Tuesday, 29 September 2015

Pendedahan Eksklusif - Demonstrasi Kini Satu Perniagaan dan Sumber Pendapatan.



Rupanya demonstrasi, tunjuk perasaan yang semakin berleluasa di Kuala Lumpur sekarang ini, adalah satu perniagaan dan kerjaya bagi mencari rezeki. Ia boleh lah dikatakan perihal menangguk di air yang keruh. Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan.
 
Gabungan NGO-NGO Melayu pernah mempersoalkan tindakan penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah yang didakwa memperuntukkan sehingga RM30 juta untuk "mengupah" peserta untuk menyertai perhimpunan aman itu pada 29 dan 30 Ogos ini.

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa setiap peserta didakwa dibayar RM300 dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100 manakala bakinya dibayar semasa perhimpunan termasuk kos pengangkutan.

Jika perancangan asal penganjur Bersih 4.0 mahu mengumpulkan 100,000 peserta, bermakna dia akan belanjakan lebih RM30 juta. Kita tidak pasti, adakah duit ini sebahagian daripada dana rizab kerajaan negeri Selangor lebih RM7 bilion yang didakwa hilang itu, atau sememangnya ada pihak yang menaja mereka.

Jika peruntukkan untuk demonstrasi haram itu mencecah RM30 juta, jika bukan sumbangan haram, daripada mana mereka dapat dana sebanyak itu?

Datuk Jamal Md Yunos mendakwa beberapa belia dari sebahagian NGO turut menerima "upah" tersebut dan dari tinjauan rambang, ramai individu mendakwa telah dibayar RM100 untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

"Bayaran itu dibuat dengan syarat mereka perlu berada di Dataran Merdeka selama dua hari, di samping makan minum sebanyak empat kali sehari serta pengangkutan percuma," kata Jamal.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Jamal berkata pihaknya telah menyerahkan bukti dan dokumen berkaitan dakwaan itu kepada polis untuk siasatan lanjut.


Jelas sekali, kini apa yang berlaku diluar Negara telah menular dinegara kita sekarang. Pemberita Mi’raj News Agency (MINA) di  Kairo melaporkan, warga yang turun berdemo menentang Mursi ketika Demonstrasi Anti Mursi di Tahrir Square, Kairo dulu, dibayar 150 pound Mesir seorang untuk menentang Presiden Muhamad Mursi. 

   Warga yang ingin mengikuti demonstrasi dijemput di beberapa tempat menggunakan bas yang sudah disiapkan menuju Tahrir Square, pusat dimana para demonstrasi anti Mursi berkumpul.

  Sama juga seperti perihalnya di Jakarta, dikhabarkan untuk Demonstrasi Ganyang Malaysia dan Demonstrasi Anti Malaysia sedikit masa lalu, adalah plan terancang dan dilakukan oleh pihak yang ada agenda politik sendiri yang sanggup mengupah rakyat Indonesia yang terdiri dari penganggur dan mahasiswa untuk turun berdemo di jalanan. Dengan hanya membakar bendera Malaysia, dan membaling najis itu, mereka sebenarnya mendapat ganjaran atau upah yang tinggi.

Oleh itu, dari masa kesemasa ada saja slogan dan taktik, serta tindakan baru mereka untuk terus menghentam Malaysia kerana pihak ni ada plan yang amat terancang dan tersusun. Rakyat Indonesia yang menganggur, miskin akan sanggup buat apa saja demi wang.

Sebagai contoh, siap ada pakej lagi:

Penunjuk perasaan terlatih,
Penunjuk perasaan dengan pengangkutan,
Pemidato dengan sistem bunyi audio lengkap,
Sepanduk dan banner slogan.

Bayaran:
Peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).

Untuk setiap aksi menonjol yang menarik perhatian, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur. 

Ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa. Penganggur juga dilatih sebelum mereka berdemonstrasi supaya tidak kekok semasa aksi tunjuk perasaan. Setiap hari mereka ada plan atau perancangan di tempat mana dan apa yang harus penunjuk perasaan ini kena buat.

Seramai 20 hingga 30 peserta di setiap kampong atau kelompok penempatan di Jakarta telah dilateh dan mereka-mereka  itu akan dikumpulkan bila ada pesanan untuk aksi demonstrasi.
Begitulah juga dinegara kita sekarang ini. Idea mewujudkan perkhidmatan demonstrasi ini timbul daripada aksi demonstrasi Bersih yang diadakan oleh mahasiswa pada era reformasi Anwar Ibrahim. 

Kerana itulah kita melihat kegiatan ini berterusan dari Reformasi, Hindraf, sehinggalah kepada Bersih1, Bersih 2, Bersih 3, Bersih 4 dan kumpuan Baju Merah itu sendiri. Aksi demonstrasi itu kemudian berkembang kepada penggunaan peserta demonstrasi berbayar untuk tujuan tertentu, seperti sabotaj terhadap kerajaan dan menjatuhkan pemimpin politik.  

Terdapat juga pasukan khas yang diberi latihan berkaitan reka bentuk grafik komputer bagi menyediakan sepanduk dan seumpamanya.
 
Satu kajian dalam bidang sosial dan politik dari IPT tempatan sejak tahun 1998 juga telah mengesahkan, bahawa ada beberapa agenda tersembunyi yang amat membimbangkan disebalik semua siri demonstrasi ini. Kumpulan pendemonstrasi ini sebenarnya diwujudkan oleh kelompok ketiga dari luar negara dgn diberikan plot dan dana yang banyak. 

Negara-negara Arab telah berjaya mereka hancurkan dan kini sasaran utama mereka adalah Asia Tenggara yang mana Malaysia merupakan negara yang menjadi sasaran utama (main target list). Sesuatu yg harus kita ingat ialah Malaysia tertakluk dengan syarat Negara Komanwel kerana Malaysia pernah dijajah oleh British. 

Antara klausa ialah…

“…apabila berlaku huru-hara dalam sesebuah negara di bawah Komanwel dan pihak kerajaan yang memerintah gagal mengawal keadaan sehingga berlakunya darurat merah melebihi 7 hari maka negara itu akan dikembalikan kepada pemerintahan Ratu…..”

Maka itulah justifikasinya …para pendemonstrasi yang datang dalam jumah yang besar dalam satu2 siri demonstrasi itu sebenarnya dibayar olih pihak-pihak yang mempunyai agenda tersendiri. Mereka sanggup berhabis mengeluarkan dana membiayai siri demonstrasi ini bagi menampakkan bahawa bahawa jumlah peserta yang ramai disatu2-satu demonstrasi itu menunjukkan yang pihak mereka mendapat sokongan rakyat.

Dan jangan terkejut, malah ada juga siri demonstrasi yang ditaja olih kerajaan secara tersembunyi, bagi menampakkan yang kerajaan sekarang masih mendapat sokongan rakyat, dengan kehadiran ramainya peserta disatu2 siri perhimpunan palsu itu.

No comments:

Post a Comment