Thursday, 10 September 2015

Kemelut Umno - Umpama Menyorokkan Sampah Dibawah Karpet

Walaupun Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukriz tidak dipecat dari UMNO itu bukan suatu kemenangan bagi mereka mahu pun Najib. UMNO akan tetap ditolak oleh rakyat pada PRU 14 kerana Najib masih menjadi presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Masalah berpunca daripada Najib, satu dunia tahu siapa Najib bukan rakyat Malaysia saja, jika Najib masih berada dalam Umno bagaimana Umno nak meraih sokongan rakyat.

Semalam ahli umno akar umbi menyaksikan tiada yang digugurkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang amat dinanti2kan. Sebenarnya itu bukannya isu besar yang menimpa rakyat Malaysia cuma jika berlaku pun pemecatan maka akan menyemarakkan kebangkitan rakyat untuk menghukum Najib dan kabinetnya.

Mesyuarat tersebut dikatakan berlangsung dalam suasana cukup “baik dan teratur”, tetapi adakah ini bererti umno akan terus baik dan diterima rakyat.

Jika melihat apa yang Najib lakukan pada orang nombor 2 parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal seperti seolah2 berlakunya salah faham yang cukup kronik sehingga memaksa beliau memecat mereka berdua daripada kabinetnya.

Jika dilihat scenario sekarang, walau pun Muhyiddin berikrar mendukung Umno, namun beliau tetap konsisten dalam mengkritik Najib dalam isu 1 MDB dan derma RM2.6 billion. Muhyiddin berkata, sepertimana beliau dalam kabinet dan selepas disingkir daripada Kabinet Najib, beliau terpaksa bercakap mengenainya kerana beliau malu apabila Umno sudah jijik dihati rakyat dengan dua isu besar itu.

Beliau hanya mahu Najib menjawab kepada akar umbi dan rakyat Malaysia berkenaan dua isu ini supaya mereka faham dan tidak membuat sebarang spekulasi buruk. Namun desakan Muhyiddin dibalas dengan pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kenapa Najib terlalu ketakutan dalam kedua-dua isu tersebut, sehingga  sesiapa saja yang mengkritik pasti akan dapat balasan dengan pecat.

Najib sudah membuat kenyataan bahawa isu derma RM2.6 bilion tidak perlu didedahkan butiran mengenai pembiayaan politik kepada rakyat. Ini bermakna Tok Arab yang menderma kepada Najib sebanyak RM2.6 billion memang sah tidak akan didedahkan kepada rakyat walaupun majoriti rakyat mendesak beliau untuk memberitahu siapa Tok Arab  tersebut.

Jangan salahkan sesiapa jikalau UMNO menjadi semakin lemah untuk menghadapi PRU 14. Jangan tipu diri sendiri dan jangan berangan2 Mat Jenin bahawa UMNO akan mendapat sokongan rakyat untuk kembali berkuasa pasca PRU 14.

Kalau UMNO mahu kembali mendapat sokongan rakyat, khasnya orang Melayu, Muhyiddin mesti mengambilalih kepimpinan parti dan kerajaan dan Umno. Dia mesti tegas, bertindak pro rakyat dan mesti singkir semua ahli kabinet kayu reput 1MDB sama sekali.

Kebanyakan dalam kabinet itu tidak membawa rahmat kepada UMNO untuk memenangi PRU 14. Muhyiddin jangan bertolak ansur dengan mereka yang korup. Imej Malaysia tercemar kerana Najib dianggap PM paling korup akibat "derma" RM2.6 bilion dan skandal 1MDB yang menghantuinya sekarang.

Umno mesti dirombak sepenuhnya. Buat pemilihan umno dengan segera agar akar umbi dapat memilih yang terbaik untuk memimpin Umno dan kerajaan.

Umno memang akan Menjadi Semakin Lemah Jika Bapak Segala Isu Masih Ada dalam Umno. Umno mesti dipimpin oleh mereka yang amanah, berjuang di jalan Allah, anti korupsi, berilmu dan meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan diri sendiri. Kalau Umno dianggap relevant maka mesti ada perubahan besar-besaran dalam kepimpinannya dari atas ke bawah tanpa tunggu2 lagi.  

No comments:

Post a Comment