Sunday, 20 September 2015

Perhimpunan Melayu Baju Merah Yg Tidak Membawa Apa2 Makna.




Apakah signifikannya Himpunan Rakyat Melayu Bersatu pada 16 Sept lalu. Apakah yg mahu kita tunjukkan, dan apakah kita hanya mahu menang sorak. Menunjukkan pada bangsa Cina yg Melayu kita hebat. Kalau benar bangsa Melayu kita hebat, bolih tak tunjukkan dimanakah kehebatan Melayu. Nak kata Melayu baju merah itu hebat berdemo dan berhimpun, tidak juga. Buktinya kita hanya cakap berdegar-degar, namun tak berani nak langgar Petaling Street, tak berani nak goncang Bukit Bintang dan tak berani nak gempur Pudu, yg sinonim dengan kuasa Cina. 

Kita hanya berani berkoar-koar di Padang Merbok, apa barang weiii. Nak kata ikut undang2, Bersih 1,2,3 dan 4 itu tak ada pun ikut undang2. Sebenarnya ramai yg tidak faham, apakah maksud dan tujuan perhimpunan baju merah itu diadakan. Ia seolah2 hanya perhimpunan syok sendiri yg bermotifkan politik tersembunyi. Ia satu perhimpunan palsu, yg pada mulanya dikatakan bagi membela martabat Melayu dari diperlecehkan olih bangsa Cina, namun kemudiannya dihari perhimpunan itu pula, bekas Ketua Menteri Melaka menyatakan bahawa perhimpunan itu lambang sokongan padu orang Melayu kepada Najib. 

Bukankah itu satu manipulasi serta pembohongan besar terhadap peserta2 yg hadir diperhimpunan itu.
Walau lebih 5 dekad Malaysia membawa satu nama yg menaungi tanah Semenanjung – dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya – dan negeri Borneo, kaum Melayu dan Bumiputera yg menjadi asas nama negara itu sendiri, ketika ini masih terpinggir dan mundur dari segi ekonomi. Malaysia selepas 52 tahun masih gagal menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan rakyatnya, terutama orang Melayu.
Ini mungkin kerana orang Melayu memang bersifat inklusif "sejak azali", dan yg menjadi faktor utama penyumbang kepada kemunduran dan kemiskinan Melayu ialah, pemikiran komuniti yg satu ini masih di takuk lama.

Meskipun kaum Melayu membentuk kelas menengah paling ramai di Malaysia, namun strukturnya amat berbeza dengan kaum lain, terutamanya Cina. Menengah Melayu masih terikat. Kerangka kita, di atas mesti ada majikan. Kalau zaman dahulu, kerangkanya ialah pembesar istana. Sebagai contoh, Melayu golongan menengah hanya makan gaji, berbeza dengan Cina yg menjalankan perniagaan sendiri. Mereka (Cina) tidak bergantung pada kerajaan. Ini dapat dibuktikan dengan orang Melayu yg membentuk peratusan paling ramai dalam sektor awam.
 
Mereka hanya bekerja makan gaji dan menerima suapan rezeki setiap bulan daripada majikan. Bukan itu sahaja, sektor swasta juga memperlihatkan orang bukan Melayu mengatasi kaum majoriti itu. Memang tidak dinafikan ada golongan kaya dibarisi olih segeintir orang Melayu, namun ia masih lagi tidak mampu menandingi kaum lain. Ya, benar, ada Melayu yg kaya. Kita lihat pada senarai terkaya Malaysia, adalah satu dua nama, tetapi kalau kaya hanya bergantung projek daripada kerajaan. Itu amat berbeza dengan Cina dan India yg kita tahu mereka ada banyak tunai.
 
Melayu kita yg kaya itu sebenarnya hutangnya melebihi asetnya. Malaysia yg dibentuk pada 1963, hingga kini masih gagal menyelesaikan isu pokok, iaitu kemiskinan Melayu, walaupun sudah menempuh 1O kali penyusunan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yg bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi bangsa Melayu.

Hakikatnya memang tidak ada maknanya kita berhimpun dan terpekik terolong di Padang Merbok itu. Ia sekadar menghabiskan tenaga, ibarat anjing menyalak bukit yg akhirnya kita sendiri yg lelah sedangkan bangsa Cina semakin maju. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan dan semua pihak perlu menggembleng tenaga mendidik anak bangsa agar mereka bangkit melawan "virus kemiskinan" ini.

Asas pendidikan perlu diperbaiki. Jangan biar anak Melayu keciciran. Pendidikan akhirnya akan memberikan ekonomi yg lebih baik, seterusnya kepada kesihatan, dan lain-lain. Kesedaran terhadap bahayanya keciciran amat penting kerana ia kunci kepada penghapusan kemiskinan. Kerajaan perlu berhenti menyuap rakyat dengan pertolongan jangka pendek seperti BR1M contohnya, tetapi sebaliknya harus mendidik rakyat bagaimana untuk berusaha memperoleh pendapatan yg lebih stabil.

Selagi perkara ini tidak diselesaikan, maka Malaysia hanyalah perjanjian atas kertas tanpa dapat merasai gabungan sebenar ketiga-ketiga tanah itu – Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Walaupun kita duduk sebagai satu negara, saya tidak nampak kenegaraan. Malaysia bukan satu negara, hanyalah kawasan Semenanjung dan pulau Borneo yg dicantum dan hanyalah satu perjanjian tidak meresap kepada inti masyarakat.

Bila sebut kenegaraan, kita tidak boleh berasaskan kontrak kepada kertas. Ia perlu datang daripada sanubari, jati diri. Kemerdekaan juga bermakna rakyat Malaysia punya rasa kasih sayag terhadap satu sama lain di kalangan berbilang bangsa dan agama, bukan memaki-hamun anjing babi dan sebagainya.
Apabila datang Hari Malaysia, timbul pelbagai perkara. Maknanya, 16 September bukan satu kegembiraan tapi dengan penuh kekecewaan, dalam masyarakat yg tidak kena, walaupun selepas lebih 50 tahun penubuhannya.  

Cuba kita lihat beberapa statistik hasil daripada meja bulat Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) ini.

- 82% pekerja tanpa pendidikan tinggi adalah kaum Bumiputera.
- 70% graduan menggangur adalah kaum Bumiputera.
- Bumiputera hanya menjawat 8% dari jawatan pentadbiran di dalam sektor swasta.
- 3/4 Bumiputera dalam pekerjaan buruh adalah separuh mahir (65%) atau tidak mahir (9%).
- 26% isi-rumah Bumiputera berpendapatan lebih kurang RM2,000 sebulan, di bandingkan dengan kaum Cina 14% dan India 20%.
- Pendapatan purata isi rumah Bumiputra ialah RM4,457 (Cina RM6,366 dan India RM5,233).
- Bumiputera hanya memiliki 8% syarikat besar di Malaysia.
- 48.4% dari setiap 10,000 pemuda muflis pada tahun 2012 adalah Melayu.
- Bumiputera hanya memiliki 25% dari jumlah nilai kesemua hartanah dalam negara.

Bangsa Melayu ketika ini berhadapan dengan satu bentuk ancaman yg bakal mengubah destini bangsa ini jika mereka tidak cermat menguruskan kehendak serta matlamat hala tuju seluruh bangsa Melayu dan ia akan mendatangkan kesan yg sangat buruk kepada generasi baru 50 tahun akan datang. Lipatan sejarah berulang2 kali cuba memberi pelajaran kepada bangsa Melayu bahwa jika mereka tidak bangun, sedar dan berubah maka sentiasa nasib bangsa ini akan menjadi seperti mana tercatat dalam sejarah bangsa Melayu dan lipatan sejarah ini tidak pernah sekalipun tersilap dimana jika Melayu berpecah, maka mereka akan ditindas.

Dengan situasi politik yg memperlihatkan drama kepimpinan yg sangat membimbangkan, cerdik pandai Melayu dan orang2 tua (the elders) perlu segera tampil ke hadapan dan memberikan kesedaran kepada bangsa Melayu bahwa tanda2 kehancuran bangsa ini sudah memperlihatkan ekornya pada hari ini. Apabila orang2 bukan Melayu diajar oleh orang2 Melayu untuk mempertikaikan kewibawaan ketuanan Melayu, institusi Raja-Raja Melayu, mempertikai serta mempersendakan anutan serta agama bangsa Melayu iaitu agama Islam, maka inilah tanda2 kehancuran bangsa Melayu sekali lagi tampil mengancam survival orang2 Melayu di masa hadapan.

Politik kebencian yang diamalkan puak2 pembangkang telah menyebabkan bangsa Melayu berpecah belah. Malahan kepimpinan Melayu dalam parti2 pembangkang turut berpecah belah apabila kepimpinan pembangkang tidak dapat mengawal percaturan politik yang memperjudikan bangsa dan agama semata2 untuk mendapatkan semua sokongan politik dari semua pihak yg mereka rasa dapat membantu mereka merampas Putrajaya. 

Apabila bangsa Melayu berpecah maka  anasir2 luar akan berjaya merampas kuasa dan bangsa Melayu akan sekali lagi tertindas dan menjadi orang suruhan di  Tanah Melayu. Belajarlah dari apa yg berlaku di Singapura. Orang2 Melayu dalam pakatan pembangkang kini mengajar puak-puak bukan Melayu agar mempertikaikan segala hak2 milik Melayu demi meruntuhkan formula muafakat Barisan Nasional. Politik songsang ini jika dibiarkan berleluasa maka akan ada anasir2 luar yg dengan berani mempertikaikan hak2 ketuanan Melayu, institusi Raja-Raja, bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan akhirnya Islam sebagai agama rasmi. 

Bangsa Melayu harus sedar dengan jelas mana intan dan mana permata. Jangan kerana idealism politik romantika yg berasaskan fitnah dan kebencian dijadikan asas, maka segala bakti dan budi UMNO yg telah banyak membantu ramai orang2 Melayu untuk bangun dan berjaya dalam hidup dipersiakan begitu sahaja dan dibalas dengan usaha untuk menggulingkan kerajaan Melayu Islam yg dengan jayanya memartabatkan bangsa Melayu di bumi Allah yg penuh barkah ini.

Tukarlah pemimpin jika mereka telah membuat kerosakan tetapi jangan menghancurkan UMNO yg telah banyak berjasa kepada Melayu. Jatuhkan pemimpin yg korup, rasuah dan bersekongkol dengan agenda Barat yg ingin menghancurkan Islam di rantau ini. Akar umbi UMNO harus bertindak. Percayalah, jika kita terus berpecah, ramalan yg mengatakan bangsa Melayu akan sekali lagi ditindas dan menjadi kuli kepada bangsa bukan Melayu di bumi mereka sendiri akan menjadi kenyataan. Bangun dan sedarlah wahai bangsaku .... 

No comments:

Post a Comment