Rumah
siap, pahat masih berbunyi, begitulah halnya dengan perhimpunan Baju Merah pada
Rabu lepas. Himpunan Rakyat Bersatu yg sepatutnya sudah berjaya sebagai landasan
bagi melaungkan suara orang Melayu yg sudah bosan terhadap sikap biadab
segelintir rakyat yg berkiblatkan Cina Dap, jadi tercalar dek komen Ali Rustam,
pemimpin veteran Umno yg bongok yg kerjanya hanya tahu mengampu dan menjilat.
Himpunan
yg bertujuan menunjukkan kebangkitan perpaduan orang Melayu bagi mempertahankan
maruah bangsa daripada terus dihina gara2 terlalu taksub dengan perjuangan
politik bersifat cauvinis, jadi cacat dek komen cetek Ali Rustam yg kemudiannya
mengaitkan perhimpunan itu dengan Najib, kononnya Najib masih popular.
Ali
Rustam kata 200,000 (sebenarnya cuma sekitar 80,000) peserta dalam himpunan itu
jelas menunjukkan kerajaan sedia ada yg dipimpin olih Najib masih mempunyai sokongan padu. Kononnya
Najib Tun Razak masih mempunyai mandat popular untuk terajui Negara.
Persoalannya, apa kena-mengena Himpunan Rakyat
Bersatu yg tujuannya untuk memertabatkan kembali orang Melayu itu dengan kepimpinan Najib? Mengapa lembu punya susu, Najib yg dapat
nama? Bukankah Najib sendiri sudah mengatakan yg perhimpunan ini tidak ada
kena-mengena dengan Umno dan kerajaan?
Teman
pun orang Umno, dan teman tak salahkan Melayu yg turun beramai2 pada
perhimpunan semalam. Rata2 mereka semua ikhas datang utk menyokong kebangkitan
Melayu yg dah lama tidur. Tetapi bagi teman, pemimpin Melayu akal kontot
seperti Ali Rustam inilah pengkhianat bangsa Melayu sebenarnya. Penjilat2 tegar
seperti inilah sebenarnya yg merosakkan perpaduan Melayu. Merosakkan kembali
perpaduan bangsa Melayu yg mahu dibina kembali selepas orang2 Melayu berpecah.
Berpecah kepada Melayu pembangkang dan berpecah dalam Umno sendiri angkara
Najib.
Apakah
Ali Rustam tidak tahu, bahawa Melayu2 yg turun semalam adalah terdiri dari Melayu2
penyokong Najib, Melayu2 penyokong Tun Mahathir, Melayu2 penyokong Muhyiddin, Melayu2
penyokong Safie Apdal, Melayu2 atas pagar dan lain2. Bukankah kenyataan yg
mengaitkan perhimpunan itu kononnya tanda sokongan kepada Najib akan membuatkan
perpecahan kembali terjadi, sedangkan pada asalnya ia diwar2kan sebagai perhimpunan
memartabatkan bangsa Melayu?
Jelas sekali,
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebagai pemimpin veteran, Ali Rustam
seharusnya berfikir semasak2nya sebelum bercakap … jangan hanya tau nak
mengampu dan menjilat sahaja. Akhirnya perhimpunan yg sepatutnya berjaya itu
menjadi sia-sia, dek kebodohan pemimpin Umno sendiri.
No comments:
Post a Comment