Timbalan PM Zahid Hamidi menyeru para wartawan akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil untuk merayu sokongan kepada Barisan Nasional daripada masyarakat Cina dan India untuk PRU akan datang.
Rasanya tak payahlah Zahid nak melukut ditepi gantang. Hakikatnya, dua keputusan PRU iaitu PRU-12 dan PRU-13 lalu sudah membuktikannya, undi daripada masyarakat Cina tidak perlu lagi diharapkan.
Undi Cina adalah untuk DAP walaupun masih ada segelintir yang menyokong Barisan Nasional. Kewujudan MCA dalam Barisan Nasional pula, tidak lebih daripada sekadar mangkuk tambah yang sangat pincang.
Kecuali Gerakan yang memperlihatkan usaha untuk memperkukuhkan parti dan sedang bekerja kuat, MCA pula kelihatan lebih banyak bercakap dan beretorik sambil membawa suara DAP di dalam pentadbiran negara.
Yang diperlukan olih Umno sekarang ialah mengembalikan dan memperkukuhkan sokongan ahli serta akar umbi Umno sendiri, selain mengharapkan sokongan Pas.
Malangnya tindakan Najib serta pemimpin2 Umno sekarang semakin memecah-belahkan ahli2 Umno sendiri.
No comments:
Post a Comment