAKIT TENAT DAN SEDANG KRITIKAL !!!

BN sebenarnya dalam keadaan terancam. Undi blok Cina yg dimonopoli oleh DAP/PR mustahil kembali kepada MCA atau Gerakan.

UMNO memerlukan rawatan antipenuaan yg radikal. Pengukuhan Barisan Nasional (BN) harus bermula dengan UMNO dengan melakukan transformasikan untuk menjadikannya lebih kontemporari.

Tanpa rawatan, UMNO akan mati sakit tua. Tetapi kalau menjalani rawatan ‘stem cell’ yg radikal, proses penuaan boleh disekat dan sel2 baru akan tumbuh bagi memudakannya semula.

Ini amat perlu bagi menarik sokongan generasi muda dan membebaskan diri daripada kongkongan hierarki, feudalisme dan dinasti yg menjadi imej buruk kepada UMNO selama ini.

UMNO perlu melakukan pembedahan besar bagi memotong dan mengubati anggotanya yg lumpuh, kelemayuh (gangrenous) dan berkanser.

Atau UMNO boleh terus percaya kepada jampi mantera para bomoh, tukang tilik, ahli sihir dan tukang karut politik yg akan menceritakan apa yg para pembesar UMNO mahu dengar dan bukan apa yg mereka perlu tahu.

Ramai ahli dan penyokong UMNO sekadar mengagak dan mengandai ketika memperkatakan parti itu dalam keadaan yg membimbangkan. Namun di kalangan kepemimpinan tertinggi dan ibu pejabat UMNO, mereka tahu keadaan sebenar cuma mereka tidak tahu atau tidak berani memilih rawatan yang diperlukan.

UMNO berdepan masalah besar untuk menghadapi PRU-14 kerana ada kajian menunjukkan ia berkemungkinan gagal mempertahankan 88 kerusi yg dimenangi pada pilihan raya 2013 lalu.

Wujud kebimbangan yg bilangan kerusi Umno akan jatuh kepada 70 malah 60 sahaja kalau keadaan sekarang berterusan.

BN pada masa ini menghadapi sindrom Mendukung Biawak Hidup yg teruk kerana di sebalik disertai 13 komponen, sebahagiannya tidak lansung mampu menyumbang kepada kekuatannya.

Selain PPP, kewujudan MCA, Gerakan dan SUPP dalam BN tidak memberi sebarang kekuatan atau kebelihan memandangkan pengundi Cina lebih selesa dengan DAP dan PR. Parti PPP semamangnya sejak dulu, seperti tidak wujud dalam BN, MIC pula sepertinya masih lagi raya hindu dan santai enak menikmati Deepavali Vartekel yg berpanjangan.

Gerakan pula masih lagi mabuk dialam fana cintaku, lena dibayangi kemenangan tipis di Teluk Intan tempuhari. Sementara MCA pula masih lagi belum puas duduk bermalas2 dikerusi empuk yg mereka dapati percuma, hasil dari kemurahan hati Najib yg di iming2kan sokongan palsu melalui misi Ah-Jib Gor yg tanpa segan-silu memalu gendang Cina tempuhari.

Jadi, selain UMNO dan beberapa buah parti etnik Sarawak, BN sebenarnya dalam keadaan terancam. Semua tahu, dalam keadaan sekarang, undi blok Cina yg dimonopoli oleh DAP/PR mustahil kembali kepada MCA atau Gerakan.

Malah orang Cina makin selesa dengan situasi sekarang di mana mereka terus menguasai ekonomi dan mendapat manfaat daripada sesetengah dasar serta transformasi ekonomi yg dipelopori olih Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Manakala dalam arena politik pula mereka boleh bergantung kepada DAP/PR untuk mempertahankan hak mereka.

Kini keadaan tambah parah dengan pertelingkahan sesama kulit Umno disebabkan perbalahan Najib dan Tun Dr Mahathir atas kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti2 yg jelas. Tuduhan ini tidak dijawab Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selain dari menepis dan berkata ia adalah pembohongan.

Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

Kononnya wang yg disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yg hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yg dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yg juga Menteri Kewangan. Ujung2 dah pecah lobang yg wang itu tidak ada, yg ada dalam bentuk A4 paper pulak dah.

Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yg dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yg murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yg tidak mencermin harga pasaran.

US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yg begitu banyak.

Belum habis kemelut itu, kemudian masuk pulak campur-tangan sebuah syarikat Arab onta dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), International Petroleum Investment Company (IPIC) yg dikhabarkan akan membayar AS$975 juta (RM3.57 bilion) daripada hutang yg ditanggung 1MDB.

    Menurut Ahmad Husni, bayaran itu dibuat kepada sebuah konsortium bank antarabangsa yg membuat tuntutan empat bulan lebih awal daripada 1MDB.

Lalu Ahmad Husni kemudiannya menyerahkan satu kertas cadangan mengenai pelan penstrukturan semula 1MDB kepada kabinet. Katanya, 1MDB kini memasuki fasa menyempurnakan perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investments. Dan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, IPIC kabarnya telah membuat bayaran AS$1 bilion (RM3.66 bilion) awal Jun lalu. Wang ini akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta sebelum tarikh sepatutnya kepada bank peminjam katanya lagi.

Itu belum masuk cerita Jho Low lagi, yg dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yg begitu dipercayai oleh Najib. Pegawai Malaysia yg dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yg mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Najib.

Lagi la gormal .... bukankah perkara2 sebegini menambahkan lagi keraguan2 rakyat termasuk penyokong2 Umno sendiri terhadap Najib dan kerajaan. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yg ditubuh oleh Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yg tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan2 dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

Selain daripada ini dasar2 pemerintahan Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan terhadap BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

Justeru disebabkan kemelut yg berlanjutan ini, semakin ramai rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak termasuk ahli2 Umno sendiri yg sudah semakin hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Najib. Justeru tidak mustahil lah seperti telahan Tun, bahawa Umno dan BN akan kalah dalam PRU 14 nanti.

Anehnya ramai juga ahli dan pemimpin Umno yg setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yg diwakili olehnya. Ini kerana saya percaya, Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

Friday, 12 June 2015

Melayu Menongkah Arus Produk Umno Sendiri

Ada pihak mengambil jalan mudah mengatakan UMNO telah gagal meneruskan misinya. Natijahnya, jika suatu ketika dahulu, UMNO cukup dekat dihati orang Melayu, kini, ia seolah2 menjadi sebaliknya.

Slogan `UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO’ makin berkubur. Di sebalik apa yang berlaku, kita sebenarnya terlepas pandang untuk mengenali siapa kelompok mereka ini. Ironinya, mereka juga adalah produk yang terhasil melalui dasar2 UMNO. Cuma bezanya, kumpulan ini tidak pandai untuk bersyukur.

Kebanyakan mereka ini pula tinggal di bandar2 termasuk generasi muda yang kurang memahami istilah keperitan hidup seperti dilalui nenek moyang mereka. Sedangkan masyarakat kampung masih merupakan kelompok terbesar sebagai penyokong setia kepada parti Melayu yang disifatkan keramat ini.

Mungkin dalam benak pemikiran anak2 muda ini, `melawan arus’ adalah suatu tindakan murni. Mereka bangga melakukannya. Namun, tidak memahami apakah makna sebenar perjuangan dalam konteks sebuah negara bangsa itu sendiri.

Apapun, jika benar UMNO gagal, siapakah yang kita patut harapkan untuk menentukan nasib orang Melayu di negara ini?

Mengambil contoh negeri2 yang dikuasai pembangkang ketika ini – Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, apakah ada jaminan untuk orang Melayu mampu mencipta ketamadunan bangsa yang lebih disegani di persada dunia?

Janji-janji pembangkang memang lunak didengar. Seolah2 semua perkara boleh dilakukan dengan mudah. Lantas, mengaitkan pilihan raya umum akan datang dengan harapan rakyat umpama – menanti cahaya di hujung terowong.

Hina sangatkah Melayu ketika di bawah pentadbiran UMNO dan BN ? Jika tanggapan ini benar, mana mungkin di universiti-universiti tempatan masih dipenuhi dengan anak2 Melayu. Ironinya, anak2 Melayu ini pula kebanyakannya adalah berasal dari negeri yang ditadbir pembangkang – Kelantan!

Melihat nasib orang Melayu di keempat-empat negeri tersebut pula, wajarkah kita meletakkan harapan setinggi gunung? Dibimbangi ialah pepatah lama `yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran’ akhirnya menjadi kenyataan.

Pulau Pinang semakin pesat membangun, tetapi untuk siapakah sebenarnya pembangunan tersebut? Di manakah kedudukan orang Melayu Pulau Pinang kini?

Keadaan yang sama juga berlaku di Selangor. Hinggakan di mana sahaja ada kawasan lapang walaupun sebelum ini disediakan untuk tujuan rekreasi, terpaksa dikorbankan kononnya atas nama kemajuan. Kepentingan rakyat telah diketepikan demi memenuhi tuntutan syarikat2 besar dan kaya-raya.

Monday, 8 June 2015

Adenan Satem Umpama Api Dalam Sekam !!!

Persoalan yg masih berlegar2 dalam benak ramai ahli2 Umno dewasa ini ialah, mengapakah Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem sengaja menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Najib Abdul Razak secara terbuka. Bahkan Adenan Satem turut menyatakan realiti tentang Najib Abdul Razak yg kononnya baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 6 tahun tetapi telah banyak melakukan perubahan dan pembangunan untuk Sarawak berbanding Tun Dr. Mahathir yg berkuasa selama 22 tahun.

Tidak kurang kenyataan Adenan ini dilihat olih sebahagian penganalisis politik, bukan saja kenyataan mengulum teloq Najib malah ia lebih kepada kenyataan menghasut dan mengapi2kan kedua2 pemimpin Umno itu. Disatu sisi lain, Adenan Satem dikatakan seorang yg tidak mengenang budi. Malah kalau tidak disebabkan oleh Tun Dr. Mahathir, Adenan Satem tidak akan menjadi Ketua Menteri Sarawak seperti sekarang ini.

Jelaslah Adenan Satem mempunyai agenda tersendiri, nampak saja baik namun ada udang disebaek batu … yg sebenarnya tidak llebih daripada sekadar usaha PARASIT JEMUAN yg mahu terus menyemarakkan permusuhan antara kepimpinan dan seterusnya memudahkan dia memasukkan jarumnya !!!

Kenyataan Adenan terhadap Sarawak yg kononnya kurang mendapat perhatian dari Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini termasuk pada era Tun Mahathir Mohamad, dan hanya Najib sahaja yg banyak berjasa kepada Sarawak adalah "just a sweet talk" untuk memerangkap Najib.

Ini dapat dibuktikan dengan ucapan Adenan baru2 ini, yg bukan sahaja memeranjatkan kira-kira 15,000 hadiri tetapi pemimpin apabila beliau meminta kuasa autonomi Sarawak dikembalikan ketika sesi pemimpin bertemu rakyat di stadium tertutup di Kuching.

Beliau berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan mengiktiraf kuasa autonomi negeri itu dan membenarkan kuasa membuat keputusan sendiri. Adenan juga berkata kedua2 kerajaan negeri dan persekutuan masih lagi berunding mengenai syarat bagi pengurangan kuasa beberapa agensi kerajaan negeri.

Buat masa ini kuasa autonomi Sarawak hanya meliputi pengurusan tanah, sumber hutan dan imigresen menurut Perjanjian Persekutuan Malaysia yg ditandatangani pada 13 September 1963. Beberapa agensi kerajaan persekutuan antaranya kesihatan, pendidikan dan imigresen buat masa ini diketuai oleh penduduk Sarawak sebagai sebahagian daripada polisi ‘Memborneokan’ seperti yg tercatat dalam perjanjian.

Walaupun Adenan tidak menerangkan secara lanjut mengenai keperluan mengembalikan kuasa autonomi, Perdana Menteri Najib Razak yg hadir pada majlis itu, mengiktiraf keperluan pengurangan kuasa (persekutuan) kerana ia akan mempercepatkan rancangan pembangunan Sarawak.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk Sarawak menerajui cara mereka dalam bidang tertentu kerana mereka lebih mampu melakukannya. Kami masih lagi mengkaji perjanjian itu,” kata Najib yg sememangnya diketahui seorang pemimpin yg lembik.

Idea ini benar2 mirip golongan yg memperjuangkan slogan ‘Sarawak for Sarawakians’ (s4s) atau Sarawak untuk rakyat Sarawak serta suara NGO Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan suara Doris Jones.

Barangkali Adenan sudah lupa, atau buat2 lupa bahawa Tun Mahathir memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik di negeri ini dan menyokong bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (yang kini telah dilantik Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak).

Mahathir juga banyak memainkan peranan penting dalam mengekalkan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak. Dan sekiranya Tun Mahathir tidak berbuat demikian, Adenan tidak mungkin menjadi Ketua Menteri Sarawak hari ini.

Kestabilan politik yang dinikmati oleh Sarawak selama beberapa dekad lepas hinggalah ke saat ini adalah kerana kebijaksanaan pemimpin negeri dan pusat yg cintakan keharmonian dan perpaduan biarpun dari pelbagai kaum dan berlainan agama.

Jadi, kita berharap dimasa2 akan datang, Adenan harus lebih berhati2 apabila mahu mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatirkan isu Tun Mahathir dan PM Najib semakin melarat sehinggakan dijadikan bahan oleh pembangkang mentertawakan Barisan Nasional.

Adalah amat malang, kekelutan dalaman dilondehkan olih kita sendiri, disebar serta dihangatkan melalui media sosial; sedangkan kita seharusnya berperanan memikirkan jalan penyelesaiannya.

BANGSA MELAYU BAKAL HILANG KUASA

Selepas PRU13, orang Melayu sepatutnya sudah sedar, tapi malangnya orang Melayu masih leka dengan hiburan dan bertelagah sesama sendiri. Masih tak nampak mereka akan hilang kuasa malah mungkin terusir jika kuasa politik hilang dari tangan mereka. Sudahlah orang Melayu tidak memegang ekonomi. Janganlah pula tanah nenek moyang ini tergadai pula.

Kaum Cina masih merupakan golongan paling aktif mendaftar sebagai pengundi apabila lebih 30 peratus daripada kalangan mereka yang berumur 21 tahun ke atas telah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun komposisi kaum itu di Malaysia hanya 23 peratus.

Kaum Melayu dan bumiputera pula adalah yang paling sedikit mendaftar iaitu tidak sampai 50 peratus meskipun komposisi kaum itu sebanyak 67 peratus.

Bagi kaum India pula, jumlah yang mendaftar adalah tujuh peratus daripada komposisi kaum itu sebanyak tujuh peratus di negara ini jadi maksudnya, kaum Melayu dan bumiputera adalah yang paling sedikit mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi.

Kerajaan tidak akan melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik kepada setiap rakyat Malaysia yang mencecah umur 21 tahun kerana pelaksanaan sistem itu melanggar peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan justeru, jika mahu dilaksanakan, beberapa pindaan terhadap undang-undang berkaitan perlu dibuat.

Bagaimana pula sekiranya kaum lain tiba2 menjadi majoriti pengundi? Ini boleh berlaku sekiranya jumlah kelahiran meningkat. Mereka sentiasa bersatu dan seandainya wakil mereka yang menang pada setiap kerusi yang dipertandingkan, maka di mana pula kita? Adakah Perlembagaan dapat menolong kita? Adakah Perlembagaan ini tidak dapat ditukar?

Tidak mustahil mereka akan memenuhi Parlimen kita. Ketika itu, siapa yang akan mempertahankan hak kita? Begitu juga siapakah yang akan mempertahankan Raja2 kita dan tidak mustahil sekiranya negara kita menjadi sebuah republik? Di kala itu, siapa pula Perdana Menteri, timbalan menteri serta menteri? Adakah di dalam Perlembagaan kita tertulis bahawa wakil Parlimen perlu 50 peratus daripada wakil rakyat orang Melayu? Bagaimana orang Melayu boleh ada di Parlimen seandainya semua calon kita kalah? Atau apa yang akan terjadi sekiranya wakil kita adalah cuma minoriti dalam Parlimen?

Sekurang2nya lihat saja jiran kita Singapura. Di mana orang2 Melayunya? Kesemua perkara di atas tidak mustahil boleh berlaku 50 tahun lagi. Saya teringat saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar Malaysia mencapai 70 juta penduduk. Sahutlah seruan ini wahai orang Melayu. Kita hanya tinggal kuasa. Lahirkanlah kuasa2 ini.

Jangan kuasa ini pun hilang kerana persengketaan kita. Hayatilah kembali lagu Warisan. Nyanyikanlah setiap hari agar semangat kekitaan akan kembali subur. Selama ini, orang Melayu sentiasa diajar supaya sama2 bersatu dengan kaum lain dan bertolak-ansur dengan mereka. Saranan ini nampaknya amat berjaya sehingga kita lupa yang semangat kekitaan juga amat penting untuk survival bangsa Melayu sendiri.

Ingatlah demokrasi juga bermaksud siapa yang banyak akan menang. Kalau kita kuat dan gagah tetapi tak ramai, masih tak boleh menang. Sekiranya di pihak lagi satu, mereka mempunyai ramai penyokong walaupun semuanya berpenyakit dan uzur, mereka tetap boleh menang. Jadi, berhentilah bersengketa. Terimalah maksud peribahasa, menang sorak kampung tergadai.

Lama juga tidak kedengaran slogan, Bersatu teguh bercerai roboh. Ingatlah proses pelupusan kuasa dan hak bangsa Melayu sedang berlaku dan akan terus berlaku. Kuasa dan hak kita tidak semakin bertambah.
Takkan sejarah Melayu hilang di dunia. Tidak mustahil suatu masa nanti sejarah bangsa kita yang hancur akan menjadi satu subjek dalam mata pelajaran sejarah dunia, menjadi kajian dan pengajaran.

Jangan salahkan orang lain dan kaum lain seandainya perkara2 di atas berlaku. Kita perlu bertanggung-jawab. Kalau kita dah hilang kuasa nanti .... ketika itu amuk Jebat pun tidak berguna lagi ...

Sunday, 7 June 2015

SEKALUNG TAHNIAH BUAT PAS, KERANA MENGAJAR UMNO TENTANG ADAB

Berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki,
Bila berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.

Buat pertama kalinya dalam hidup, teman benar2 salut kepada Pas dalam ha ini. Cara Pas membersihkan Anwarinas dalam parti adalah lebih demokratik dari cara UMNO yg menggunakan stratiji penyingkiran yg mengakibatkan perpecahan dalam parti.

Walaupun berimejkan militan dan pelampau tetapi Pas dapat melumpuhkan samasekali gulongan ini dengan cara yg lebih berhemah, berdisplin dan bertahluf seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berserakan.

Malah pengakhiran tindakan pembersihan ini berlaku dengan indah sekali apabila seorang demi seorang Anwarinas di berikan peluang berucap. Tidak ada tindakan menghantar polis untuk memberhentikan ucapan sepertimana yg dihadapi Tun Dr.Mahathir dalam forum " Nothing To Hide' baru2 ini.

Seorang mengenang kembali zaman permulaan perjuangannya dalam Pas sambil menangis, seorang lagi mencurahkan perasaan dia disalah mengertikan dan Mat Sabu membawa lagu irama "Selama Tinggal Bungaku" dalam seni kata ciptaannya sendiri yg menyayat hati dalam harapan berjumpa lagi.

Dengan pembersihan ini dari segi logiknya maka buku politik Anwar Ibrahim berada di lambaran terakhirnya dalam keadaan beliau sedang diamankan di Penjara Sungai Buluh dan disamping itu fajar menyingsing pada kerjasama Pas UMNO apabila Presiden Pas Haji Hadi mengistiharkan " UMNO bukan Firaun" dan bertanya " Apa salah bercakap dengan UMNO?" di akhir Muktamar Pas ke 61 itu.

Penyusupan Anwarinas yg berlaku ke dalam Pas adalah sama seperti yg berlaku terhadap UMNO tetapi Pas dapat keluar dari cabaran ini dengan imej mantap dan lebih meyakinkan menerusi proses pengundian berbanding dengan UMNO yg terpaksa bertindak drastik dan keras dalam situasi politik yg berlainan.

Penguasaan hardliner conservative dari Dewan Pemuda hingga kepada Dewan Ulama dengan gandingan Datuk Seri Haji Hadi dan Nik Abduh Nik Aziz, Pas mengemukakan barisan kepimpinan yg ideal, kemas, teguh , bersih dan berdisplin yg akan disegani , digeruni dan dihormati.

Penampilan barisan kepimpinan ini meletakan Pas pada darjat dan moral yg tinggi dalam arena politik tanahair setelah menerima penghinaan dari DAP dan anasir anasir penyokong Anwarinas dalam Pakatan Rakyat.

Jika kepimpinan Pas dengan barisan baru dan semangat baru dapat berperanan dengan bijak memadamkan imej pelampau, ketaksuban dan kekolotan sebaliknya membangunkan imej Nasionalis Islam, maka tidak mustahil orang Melayu akan melihatnya sebagai parti alternatif kepada UMNO untuk menjamin kedaulatan penguasaan negara dalam perkongsian kuasa dengan bukan Melayu dan bukan Islam secara yg lebih terhormat.

Setakat ini Haji Hadi telah pun menyatakan bahawa UMNO tidak sama dengan Firaun tetapi malangnya di bawah pimpinan Datuk Seri Najib, UMNO sekarang lebih terikat dan berpadu di atas kekuatan kewangan dan kebendaan tetapi kekosongan jiwa tanpa roh perjuangan sejati. Kini UMNO semakin jauh dari rakyat dengan semakin menyerlah sebagai parti elitis, feudalistic dan metrialistic.

Imej ini semakin teruk apabila Najib mengistiharkan dirinya bukan dari darah sambarangan yg amat bertentangan dari ajaran Islam yg tidak membezakan manusia dengan darjat, pangkat dan keturunan (sekalipun keturunan Arab) dan kemuliaan disisiNYA hanyalah orang2 yg bertaqwa.

Seorang juruhebah radio terkemuka berkata, dia menangis apabila Mahathir diarah turun dari pentas. Seorang pesara pegawai tertinggi kerajaan memberitahu teman, " Kalau Mahathir dibiarkan bercakap pastinya membawa kesan positif kepada sikap demokratik Najib kerana pentasnya telah diberikan kepada Mahathir.". Najib telah melepaskan peluang keemasan perang saraf yg sangat besar kerana dalam keadaan panik.

Pertanyaan popular sehingga kini, dari peringkat anak muda hinggalah ketua dari rakyat berbagai kaum ialah :Kenapa mereka buat bagitu pada Mahathir, kasihan dia sudah tua, dia pemimpin yg dihormati, orang Malaysia hormat warga tua dan sebagainya.

Simpati pada Mahathir tiba2 memuncak sepantas kilat keseluruh Negara dan menjadi virus atau wabak kemarahan kepada Najib. Tajuk forum" Nothing to Hide" yg sepatutnya berkesan dalam menarik perhatian dan harapan rakyat untuk mendengar keterbukaan Najib, tiba2 makan diri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib bukan sahaja memalukan dirinya sendiri apabila membatalkan kehadirannya di forum terbuka Nothing To Hide itu, tetapi juga melibatkan maruah anggota kabinetnya dan juga kredebiliti kerajaan.

Tidak sewajarnya beliau sebagai Perdana Menteri yg dikelilingi oleh penasihat keselamatan tidak dapat mejangka pekara ini akan berlaku apabila dengan gah beliau mempormosikan "saya bersedia untk mendedahkan segalanya"

Oleh kerana ketidakikhlasan dalam penganjuran ini dan lebih kepada untuk menunjukan keberanian, keterbukaan dan" kebersihan" , maka akibatnya adalah kehilangan kepercayaan rakyat yg amat parah.
Alasan pembatalan itu kerana keselamatan dan atas keputusan polis sendiri dilihat sebagai membodohkan rakyat yg terbukti dari suara rakyat yg meletup menyeluruh menerusi media sosial yg merasa mereka cuba dibodohkan.

Lebih memburukan imej Najib apabila hal ini berlaku sehari selepas beliau mendabik dada sebagai " Pahlawan Bugis" yg gagah berani, yg tidak pernah takut melawan tetapi beliau hilang dari medan perjuangan sebelum peperangan bermula.

Tujuan utama anjuran Forum " Nothing To Hide' adalah perang saraf untuk meyakinkan rakyat tidak ada apa2 yg hendak disembunykian oleh Najib disebalik berbagai prasangka buruk terhadapnya kerana masalah kewangan 1MDB.

Mahathir hadhir untuk mendengar penerangan Najib sebagai orang biasa dan bukannya untuk berdebat, tetapi ternyata bahawa forum ini adalah drama pentas apabila para wartawan tidak dibenarkan masuk dan kehadhiran Mahathir menjadi suatu masalah besar yg menyebabkan akhirnya forum itu terpaksa dibatalkan apabila Mahathir menggantikan Najib untuk memberi penerangan.

Kegagalan Najib menepati janji telah sekali gus menjatuhkan keyakinan rakyat kepadanya kepada taraf paling rendah. Ketulusan, kejujuran dan keikhlasannya dipersoalkan serta merta di seluruh negara.
Impak kepada kejadian ini sangat berat kepada kepada perancangan Najib untuk mengadakan jerayawala (road show) di seluruh negara. Beliau akan berhadapan dengan rakyat yg tidak percaya kepadanya lagi. Beliau telah berbohong kepada mereka mengatakan beliau seorang Wira Bugis, Pahlawan Bugis yg gagah berani.

Perasaan demoralising ini tidak sahaja menekan Najib, tetapi pastinya turut dirasakan oleh seluruh anggota kabinet yg merasakan diri mereka sudah tiada integriti kerana mereka berada di bawah pimpinan seorang pemimpin yg telah hilang kepercayaan rakyat.

Tidak pernah dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri di malukan sebegini rupa. Juga tidak dijangka, seorang mantan Perdana Menteri yg amat dihormati akan dimalukan bila ucapannya dihentikan. Jelas sekali, Umno telah memalukan diri sendiri. Umno harus mula belajar dari Pas, yg nyata jauh lebih matang dan berhemah dalam hal menangani konflik sebegini.

Seluruh anggota kabinet wajib memikirkan apakah langkah yg sewajarnya untuk mereka lakukan bagi menebus maruah kepimpinan negara dan bagi mengembalikan keyakinan dan semangat rakyat sebelum pilihanraya akan datang. Perbuatan menjulang dan membodek Najib sebenarnya tidak akan membawa apa2 makna jika Umno sudah ditolak olih rakyat.

Saturday, 6 June 2015

Elok Najib Undur Untuk Kebaikkan Umno / BN



Pertelingkahan antara Najib dan Tun Dr Mahathir sudah hampir sampai kekemuncak. Namun sebenarnya pergaduhan antara mereka tidak penting. Apa yang penting adalah masa depan negara. Apa akan jadi sekiranya Umno/BN BN gagal memenangi pilihanraya umum, PRU-14 akan datang. Cakap-cakap mengenai perkara itu sudah pun mula kedengaran di ruang atmosfera politik Negara sejak ia dibangkitkan olih Tun.

Kalau dulu, target kita adalah bagi mendapatkan semula majoriti dua pertiga. Namun dalam perkembangan terkini, kita perlu lebih praktikal … survival kita sekarang ialah untuk memenangi PRU-14. Jika Najib sudah tidak bolih lagi kita harapkan untuk memenangi PRU itu, UMNO sendiri patut menggulingkannya. Dan itulah realiti politik hari ini, di mana menyingkirkan pemimpin yang gagal mencapai keputusan yang cemerlang kini sudah menjadi trend global di mana-mana.

Sebelum PRU-13 lalu pun, pelbagai peringkat kepimpinan UMNO sudah memberikan garis panduan, seakan satu KPI, bahawa Najib hanya mampu menyelamatkan kedudukan dan masa depan politiknya andainya berjaya melepasi garisan dua pertiga majoriti kerusi di Parlimen. Andainya gagal mencapai tahap itu, dikhabarkan ada pihak yang mahu bangun bersuara agar Najib mengundurkan diri dan memberi laluan kepada pemimpin lain pula. Pihak yang dicadangkan untuk menggantikan beliau ialah timbalannya sekarang, Muhyiddin Yassin.

Namun sudah kedengaran juga desas-desus bahawa Ku Li yang pernah tewas 43 undi kepada Tun Mahathir pada pemilihan 1987 lalu, akan turut masuk gelanggang kali ini. Ku Li dikatakan akan bergandingan bahu dengan Muhyiddin, kiranya Najib berkeras mahu mempertahankan jawatannya.

Ku Li yang tewas pada pemilihan 1987 di mana antara puncanya ialah tindakan Najib belot di saat2 akhir dengan pengumuman menyokong Mahathir, kini dilihat berpeluang melunaskan dendam terhadap perbuatan Najib yang dianggap mengkhianatinya itu. Jika tidak kerana pembelotan Najib itu, Ku Li memang dilihat berpeluang cerah untuk menang ketika itu.

Kedudukan Najib yang kini dibelit dengan pelbagai isu dan masalah memang dilihat berada dalam keadaan cukup genting. Beliau bukan sahaja dikatakan akan gagal memperbaiki kedudukan UMNO dan BN berbanding pilihanraya 2013, bahkan ramai yang meramalkan UMNO dan BN akan tumbang kepada Pakatan Rakyat pada PRU-14 ini.

Selain kedudukan Najib yang terlalu banyak masalah dan isu serta kedudukan UMNO yang masih tidak berubah, fenomena kebangkitan rakyat terhadap tuntutan perubahan kini bagaikan sesuatu yang sudah tidak boleh ditolak lagi. Fenomena itu sudah berlaku di banyak negara di dunia dan pemimpin yang jauh lebih kukuh kedudukan serta kuat cengkamannya berbanding Najib pun sudah banyak yang rebah dan tewas kepada gelombang perubahan.

Di tambah dengan masalah 1MDB, hakikat bahawa kedudukan Najib dan BN berada dalam kedudukan cukup genting sudah diakui serta sukar dinafikan oleh banyak pihak sebenarnya. Najib kini bukan sahaja perlu memikirkan untuk berlawan dengan Pakatan Rakyat tetapi juga terpaksa memikirkan serangan daripada Tun dan dalam UMNO sendiri.

Jika di luar, musuhnya ialah Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kt Siang dan Pakatan Rakyat tetapi di dalam UMNO sendiri, beliau juga perlu awas terhadap timbalannya, Muhyiddin Yassin, Ku Li dan Tun Dr Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO lainnya yang masih belum menampakkan wajah sebenar mereka.

Bagi kalangan dalam UMNO yang mahu menyingkirkan Najib itu, wajah sebenar mereka masih belum keluar lagi. Masing-masing masih terus dengan agenda mengampu bagi meyelamatkan periuk-nasi mereka selagi kedudukan Najib masih kuat. Biasanya ia hanya akan terserlah selepas kedudukan PM sudah terlalu genting dan kelihatannya tidak bolih diselamatkan lagi. Itulah politik, dan ketika itu nanti mereka akan berlumba-lumba mendesak Najib berundur sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebagaimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah pada 2008.

Melihat keadaan dalam UMNO sekarang ini dan prestasi Najib sendiri yang tidak menentu, memang sukar untuk mengakui bahawa kemenangan akan berpihak kepada UMNO dan BN pada PRU-14 nanti. Selain UMNO dan para pemimpinnya masih tidak berubah, Najib sendiri menjadi halangan besar untuk mencapai kemenangan.

Watak diri dan kaum keluarganya terlalu banyak disaluti dengan pelbagai masalah telah menghakis sokongan rakyat hari demi hari. Setelah bertahun-tahun rakyat Malaysia dihidangkan dengan gaya boros dan mewah Najib serta keluarganya dalam berbelanja, termasuk gaya mewah Najib dalam mengadakan majlis pertunangan serta perkahwinan anaknya, terbaru ini rakyat dihidangkan pula dengan permasalahan 1MDB yang benar-benar telah mencalarkan reputasi Najib selaku Perdana Menteri.

Sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN kini berada di tahap yang cukup rendah berikutan timbulnya isu tersebut. Najib tidak lebih seperti ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul. Sokongan rakyat juga merudum berikutan kemarahan rakyat terhadap banyak isu rasuah dan ketirisan dalam kerajaan.

Hakikatnya, kemenangan memang masih jauh dari gapaian, apatah lagi melepasi garisan majoriti dua pertiga. Hakikat bahawa sama ada BN akan dikalahkan oleh Pakatan Rakyat atau Najib sememangnya perlu disingkirkan oleh UMNO sendiri adalah realiti yang semakin sukar ditolak.
Untuk itu, eloklah kita mulai memfokuskan kepada hujjah Tun Dr Mahathir yg membuat kritikan paling keras terhadap Najib dan menegaskan UMNO dan Barisan Nasional akan tewas dalam PRU14 jika Najib masih menerajui parti tu.
Ramai percaya, Tun tentu ada sebab yg kuat untuk berkata demikian, dan kita juga tidak bolih mengkesampingkan begitu saja pengalaman 22 tahun Tun sebagai Perdana Menteri yg sudah barang tentu dia tahu apa yg dia cakapkan.
Keadaan lebih mencurigakan apabila banyak persoalan2 mengenai isu negara yg tidak dijawab Najib, sebaleknya Najib hanya berusaha menepis persoalan2 tersebut. Barisan Nasional (BN) sendiri harus sedar akan kehadiran lebih enam juta pengundi baru pada PRU ke-14 nanti, yg terdiri daripada generasi muda.
Dengan trend Gen Y pada PRU ke-14 kelak dan sikap mereka yg lebih lantang dan kritis, serta gerak kerja UMNO yg lemah dalam memenangi hati nurani mereka, tidak mustahil BN bakal tewas pada PRU ke-14 kelak. Di bawah kepimpinan Najib kini, hakikatnya UMNO semakin lemah. Gerak kerja di peringkat akar umbi juga lemah. Paling penting sekarang, setiap ahli UMNO harus mengkaji saranan Dr Mahathir itu dan mengakui kelemahan yang ada.
Malangnya, ramai daripada pemimpin-pemimpin UMNO sendiri tidak berani bercakap masalah yang hakikat dan terus membodek kepimpinan yang lemah, demi menjaga periuk-nasi dan tembolok masing2. Sepatutnya dalam apa jua keadaan sekalipun, ahli2 UMNO mesti menjaminkan BN dan parti mampu bertahan selepas PRU ke-14 kelak.
Lebih malang lagi, negara kita tidak mempunyai pembangkang yg rasional selain mereka bersifat emosional serta menghalakan segala cara untuk merampas kuasa. Mereka tidak lagi fokus kepada tugas check and balance terhadap kerajaan yg memerintah, sebaleknya mereka sudah semakin hanyut leka dengan agenda untuk merampas kuasa. Namun realitinya juga sekiranya pembangkang memerintah negara kita, segalanya akan jadi lebih teruk dengan perbalahan sesama mereka.
Berbalek kepada perkara pokok, ramai percaya jika Najib tidak berundur, maka tidak mustahil Malaysia akan terus dilanda dengan pelbagai masalah. Permasalahan Umno dan kepimpinan Negara sekarang bukan hanya pada 1MDB, ia soal masalah kepimpinan Perdana Menteri.
Jika cara kepimpinan begini berterusan, percayalah negara tidak akan henti dengan masalah. Najib bukan saja lembik, malah sering lambat dalam menangani satu-satu isu. Dah dekat nak bertumbuk, baru hendak buat keputusan. Itu pun tidak konkrit, yang (boleh) menggambarkan kepimpinan yang bagus. Kita perlu pemimpin bijaksana, pintar, (dan) tangkas, dan kelihatannya Najib pada masa ini tidak dapat memimpin dengan baik.
Kita tidak perlu menunggu lagi 22 tahun untuk mengukur kepimpinan Najib, malah enam  tahun yang dilanda pelbagai permasalahan2 yang serius yang gagal ditangani dengan baik, sudah cukup menunjukkan ketidak-mampuan Najib berperanan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Negara yang berbilang kaum ini.
Apa yang ketara dapat dilihat kini dalam pentadbiran Najib adalah wujud kebocoran maklumat2 penting dan rahsia dalam aspek pentadbiran kerajaan. Najib juga dilihat terlalu banyak berpegang dan menerima pakai nasihat-nasihat serta informasi-informasi dari orang-orang suruhan disekeilingnya sehinggakan banyak keputusan2 yang salah dan tidak tepat yang dibuatnya kesan dari campur-tangan dan penglibatan secara lansung dan tidak lansung dari punaisihat-punaisihat sokong membawa rebah tersebut.
Dalam Negara berdauat ini, ada majoriti, ada minoriti, dan juga ada hak-hak orang Melayu. Lama juga Umno memerintah Malaysia sebelum ini, okey saja, tiada kelemahan dan (tidak) timbul isu2 kritikal dan sensitif seperti apa yang berlaku sekarang. Lebih memburukkan keadaan, Najib gagal menangani kebanyakkan isu-isu tersebut seperti yang diharapkan dan inilah sebab utama mengapa Tun Dr Mahathir berkata yang BN akan kalah sekiranya Najib terus menerajui kepimpinan Negara.
Justeru itu, bukan saja Najib harus undur dan turun dari tampuk pemerintahan, malah semua “dinosaur” dalam parti Umno perlu disingkirkan sepertiman tindakan berani yang diambi olih Tun terhadap Anwar Ibrahim dulu.
Pemimpin datang, pemimpin pergi … Najib dan Tun bukan siapa-siapa yang perlu kita gusarkan sangat. Apa yang penting ialah kuasa kepimpinan Negara serta survival orang Melayu selepas PRU-14 nanti. Justeru kita benar-benar berharap supaya Najib berbesar hati untuk memikirkan ini semua. Perpecahan sudah pun berlaku dalam Umno, keraguan-keraguan serta ketidak-yakinan sudah timbul dikalangan rakyat. Mahu tidak mahu kita perlu melakukan sesuatu untuk terus memenangi PRU-14 nanti, dan pilihan terbaik yang kita ada ialah supaya Najib berundur secara terhormat.
Itupun, jika Najib tidak mahu diaibkan dan tidak mahu dipaksa berundur, eloklah beliau mula memikirkan untuk berundur diri secara terhormat sebelum piliharaya ini.

Friday, 5 June 2015

PRU-14 - BN Bakal Punah ....

Hari ni kecoh-sekecoh2nya .... puak2 Najib salahkan puak2 Tun, puak2 Tun salahkan puak2 Najib .... manakala puak2 pembangkang masuk daun menyiram minyak kedalam api yg mula membesar ....

Apa yg pecacai2 ni terlupa ialah ... samada puak Najib mau pun puak Tun adalah terdiri dari orang2 Umno sendiri ...

Tetori teman mudah .... tak syak lagi .... dah terang lagi bersuluh ... Umno dan BN memang akan kalah dalam PRU-14 nanti ... berdasarkan scenario ini ....

Ada bantahan .... ?

Thursday, 4 June 2015

Integriti 1MDB Semakin Punah



Ramai yg ternganga depan tv1 dengar temberang Husni pasal Jho Low (bapa ekonomi moden) dan sokong meriah autar stastik perbelanjaan Arul Kanda ...

Sebenarnya 1MDB tu apa ... dan bila masanya rakyat dapat merasai faedahnya ...?

Apa perlu kerajaan hutang giler mabuk todi sehingga tak cukup culculator untuk mengira ....?

Kalau untungnya 20 tahun lagi, apa logiknya PM lancarkan 1MDB .... sedangkan ramai yg teribat pun mungkin sudah tiada masa itu.

Atau sebenarnya ada agenda lain ... nak pinjam pakai atau buat rolling layan nafsu perbelanjaan pihak2 tertentu.

Kalau itu pun bukan, bermakna PM memang tak tahu berniaga ... pergilah belajar dengan Che Det bagaimana bangunkan.negara dengan meninggalkan ribuan legasi tanpa perlu bisnes kong kali kong buluh kasap, modal hangus untung lesap.

Apa barang berniaga ... asyik bayar komisen dan caj perkhidmatan hingga boleh sara 7 keturunan.

Apa barang berniaga ... semua duit hanya angka dan tulisan di kertas A4. 

 Adakah orang2 yg terlibat dengan 1MDB peduli bahawa jangkitan sistemik 1MDB semakin teruk? Najib buat2 tidak tahu, manakala Gabenor Bank Negara pun diam membisu.

Contohnya ... kesan sistemik 1MDB jejas TNB dengan teruk. Pelabur mula hilang keyakinan. Atas cakap2 Najib akan paksa Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli aset penjanaan 1MDB, harga saham TNB merudum di Bursa Malaysia.

Mengikut laporan akhbar kawalan MCA, The Star harga saham TNB jatuh RM1.06 sejak 18 Mei lalu. Ini bermakna modal pasaran TNB jatuh RM6 bilion dalam masa seminggu.

Dan apa yg sudah jadi dengan Felda Global Ventures (FGV), periuk nasi peneroka Felda, yg riuh-rendah disenaraikan pada bulan Jun, 2012 sebagai persediaan pilihan raya umum 2013?

Harga tawaran awam permulaannya (IPO) RM4.55. Yg dapat beli saham, termasuk peneroka, sangat gembira. Tapi semalam harga saham FGV di Bursa Malaysia hanya tinggal RM2.02 – tidak sampai separuh. Sesiapa yang masih pegang rugi RM2.53 sesaham. Adakah Mohd Isa Abdul Samad peduli?

Alasan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) berkenaan kejatuhan harga saham disebabkan banjir adalah tidak masuk akal. Banjir besar melanda hanyalah di Kelantan yg tidak memiliki banyak ladang kelapa sawit, sedangkan ladang terbesar mereka kebanyakannya terletak di Pahang dan Sabah.

Kejatuhan harga memberikan kesan kepada 94,000 peneroka yg membeli saham FGVH dan kini membayar RM50 sebulan bagi pinjaman dilakukan untuk mereka membeli saham2 tersebut.

Kejatuhan harga saham itu turut memberikan pengurangan pendapatan kepada 113,000 peneroka yg merupakan ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF), menyaksikan mereka melabur sebanyak RM800 juta dalam FGVH tahun lalu.

Ia selepas KPF bersetuju untuk menjual 51% pegangan saham dalam Felda Holdings Berhad (FHB), pengeluar minyak mentah terbesar (CPO) kepada FGVH.

80% kekuatan KPF datang daripada pegangan dalam FHB yang mana membenarkan koperasi membayar dividen antara 15% hingga 16% setahun, antara yang tertinggi dalam dunia koperasi.

KPF mempunyai RM2.7 bilion dalam pegangan ahli. Ia antara 20 koperasi terkemuka di dunia.

Saham FGVH jatuh kepada RM1.92 pada 28 Mei, paling rendah sejak syarikat itu menyertai pasaran saham pada Jun 2012.

Dilaporkan ketika penyenaraian, sahamnya didagangkan pada kadar RM4.45 setiap unit, kedua terbesar di dunia selepas Facebook.

Mohd Najib pasarkan aset peneroka Felda. Kini pelabur bukan sahaja tidak percaya lagi kepada Najib malah mereka mula menarik keluar modal mereka dari Bursa Malaysia.

Lupakan Idris Jala kerana bagi beliau semuanya boleh dihujahkan sebagai sempurna asalkan beliau dan Pamandu dapat nama. Tapi tak kan pak2 menteri yg faham ekonomi dan pasaran macam Mustapa Mohamed, Ahmad Husni Hazadlah dan Abdul Wahid Omar pun dok diam membisu dilanda sindrom koro?